Thursday, June 25, 2009

Info dan Peraduan

Pagi-pagi tadi sampai ofis buka pc dan klik kat utusan.com. Baca satu info berguna untuk para ibu yang bakal menimang cahayamata. Di samping info ada pula peraduan yang teramatlah senangnya. So, korang bacalah kat bawah ni yer.



Mencegah ruam lampin


BAKAL ibu bapa kini tidak berkira menyediakan keperluan untuk bayi yang bakal dilahirkan asalkan anak mereka mendapat hanya yang terbaik. Nilai wang bukan menjadi ukuran sebaliknya ibu bapa mula mengutamakan kualiti yang ditawarkan oleh sesuatu produk.
Antara keperluan yang paling diberi perhatian ialah lampin pakai buang. Kulit bayi baru lahir yang lembut dan sensitif seharusnya mendapat lampin pakai buang terbaik dan telah diuji secara klinikal selamat untuk kulit mereka.



Pengeluar lampin Huggies, Kimberly-Clark, telah memperkenalkan lampin Huggies NewBorn/Small yang direka khas dan terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah bayi baru lahir dari dijangkiti ruam lampin.



Hasil kajian Kimberly-Clark mendapati, ruam lampin adalah satu perkara yang sering dialami oleh bayi baru lahir, maka tidak hairanlah mengapa pencegahan ruam lampin adalah perkara yang menjadi perhatian ibu bapa sewaktu membuat keputusan memilih lampin pakai buang.
Huggies NewBorn/Small dapat membantu mengurangkan kebimbangan sewaktu menjaga mereka sepanjang tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran.



Permukaan luar lampin Huggies ini telus udara sekali gus membenarkan aliran udara di sekeliling bahagian punggung bayi agar ia kekal kering dan segar.
Bahagian tepi yang lembut dan kering memberikan keselesaan kepada bayi, manakala pad serapan tinggi mampu menahan kebasahan selama lebih 12 jam.
Satu lagi ciri terbaik lampin Huggies ialah pita pelekat yang amat lembut yang boleh dipakai buka dengan mudah tanpa menjejaskan kulit bayi yang sensitif.



Peraduan MMS


Sempena pelancaran Huggies baru ini, satu peraduan Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) akan diadakan untuk bakal ibu. Peraduan yang dinamakan MMS Huggies HuggabMama ini bermula pada 15 Jun dan akan berakhir pada 14 Ogos nanti.
Ia terbuka kepada bakal ibu yang memasuki atau yang sudah dalam peringkat trimester kehamilan.



Caranya mudah, peserta dikehendaki menghantar gambar mereka sedang mengandung menerusi MMS ke mama@huggies.my.
Sembilan hadiah mingguan yang terdiri daripada pek permulaan Huggies dan lampin Huggies bernilai RM100 setiap satu dan satu hadiah utama bernilai RM1,200 akan diberikan.



Peringkat kedua peraduan ialah MMS HuggaBaby yang akan berlangsung selama dua bulan mulai 1 September hingga 31 Oktober ini. Ibu-ibu boleh menghantar gambar bayi mereka menerusi MMS ke baby@huggies.my.
Lebih menarik tiada sebarang bukti pembelian untuk menyertai peraduan ini.



(Credit to Utusan Malaysia 25 Jun 2009)



Lina


3 comments:

Ena Qaisya said...

weh lina, jom masuk lina...
stakat MMS, aku brani punye tp jgn suh brucap kat depan udah ahaks...

Lina said...

ena >>> aku mmg plan nak masuk sbb sng yg amat heheh meh jom kita sama2

en_me said...

ahaha.. dh lamer me tak masuk contest ghitewww..