Pada bulan Februari yang lalu Kelab Kebajikan dan Sukan jabatan aku telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi tahun 2008. Mulanya memang nak buat pada tahun lepas tapi asyik tertangguh jer. Mula-mula aku ingat tak dapatlah nak pergi sebab masa tu mabuk2 aku tak habis lagi tapi menjelang majlis tu rasa cam dah sihat sikit so aku pun pergilah. Kesian kat member ofis aku yang sorang tu tak dapat pergi sebab ada masalah sikit hehe... kalau baca blog dia taulah.
Oleh kerana majlis dah lepas malaslah nak cerita panjang-panjang so layanlah gambar-gambar yang sempat aku ambil ni.
Antara tetamu yang hadir
Persembahan selingan daripada penari kebudayaan jabatan
Antara kumpulan yang membuat persembahan bagi pertandingan nyanyian 70an
Ini pula gambar-gambar masa wakil ofis aku buat persembahan. Memang gempak habis tapi dapat no. 3 jer, memang tak puas hati betul tapi nak buat macam mana juri bertauliah yang pilih.

Ini gaya sebelum kene marah dengan aku sebab tumpahkan air sirap... 2 kali pulak tu memang menyinga aku ye lar habis basah lencun alas meja.

Ini pula masa di penghujung majlis dah boring duduk apa lagi nampak budak-budak lain berlari dia pun ikut sama.

Si Amrul pulak awal-awal dah terbungkang tidur memang tak boleh bawa majlis budak ni hehe...
Jadi, malam tu memang aku dengan Khairol tak bertuah langsung, satu pun hadiah cabutan bertuah tak sangkut kat kami. Kecewa gak tapi takpelah ada rezeki lain kot haha.

Lina
1 comment:
macam ade klon alleycat..ekekekeke
Post a Comment