Thursday, April 30, 2009

Plan Last Minute

Aku dan Khairol ni kadang-kadang suka buat kerja giler. Maksudnya nak pergi mana-mana planning last minute. Ok ni nak cerita ada satu hujung minggu tu, kononnya nak lari dari kesibukan di bandar Kuantan yang pada masa tu ada Jom Heboh. So, aku pun saja je lar cakap nak pergi jalan kat Mesra Mall di Paka yang baru buka tu. Then, carilah hotel-hotel ke, resort-resort yang murah kat area situ untuk bermalam. Dalam jadi tak jadi tu petang Sabtu baru bertolak ke area Paka tu lar.
Oleh kerana dah petang so plannya cari tempat bermalam lar, pergi Mesra Mall tu hari esok masa perjalanan nak balik ke Kuantan. Konon-kononnya nak gi lar tanya kat Tanjung Jara kat Dungun tu tapi bilik yang ada tinggal yang harga RM1000++ giler ape habis sebulan gaji aku hehe. Kemudian Khairol ni bawa je lar kereta ikut hati sampailah ke Rantau Abang. Malas dah nak cari-cari lagi Khairol pun terus je masuk ada satu Guest House ni sebab dah penat dah.

Kalau dari arah Kuantan, Guest House ni sebelah kanan. Terletak di Rantau Abang, Terengganu.

Pemandangan hadapan chalet kami yang no. 14 tu. Ini chalet yang paling murah sekali RM60, yang lain semua dah penuh. Bolehlah untuk tidur semalaman. Gambar-gambar ni semua diambil pada pagi Ahad.

Ini kaunter pendaftaran.

Di bahagian hadapan kami tengok memanglah tak ada apa-apa yang menarik. Bila pergi jalan-jalan kat belakang hala ke pantai punyalah cantik pemandangan. Sebelum nak sampai ke pantai tu ada macam tasik paya, ada titi sampailah ke pantai. Rupa-rupanya ada chalet lagi kat situ mengadap tasik. Tak ada rezeki sebab dah penuh.

Inilah tasik paya tu. Banyak ikan dalam tu.


Aku, Qistina dan Amrul tak lepas peluang bergambar.



Khairol konon tak pandang kamera.
Lina

5 comments:

Ayen Giggs said...

Ceehhh!!X pandang kamera konon kerol,blahlaa.hahaha...tp seronok kan klu byk duit mcm korang,blh wat plan sesuke ati.

watie wyyn said...

mak eh..lajak smpai ke rantau abang??
sape dak lelaki tu kak??

Neeza.Areef said...

mak yong ni kuat jln tul skang..
bgs kak az dah elok dr segala mcm kelemahan ni elok bwk jln2...

nnti baby dlm perut tu x cerewet senang nk bwk g mane2..hhehe

Lina said...

ayen >>> byklar sgt duit kitorang ni... bajet jg tu

mummyaeesh >>> a'ah nak cari hotel punye pasal... oh itu anak sedara suami... mmg kamceng dgn anak

neezareef >>> hahaha tu lar pasal bila dah cergas ni nak berjalan jer

Lynn said...

mcm best je chalet tuh.
kg org kat dungun. nape x singgah?
heheh

Share |