Pada 30 & 31 Mei lepas aku dan Khairol dan mertua aku pergi ke Muar, Johor kerana mengikuti rombongan pengantin iaitu sepupu Khairol. Sebelum ni ada aku cerita masa majlis pertunangan sepupu dia ni pada tahun lepas. Rombongan dari Kuantan bertolak pada 30hb dengan 5 buah kereta kira-kira jam 9.30 pagi. Ada 3 buah kereta lagi bertolak dari KL.
Nak dijadikan cerita sampai kat Selancar, Jalan Kuantan-Segamat, salah sebuah kereta rombongan kami terlibat dengan kemalangan. Kalau tengok keadaan keretanya orang pun buat andaian yang penumpang-penumpangnya cedera parahlah kot tapi alhamdulillah semuanya selamat dan dapat naik ke atas tebing.
Antara kereta rombongan kami
Orang ramai yang turut berhenti nak tengok
Inilah keadaan kereta tersebut
Kami semua berada kat situ lebih kurang 3 jam sebab menunggu lori tunda datang nak tarik kereta. Lepas selesai semua kami pun mulakan perjalanan semula kecuali pemilik kereta kena berpatah balik ikut lori tunda ke workshop kat Muadzam Shah.
Lina
2 comments:
camne leh terjunam tu? dahsyat tol...
menggerunkan plak aku tgk...
Alhamdulillah sume slamat.Klu langgar pokok tu rasenye mgkin akan ade yg cedere kan...Hati2 djln raye,ingatlaa org tersyg.hehe..
Post a Comment