Friday, June 12, 2009

Check-in Hotel

Sambung lagi cite kenduri kahwin kat Muar. Kami sampai ke bandar Muar kira-kira pukul 5 petang. Memang penat giler ye lar bayangkan dari Kuantan bertolak kul 9.30 pg, 8 jam perjalanan. Patut-patutnya dalam 3 ke 4 jam jer sampai. Ye lar nak buat macam mana malang tak berbau kan.

Dah sampai tu ada lak cerita lain. Kami diberitahu yang rombongan akan menginap di hotel. Jadi sampai kat bandar Muar Khairol pun call lah abang kepada bakal pengantin sebab dia dah sampai dulu. Dia suruh kami ni pergi ke Hotel Classic. 2, 3 kali juga pusing mencari sebab bandar Muar ni jalannya sehala jer kalau salah masuk kena pusing jauh. Banyak roundabout pulak tu. Dah jumpa hotel tu kami pun masuk tapi sebelum tu abang bakal pengantin tu pesan jangan bawa turun lagi barang-barang.



Masuk-masuk hotel kami diberitahu yang hotel sepatutnya kami duduk yang dah dibooking tu dah penuh. Entah macam mana pekerja hotel tu boleh bagi bilik hotel tu kat orang lain. Agaknya orang tu bagi lebih la kot nak juga bilik tu. Jadi, dia pun memusing la cari hotel lain. Kat Hotel Classic tu pun 3 bilik je dapat ye lar dah mula cuti sekolah kan mesti penuh. Kami pun sebab penat kan duduklah dulu kat lobi sambil-sambil tu tanya kat reception kalau-kalau ada bilik kosong, orang baru keluar. Dalam kul 6 petang nak rezeki kami dapatlah 2 bilik so apa lagi ambil je lar. Bilik standard ok lar, aku satu famili dengan mertua aku 1 bilik, Baba satu famili sebilik.








Adusss kiranya macam-macam benda terjadi kenduri kali ni. Kelakar pun ada. Sambung pula majis akad nikah sebelah malam di entry seterusnya.


Lina

No comments: