Monday, May 11, 2009

Aktiviti Masa Cuti

Aku suka bulan 5 sebab selalunya cuti umum Hari Pekerja dan Hari Wesak dalam minggu yang sama. Kalau di Pahang ni tambah dengan cuti Hari Hol. Kadang-kadang boleh ambil cuti nak sambung jadi cuti panjang. Minggu lepas hari Khamis cuti Hari Hol jadi aku pun ambillah kesempatan ambil cuti hari Jumaat tu. Lagi best kan kalau Hari Wesak tu jatuh hari Ahad boleh ganti hari Isnin, cuti lagi hehe. Suka-suka aku je kan asyik nak cuti je. Bila dah cuti panjang tu mulalah nak datang kerja hari ni punyalah malas tapi nasib baik aku cuti hari Jumaat tu sebab datang ofis hari ni member member cerita hari Jumaat tu tak ada elektrik. Komputer semua tak boleh on. Siap ada orang lekat dalam lif lagi. Kesian member sorang tu datang ofis untuk tidur bukan untuk kerja hehe.
So, apa aktiviti aku sepanjang cuti 4 hari tu yer. Aktiviti apanya asyik makan, pas tu membuta, tengok TV, ya Allah betul-betul bermalas-malasan aku. Cuti Hari Hol tu jer pergi jalan kat East Coast Mall sebab aku nak makan kat Rasa Mas. Hari Jumaat tu pulak aku dengan Khairol ada urusan kat bank. Yang bestnya hari Sabtu dan Ahad tu kami dapat breakfast kat luar. Makan kenyang-kenyang, tengahari tak masak, petang baru makan, itu pun beli kat luar juga. Punyalah malas betul aku sepanjang cuti tu. Mengemas pun sikit-sikit jer, basuh baju itu je lar keje aku hehe.
Oklah, rasanya tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua blogger blogger yang telah menjadi ibu dan juga kepada ibu masing-masing. Hargailah ibu kita selagi mereka masih ada, luangkanlah masa walaupun sedikit untuk mereka kerana jika bila mereka sudah tiada, sudah terlambat untuk kita menyesalinya.
Lina

5 comments:

watie wyyn said...

happy mothers day k.as!

Unknown said...

wehh aku buat 5S gak tau :P
anyway EPI MOTHER'S DAY untuk ko gak

prism-ness said...

setuju2!!!
"jgn kita menyesal bila mereka sd tiada"

Ayen Giggs said...

Memanglaa bulan 5 ni bulan yg ramai org suke coz byk cuti.Sebab ape?Sempene kelahiran sayelaa,ekekeke....

Y@ZeD@ said...

happy mama day...

arrrrrrrrrrrrghh, saya rindu nak balik kuantan cuti lama2 best...!!

hhuhuuuu

Share |