Baru-baru ni Celcom adalah buat promosi broadband dia kat pejabat aku. Masa registration tu kene bayar RM100 dan nanti bulan-bulan cuma bayar RM50 je. Aku pun bersemangatlah mendaftar. Masa register tu broadbandnye tak dibagi terus sebab dah kehabisan stok. Janjinya minggu depannya akan diserahkan iaitu minggu lepaslah.
Sepanjang minggu lepas aku ni pun tunggulah panggilan daripada Celcom bila diorang nak bagi broadband tu. Last last hari Jumaat tu diorang call dan bagitau aku diorang tak boleh nak aktifkan lagi line broadband aku sebab masih ada hutang lagi dengan Celcom yang belum dijelaskan lagi. Aku pun ingat-ingat balik memang ada dulu-dulu masa aku pakai bil. Jadi diorang suruh settlekan bil tu dulu baru nak aktifkan line broadband tu sebab hari Jumaat tu adalah hari terakhir untuk aktifkan line promosi tu.
Ok bab settlekan bil tu aku tak kisahlah memang boleh settle. Jadi, tengah hari tu aku pergilah Celcom dengan Khairol nak settlekan bil lama tu. Cakap punya cakap dengan staf Celcom tu aku tanyalah bila boleh dapat broadband tu, dia kata dalam 2 minggu lagi. So, kalau hari Jumaat tu hari last nak aktifkan line tu jadinya bila dah aktif bil pun mula berjalanlah kan. Dia pun katalah ya. So aku cakaplah tapi aku tak dapat lagi broadbandnya macam mana nak guna kiranya nanti aku bayar bil bodoh je lar. Dia pun cepat-cepat cover cakap yang 2 minggu tu tak lama pun kalau dapat bil nanti bayar dalam RM25 je oklah lagi kalau pakai harga biasa kena bayar dalam RM40 lebih.
Lepas tu staf tu cakaplah bil lama aku tu kalau nak settle boleh dapat diskaun sebab bil tu dipotong sebelum tahun 2006. Konon-konon nak sejukkan hati akulah tu. Aku tak kisah langsung pasal bil lama tu. Yang aku tak puas hati masa dia buat promosi tu takkan tak standby stok broadband tu banyak-banyak. Dah tau mesti ramai orang nak register sebab promosi kan. Lepas tu dah tau stoknya sampai lambat takkan tak boleh nak delay dulu masa untuk aktifkan line broadband tu sehingga stoknya ada dan diberi kepada customer. Itulah kadang-kadang kita sebagai pengguna ni macam diperbodohkan je. Senang je diorang nak cari untung tanpa memikirkan keadaan pengguna.
Aku ni bukannya nak kondem Celcom sebab aku ni pun memang pengguna Celcom kan but dioarang should awarelah perkara-perkara macam ni. Nasib baik dapat pengguna macam aku ni tak bising-bising kalau orang lain tak taulah. Tak apalah aku nak tengok 2 minggu lagi macam mana.
Lina
3 comments:
sabo lina...saboooo...
weh dia wat promosi lg tak?
meh bg aku no tepon dealer dia..
Hahahahahaha....Kene gitu plk dlm keadaan sarat mcm skrg kan,lglaa rase nak marah tu membuak2,hehe..Mmg gitulaa coz kat smart ni pun ramai lg yg x dptnye.Sabo jelaa ek...
kalo tak dpt jugak nanti lina..ko maki kan je..depa..nie.jgn tipus sdh..
Post a Comment