Wednesday, June 10, 2009

Hoki Piala Asia

Dalam bulan Mei lepas, Kuantan jadi tuan rumah bagi Pertandingan Hoki Piala Asia. Aku pun ambil kesempatanlah pergi menonton sebab bukannya senang kan nak tengok live. Selalunya buat kat KL. Lagi pun dekat je dengan rumah stadium hoki tu dalam 5 minit jer perjalanan.
Daripada perlawanan pertama nak tengok kononnya last last masa separuh akhir baru ada kesempatan. Itu pun sebab memikir kalau Malaysia kalah ni mesti tak dapat dah tengok diorang main kan so pergilah juga. Perlawanan separuh akhir tu di antara Malaysia dan Pakistan untuk menentukan siapa yang akan pergi ke peringkat final. Korang layanlah gambar-gambar di bawah ni yer.
Keadaan trafik yang sesak. Punyalah ramai orang tak sangka aku.

Penonton sampai duk kat tingkat paling atas.


Antara bas-bas penyokong



Keadaan dalam stadium. Ni masa berhenti rehat.

Ada band yang memeriahkan suasana masa rehat.

Ini acara membasahkan padang sebelum mula permainan masa kedua.


Pemain-pemain Malaysia masa nak mula masa kedua.


Walau bagaimanapun, nasib tak menyebelahi Malaysia. Malaysia tewas kepada Pakistan. Memang masa separuh masa kedua tu Pakistan main begitu pantas dan agresif. Tak apalah tak ada rezeki kali ni Malaysia nak jadi juara. Mungkin tahun hadapan pula boleh cuba lagi.
Lina

1 comment:

Ena said...

rajinnye ko p...
kalo aku tak kose la hehehe