Friday, March 13, 2009

Pulau Pinang - Hari Kedua (Malam)

Seperti yang dijanjikan malamnya kami sekeluarga keluar dengan member aku ni Zahrul. Dia datang ambil kami kat hotel. Kami ni satu sekolah masa kat sekolah menengah memang kamceng jugaklah. Dah lama juga dia kerja kat Penang ni. Mula-mula ingat tak jadi dah nak jumpa ni sebab dia ada hal lain tapi aku gesa juga dia sebab bila lagi nak jumpa kan. Kalau dia balik Kuantan pun tak berkesempatan juga. Last-last dia kensel hal dia tu hehe. Thanks ye Zahrul.
So, dia bawa kami makan seafood kat area Queensbay Mall. Ok juga makanannya. Aku mengadap favourite aku lar ketam hehe. Lepas makan dah kenyang semua ajak dia masuk Queensbay Mall tu jap jalan-jalan.




Sempat lagi Qistina main permainan kat dalam tu. Sebab malas nak tunggu dia Khairol cakaplah permainan yang lain tu dah rosak kalau tidak semuanya dia nak main.

Saja jer bergambar kat dinding ni sebab ada tulis Penang tu.


Keluar dari Queensbay Mall tu dah lewat dah so Zahrul pun bawa jalan-jalan jap lepas tu hantar kami ke hotel. Kami pun kene tidur awal sebab esoknya nak check out ke destinasi yang seterusnya. Jadi, bersambung lagi...


Lina

2 comments:

neezareef said...

lama x de n3 baru..
sonot jln2 ya...

tgk gambo igt ppn
skali nama zahrul

ke zahrul vs zahrina

kekekee

atty's said...

happy qistina..

kty suka makan ketam gak.nasib lina tak ltk gambo ketam..kalo tak harus ler..kecur liur..kty..