Semalam seperti biasa aku pergi check-up kat klinik. Sekarang ni aku dah start check-up 2 minggu sekali. Rutin check-up biasalah, timbang berat, test air kencing, cuma semalam tak check hb dah. Berat lak turun sikit adalah dalam 0.4 gram. Merah lak buku aku.
Ok setakat semalam kandungan aku dah 32 minggu, dah 8 bulan. Sekejap je kan masa berlalu. Masa aku mabuk-mabuk teruk tu rasa cam lama sangat. Kiranya tak lama lagilah aku nak deliver. Sekarang ni pun aku dah buat persiapan sikit-sikit. Selongkar balik baju-baju lama Qistina. Mana yang masih elok aku ambil basuh. Mana yang dah tak elok tu aku sisihkan je. Tengoklah dalam awal bulan 7 nanti nak pergi shopping sikit-sikit barang baby. Ye lar takkan tak ada yang baru kan.
Kesihatan aku dan baby ok tak ada apa-apa masalah cuma aku kena minum sekali lagi air gula. Boring tul lah aku ingat tak kena dah sebab dah minum sekali ari tu dan tak ada apa-apa pun memang aku tak ada kencing manis. Gara-gara berat aku naik mendadak la ari tu tapi yang peliknya lepas pada check-up tu bila aku timbang turun lak. Mengandung kali ni memang turun naik berat aku.
Mulai ari ni juga aku kena kira pergerakan baby dalam masa 12 jam. Kalau dalam masa 12 jam tu pergerakan baby kurang daripada 10 pergerakan kena terus refer ke hospital. Aku rasa baby aku bergerak lebih daripada tu adalah. Kadang-kadang rasa sakit kulit perut ni sebab lasak sangat geraknya.
Ok itu je lar perkembangan baby aku setakat ni. Oh ye minggu ni ada 1 berita buruk dan 1 berita baik kat ofis aku ni. Berita buruknya sorang member ofis aku ni keguguran anak keempatnya. Aku rasa kandungan dia dah 4 bulan lebih. Kesian lak kat dia mesti sedih gila. Plannya ari ni nak gi lawat dengan member-member ofis yang lain. Berita baik pulak sorang member ofis lagi dah selamat melahirkan baby girl. Alhamdulillah ibu dan anak sihat belaka.
Dalam bulan 8 nanti aku lak menyusul dengan Ena hehe. Bergilir-gilir lak rasanya orang bersalin kat ofis aku ni. Tak apa menambahkan zuriat tu kan disukai oleh Allah s.w.t.
Lina
4 comments:
alhamdullillah 2-2 sehat ye..
takecare lina.
semoga semuanye selamat
Aritu ckp nak pegi scan,dah pegi ke belum?...Kwn2 ni x sabo nak tau,hahaha...
hehehe samala ngn aku.. baby ni overaktif, tak larat kulit prot ni nak melayannye ekekeke..
aku sjak demam ni, berat tron dekat 2kg huhuhu.. dulu wat kat klinik swasta tp dek krn check 2minggu skali, buat la kat klinik gomen smula ihiks.. mujur tak kena minum air glukose tu tp tak tahan kena amik darah ujung jari tu le ekekeke
Post a Comment