Monday, July 13, 2009

Berkelah Di Bekelah

Hujung minggu lepas famili Baba ajak kami pergi picnic kat Air Terjun Bekelah. Famili diorang memang selalu picnic kat situ. Oleh kerana sekarang ni tahap kepanasan cuaca yang melampau dan aku tahu Qistina memang suka main-main air ni jadi kami pun pergilah.
Untuk makluman Air Terjun ni terletak dalam daerah Maran tapi tak sampai ke bandar Maran lagi. Kalau nak pergi kena ikut jalan lama Kuantan-KL tu tak boleh ikut LPT. Kalau dari arah Kuantan jalan masuknya sebelah kanan, ada signboard kat situ. Sebenarnya air terjunnya kena masuk ke dalam lagi tapi kami picnic kat bahagian sungai je, cetek je airnya. Layanlah gambar-gambar Qistina dengan sepupu-sepapatnya ni.










Lina



No comments:

Share |