Friday, July 31, 2009

Menjaring Ikan

Cerita ni sebenarnya dah basi dah tapi lambat aku nak postkan kat sini. Ni masa aku pergi rumah Mak Ngah Khairol kat Pekan 2 minggu sudah. Aku dah lama tak balik rumah dia sejak mengandung ni disebabkan alahan teruk lepas tu malas pun ada. Jadi kali ni sebelum bersalin tu pergilah juga sebab Pak Ngah ajak Khairol menjaring ikan kat kolam dia.

Ini hasil tangkapan di sebelah pagi yer. Khairol saja jer pasang jaring kat kolam alih-alih dapat rezeki ikan patin. Cehhh apa lagi bergambarlah dengan ikan. Tengahari tu makan ikan patin masak tempoyak spesel dimasak oleh Mak Ngah.
Sebelah petangnya bermulalah operasi menjaring ikan. Sebenarnya Pak Ngah nak clearkan kolam ni sebab ada nak buat projek. Sebab tu dia suruh Khairol dan mertua aku balik. Saksikanlah aksi-aksi semasa menjaring ikan.


Ini pula para penonton yang datang memberi semangat hahaha. Itu mertua aku, Pak Ngah dan kenalan dia.


Inilah dia hasil tangkapan yang diperolehi pada petang itu. Yang aku kenal ikan patin jelah yang lain memang tak tahu. Oh ye ikan-ikan sungai ni bukan dibela yer, Pak Ngah dapat tangkap masa menjala di sungai dan terus dilepaskan ke kolam. Jadi ikan-ikan ni memang tak rasa hanyir langsung.



2 orang penjala ikan ni pun tak lepaskan peluang bergambar untuk menunjukkan bukti bahawa mereka berjaya menjaring ikan sungai walaupun bukan di sungai tapi di kolam.


Lina


























2 comments:

Nurulhuda|Adlie said...

akak bg abg krol masuk air mcm tu? hihi seram tgk.. :)

Lina said...

hahaha dia dah bese lar stakat kolam cam tu tp bila dia tau ada lintah geli geleman gak

Share |