Ok korang aku nak mula meng'cover' semua cerita-cerita yang tertunggak dari sebelum aku mabuk teruk ari tu. Kiranya dari hujung tahun lepas lar yer. Sekarang ni aku tengah mengumpul satu-satu cerita. Untuk yang pertama ni aku nak cerita pasal percutian aku sekeluarga ke Pulau Pinang dan Taiping, Perak pada cuti Krismas yang lepas.
Masa aku pergi bercuti tu memang aku dah mabuk-mabuk tapi sikit-sikit je lar boleh tahan lagi. Disebabkan nak berjalan punya pasal sabar jelar hehe tapi balik je dari bercuti terus aku flat haha.
Kami bertolak petang 24.12.2008 tu balik dari kerja tapi kami singgah bermalam kat rumah cousin aku, Huda. Pagi-pagi esoknya barulah bertolak ke Pulau Pinang. Aku pun malas nak bercerita panjang pasal perjalanan aku tu so korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni yer.

Ini masa kami singgah kat Jelapang. Ada satu taman tempat berehat betul-betul kat tepi lebuh raya. Aku tak ingat nama taman tu apa. Nampak kat belakang kami tu lebuh raya.
Ini pemandangan bandar Jelapang dari taman tu. Cantikkan nampak awan dan gunung tu.
Mama dan Qistina. Qistina kalau bergambar nombor satu.
Qistina dan Khairol berlatarkan bandar Jelapang.
Macam-macam gaya Qistina buat.
Aduh tak sukanya tembam betul aku masa ni hehe.
Ini pula masa kami singgah kat Hentian Bukit Gantang dalam negeri Perak. Tempat banyak gerai buah-buahan. Kat sini aku borong habis lar buah. Ye lar buah segar-segar belaka, yang dah potong, yang belum potong semua ada.


Antara gambar pemandangan sawah padi. Ini sawah padi kat negeri Perak ni bukan kat Kedah. Ada gambar lain tapi tak berapa jelas sebab masa ambil gambar tu Khairol bawa kereta laju sangat tak sempat nak adjust cantik-cantik.
Ok ini antara coretan masa perjalanan pergi. Akan bersambung lagi dalam entry seterusnya.
Lina
3 comments:
ekekeke
selama ni tak tembam ke muahaha..
oooo.korang honeymoon kt sini yek..psttt pulau pinang nie mmg tempat untuk dapat anak kot, dulu k.zieha nk dapatkan firas masa kat sini la..hahahaha...wat ever..rezeki kan..
salam...
wah bercuti bersama family yea..
baguslah tu...buat aktiviti bersama keluarga...makin erat la hendaknye...
hihihi
Post a Comment