Tuesday, April 28, 2009

Baru Rileks

Salam buat semua. Minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update. Baru hari ini aku tak berapa sibuk. Sepanjang minggu lepas aku bertugas sempena Persidangan Dewan, dari 20 hingga 27 April. Sesiapa yang nak tau apa tugas aku masa persidangan ni boleh baca kat sini.
Diam tak diam dah bulan April kan dah nak masuk bulan Mei lak. Kandungan aku pun dah nak masuk 6 bulan. Sekejap je masa berlalu. Masa aku mabuk-mabuk teruk hari tu rasa macam lamanyalah lagi nak sampai 9 bulan. Bila dah segar ni, dah macam-macam boleh makan rasa sekejap jer hehe.
Ramai juga yang tanya, member-member ofis semua, dah scan ke belum? Perempuan ke lelaki? Aku akan scan tapi cuma nak tahu baby sihat ke tak jer, jantina rasanya aku dan Khairol nak surprise macam Qistina dulu. Orang kata kalau dah tahu jantina awal-awal senang nak beli barang-barang baby kan, lelaki kaler biru, perempuan kaler pink tapi masa yang pertama dulu aku beli je, biru, pink, hijau hehe. Bagi aku tak kisah pun asalkan baby sihat.

Sekarang ni tengah bajet bila nak pergi beli barang baby. Cuma nak tambah-tambah jer sebab barang-barang dan baju-baju masa Qistina dulu ada yang elok lagi. Mungkin dah masuk 7 bulan nanti baru pergi beli. Sekarang ni rasa cam awal lagi jer hehe.
Aku sekarang ni setiap masa rasa excited je dengan perkembangan baby ni. Rasa tak sabar lak nak menanti kelahiran. Tak sabar nak bau baby sebab aku rasa bau babylah yang paling best sekali. Minta-minta insya-Allah semuanya berjalan dengan lancar.
Oklah, ada banyak lagi entry yang aku nak letak kat blog tapi slow slowlah yer. Bila tengok-tengok gambar banyak lagi cerita yang tak masuk lagi. So, tunggu yer.
Lina

1 comment:

Unknown said...

welkam back....
punyela lama aku nak menantikan n3 ko yg baru... mujur kali ni makin byk r n3 ko, leh aku ngan laki aku mengomen ihiks...

Share |