Tuesday, March 17, 2009

Taiping, Perak - Taman Tasik Taiping

Keluar dari Penang perjalanan kami seterusnya ke Taiping, Perak. Memang dah lama aku teringin nak sampai ke sini sebab aku nak sangat pergi ke satu tempat ni. Aku dah lama baca cerita pasal tempat ni kat dalam paper, majalah. Bila tengok gambar tempat tu lagilah aku berkobar-kobar nak pergi. Kemudian, bila tengok filem Sepi lagilah macam orang mengidam pulak aku coz tempat tu salah satu lokasi dalam filem tu. Memang cantik sangat tempat tu bagi akulah. Bila korang baca cerita aku kat bawah ni korang tahulah apa tempat tu hehehe.

Inilah tempatnya... Taman Tasik Taiping. Cantikkan... aku tak ingat siapa yang ambil gambar sama ada Khairol atau aku tapi aku suka sangat gambar ni sebab nampak macam dalam frame, boleh buat wallpaper pc lagi hehehe. Sampai-sampai je Taiping, check in kat hotel, rehat-rehat jap, makan, petang tu terus keluar pergi berjalan.


Apa yang aku admire sangat pasal Taman Tasik ni adalah dahan-dahan pokok yang berjuntai ke tasik tu. Nampak klasik sangat. Ok, korang layanlah gambar kami sekeluarga kat Taman Tasik ni ye.









Sebenarnya ada satu tempat lagi aku nak pergi kat Taiping ni. Nampak tak bukit kat belakang dalam gambar tu, itulah Bukit Larut. Kat Bukit Larut nilah satu-satunya tempat yang ada ditanam dengan bunga favourite aku iaitu bunga tulip. Walau bagaimanapun masa plan nak pergi Taiping memang tak masuk dalam program kami nak naik Bukit Larut tu. Lagipun, masa yang baik untuk naik ke atas adalah pada awal tahun sebab masa tulah bunga tulip tengah berkembang. Tak apalah lain kalilah kalau ada rezeki.

Lina

No comments: