Wednesday, June 10, 2009

Makan-makan Sempena Anniversary

Ok bersedialah kawan-kawan semua membaca entry entry aku yang tertunggak ni. Peringatan ye entry entry ni semua tak ikut aturan yang mana dulu yang mana kemudian hehe yang penting ceritanya. Untuk menyedapkan dan menyeronokkan korang semua untuk membaca aku mulakan entry aku dengan entry makan-makan yeaaaa...

Ayah dan mama yang happy sebab boleh berdating berdua heheh... makan-makan ni sempena anniversary kitorang ari tu... Khairol dengan murah hatinya belanja. Itu pun masa tengah makan Qistina boleh suh akinya telefon nak cakap dengan kitorang tanya nape lambat amik dia adusss... memang tak boleh kasi can mama dengan ayahnya berdua-duaan hehe.

Khairol tanya aku nak makan apa so aku decide nak makan western food... jadi kitorang saja try kat sini.

Black Canyon Coffee, East Coast Mall


Ice Tea dan Lime Juice. Dua-dua sedap.

Appetizer... wantan



Khairol try beef steak... not bad

Aku pula chicken chop tapi ayamnya dia buat tak garing so aku tak berapa nak lalu makan... separuh je habis.


Desertnya aiskrim percuma.

Bagi aku secara keseluruhannya bolehlah tahan makanan kat situ. Kat situ bukan saja ada western food tapi yang local pun ada cam nasi goreng ker yang biasa dengan tekak kitalah. Kalau saja nak try nak ubah selera bolehlah cuba makan kat situ. Cuma bila masuk rasa macam kat luar negaralah pulak sebab pekerjanya semua Bangladesh hehe. Lepas tu bila tiap kali ambil pinggan kosong mesti tanya "how's the food, nice or not?" Aduss penat nak menjawab. Ok lastly, kalau dari 5 bintang aku bagi 3 bintang je lar. Cehhh cam pengkritik lak hehe.
Lina

1 comment:

Unknown said...

best ke weh makan kat situ?
mahal tak?

Share |