Wednesday, June 17, 2009

Balik Kuantan

Setelah semuanya selesai kami bertolak balik dari Muar kira-kira pukul 4.30 petang. Dalam perjalanan tu sempat lagi singgah makan durian. Bukan apa teringin nanti takut kempunan lak kan.
Masa lalu kat bandar Segamat kebetulan dapat tengok keretapi melintas. Dalam pukul 8.30 malam singgah kat Muadzam Shah makan-makan dan selamat sampai ke rumah pukul 10 malam. Letih betul rasanya. Ingatkan taknak cuti esoknya tapi disebabkan Khairol dan Qistina demam kenalah juga cuti. Nasib baik kebetulan bos pun outstation.

Lepas je kami sudah makan durian berderu-deru kereta berhenti kat gerai durian ni. Pembawa rezeki betul kitorang hehe.






Lina

No comments: