Monday, March 2, 2009

Qistina Dah Tak Takut Makan Ubat!

Hari Sabtu lepas Qistina diserang virus selsema. Bangun pagi Sabtu tu tengok hidung dia dah berair. Oleh kerana ubat dah habis so aku dan Khairol decide nak pergi klinik beli ubat tengahari tu.


Masa tunggu dalam kereta sementara Khairol pergi beli ubat tak abis-abis Qistina tanya aku.


"Mama, ayah gi ane?" Qistina.


"Ayah pegi beli ubat kakaklah". Aku.


Lepas tu diam sekejap. Jap-jap lagi tanya lagi macam tulah sampai Khairol masuk kereta. Khairol lak ternampak member dia. Dia hulur ubat tu kat aku lepas tu pegi lak ke member dia.


Qistina pun belek-beleklah ubat dia tu.


"Ni ubat kakak ke?" Qistina.


"Yelah ubat kakaklah ni. Balik ni kakak makan ubat yer, kakak kan selsema". Aku.


Tengah belek-belek tu dia nampak picagari.


"Kakak taknak ni, kakak nak pakai sudu". Qistina.


Aikk biar betul anak aku ni, dalam hati aku. Dah bole makan ubat ke? Aku buat dekkk je lar sebab bukan bole percaya nanti bila nak suap taknak pulak.


Sampai kat rumah aku pun terus cakap kat Qistina.


"Kakak jom makan ubat". Aku.


"Kakak nak makan ubat pakai sudu". Qistina.


Ternyata memang dia makan ubat tu. Jadi, Qistina dah tak takut makan ubat! Punyalah seronok aku sebab takyah lah susah payah dah lepas ni nak suruh dia makan ubat. Mungkin dia dah makin membesar jadi dia dah faham kot makan ubat tu bukannya teruk sangat. Harap-harap perubahan Qistina ni bukan sementara jer.

2 comments:

en_me said...

qistina dah besar tewww..

watie wyyn said...

bagusnye da bleh pakai sudu..klu yaeesh stil kena pakai shringe tu...nak bagi makan ubat kena bodek2 dlu..time dia nak senang jek tp time mood dia tak betul..berperang satu uma!woohoo..

Share |