Friday, March 13, 2009

Pulau Pinang - Hari Kedua

Hari kedua mula dengan rancangan jalan-jalanlah. Itupun kami keluar lewat sebab biasalah tunggu aku bersiap dengan keadaan yang mabuk-mabuk sikit hehehe.


Wajah ceria Qistina di pagi hari dengan peace 3 jarinya. Ini masa kami breakfast di sebuah gerai yang berdekatan dengan hotel. Lepas breakfast mula-mula kami tak tau nak pergi mana jadi cuma jalan-jalan keliling bandar. Kemudian aku pun cakaplah apa kata pergi Penang Hill kan dah alang-alang sampai Penang ni.



Nak dijadikan cerita kan ke musim cuti tu punyalah ramai umat manusia. Bila nak pergi beli tiket ada signboard tulis perjalanan train yang seterusnya pukul 6 petang. Ya Allah takkan kami nak tunggu selama tu dari tengah hari. So, kami tengok je lar train tu dari jauh. Kemudian ambillah gambar sebagai kenangan konon dah sampai situ hehehe.


Jadilah gambar buat kenangan di Penang Hill.


Anak dara aku ni dah macam pelancong Jepun pulak dah.



Tengoklah Qistina tu konon-konon tengah tengok petalah tu hehe.









Dari Penang Hill kami pergi ke area Batu Feringgi. Jalan-jalan tengok pantai lak.




Lepas tu Khairol bawa aku pusing satu pulau betul sampai pening-pening kepala aku sebab ada satu jalan tu elok sikit dari jalan nak naik ke Cameron Highlands. Walau bagaimanapun pemandangan memang superb. Ye lar pulau kan nampak lautan biru jer. Ini kami melalui empangan apa ye namanya tak taular. Empangan yang bekalkan air untuk satu pulau rasanya.


Lepas pusing-pusing kami terus balik ke hotel dulu nak berehat sebab malamnya nak keluar lagi coz dah janji dengan member satu sekolah dulu yang kerja kat Penang. So, bersambung lagi yer...


Lina

2 comments:

nurul-h said...

hak hak, time nih akak mmg dah memabuk kan, kelakar jek..

comel la tina gambar yg sorang pakai topi, comel!

bukit bendera tu mmg dgr cite kalau time cuti penuh je, lagipun dia jalan slow la, camne nak bawak org ramai2 naik..

cuba wat mcm lrt laju skit... :)

Ena said...

nampak kuwus plak ko dalam gambo ni ekekek.. ni wat aku jeles nih ihikss