Hari ini 3 Jun pada 4 tahun yang lepas adalah hari yang paling bersejarah bagiku iaitu hari aku diijabkabulkan dengan my soulmate En. Khairol Hamdan. Hari peralihan daripada seorang bujang kepada isteri orang, beralihnya tangggungjawab ibu bapa aku kepada suamiku.
Setelah 4 tahun berlalu kami amat berbahagia menjalani kehidupan suami isteri di samping dikurniakan seorang anak, Nur Aina Qistina yang sekarang dah berumur 3 tahun. Insya-Allah pada 19 Ogos ini akan bertambahlah lagi seorang ahli keluarga kami.
Dulu tak pernah termimpi pun akan menjadi isteri orang, merasai pengalaman bersalin, menjadi seorang ibu, alhamdulillah selama 4 tahun ini aku dapat menjalaninya dengan penuh keceriaan, kebahagiaan, kasih sayang daripada suami tercinta.
"Terima kasih abang kerana memilihku menjadi suri hidupmu. Segala pengorbanan dan suka duka yang kita hadapi dahulu akan menjadi penguat semangat untuk kita mengekalkan kasih sayang kita."
"SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-4 BUAT SUAMIKU TERSAYANG, SEMOGA HIDUP KITA AKAN SENTIASA DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T. DAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT KITA, INSYA-ALLAH"
Lina
8 comments:
happy anniversary kak az
semoga jodoh berpanjangan
slmt dapat baby baru
epi enibeseri lina..
moga kekal sehingga ke akhir hayat..
pe la yg kowang bertuko2 pezen kan.. nak tau ni ekekeke
neeza >>> thanks very much dude, mudah2 an
ena >>> hadiah tu xde lar sgt tp adalah celebratenya nanti cite
happy 4th anniversary kak...
semoga perkahwinan akak berkekalan hingga hujung nafas & bahagia bersama anak2..
happy anniversary kak!
Slamat Ari Ulangtaun Perkahwinan yg ke 4 moge berkekalan hingge ke akhir ayat.Tersentuh plk ati bile bace coretan2 kat n3 ni.huhuhu...
mummyaeesh >>> thanks wati
yazeda >>> mekasih bebanyak mudah2an
ayen >>> ye ke touching ke ayat2 tu
happy anniversary k.az!
da bpe bulan yg dlm perut tu?
Post a Comment