Wednesday, March 11, 2009

Senak Ulu Hati

Semalam aku EL. Entah macam mana aku diserang senak kat ulu hati. Senak ni kira anginlah. Ya Allah sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Kalau masa tak pregnant bolehlah lagi aku nak meniarap ker, menonggeng ker, berguling ker tapi tengah pregnant takkan aku nak buat semua tu. Ubat ada sebab aku memang sebelum ni pernah kene tapi takut lak nak makan. Aku kene start dari tengah malam semalam sampai tak tidur aku. Pagi tu Khairol pergi kerja dia hantar aku dengan anak kat rumah mertua aku.
Mertua aku lak dia panggil Mak Long iaitu mak sedara Khairol datang urut. Lepas berurut semua barulah lega sikit dan dapatlah aku cover tido. Memang semalam yang paling teruk aku kene. Sebelum-sebelum ni taklah seteruk tu boleh lagilah aku tahan. Orang perempuan ni macam-macam kan sakitnya. Itu pun orang lelaki masih kata senang je jadi perempuan. Cuba diorang tukar tempat dengan kita sehari baru diorang tahu.
Aku semenjak kene senak ni kali pertama dulu memang lepas tu aku jaga betul apa yang aku makan. Perut pun aku tak biarkan kosong lama-lama. Eiii sape yang pernah kene tu memang taulah macam mana rasanya. Sakitnya sampai ke belakang badan. Memang tak boleh nak bangun. Jadi kepada sesiapa yang belum kene tu jagalah pemakanan korang baik-baik.
Lina

5 comments:

watie wyyn said...

jaga la kesihatan kak...jgn biar perut kosong..sian baby dlm tu...

Unknown said...

huhuhu aku pun penah kena, memang sakit wooooo... tapi ko mesti masa kena urut tu byk angin kuar ikut *tut* kan muahahaha

Neeza.Areef said...

jaga diri k.az
mkn muntah x pe
asal ade yg tinggal dlm perut tuh

zieha said...

dah umo 30an nie..mmg la, byk penyakitnya..ahakss..sabo yer..jaga pemakanan k:)

prism-ness said...

pija pun selalu sakit ulu hati. jadi pija skrg sentiasa ada stand-by Actal kat beg. rasa macam senang je sebab ubat tu tinggal kunyah ;)

Share |