Wednesday, June 17, 2009

Dapat Sijil 5S

Baru-baru ini pegawai dari MPC Kuala Lumpur datang untuk buat audit 5S kat unit aku. Kiranya ni audit untuk dapat persijilan. Masa audit tengah berjalan, macam-macamlah komen yang diberi sampai rasanya tak dapat sijil je.
Masa majlis penutup kami semua ni berdebar-debar menunggu keputusan sama ada dapat sijil ke tak. Alhamdulillah penat-lelah kami semua berbaloi bila pegawai kata dia akan mengesyorkan unit kami diberi persijilan tapi di samping itu masih ada ruang lagi untuk penambahbaikan.
Di samping itu, yang bestnya zon aku dipilih sekali lagi sebagai Zon Harapan 5S. Memang tak sia-sialah Ketua Zon aku tu menambahbaik Sudut Zon kitorang.


Gambar-gambar masa penganugerahan piala dan hamper ni diambil dengan kamera hp aku je sebab aku lupa nak bawa kamera. Kamera unit ada tapi dan dan masa tu memori dah penuh memang sabotaj betullah hehehe.
Apa-apapun tahniah kepada zon aku yer. Dengar-dengarnya timbalan kitorang nak bagi RM300 bolehlah pergi makan-makan.
Lina


2 comments:

zieha said...

wah cemerlang upsm skrg.windu plak..rasanya pd opis lama ..hik3x:))Skrg dh 5S, esok tambah pada 7S pula..GO! GO! hidup UPSM :p

Ayen said...

Tahniahlaa....