Thursday, March 19, 2009

Buah Tangan dan Bajet

Masa singgah kat rumah Huda balik dari Taiping tu sempat lagi kami ajak Huda pergi Ikea. Punyalah ramai orang nak berjalan dalam Ikea tu pun bersesak-sesak. Memang kalau pergi Ikea dari rumah plan taknak beli apa-apa tapi bila sampai kat sana semua benda rasa nak beli. Oleh kerana perjalanan kami masih jauh dan kereta kami pula comel sangat so kami pun cuma beli barang-barang kecil je lar.


Khairol dan Qistina masa dalam Ikea.

Seperti yang dirancang keesokannya barulah kami bertolak balik ke Kuantan. Plan asal nak bertolak pagi tapi tengah hari baru bertolak. Tak kisahlah sebab dalam 3 jam perjalanan je lagi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuantan dalam pukul 5.00 petang.

Inilah antara buah tangan yang sempat kami beli. Kalau pergi Penang tak sah tak beli segala jenis jeruk terutama buah pala.

Buah-buahan ni kami beli masa singgah kat Hentian Bukit Gantang.


Yang ini bukanlah buah tangan ini sendiri punya hehe.

Ada sorang member ni blogger juga ada bagi cadangan kat aku apa kata bila setiap kali aku pergi berjalan ke bercuti tu taiplah sekali perbelanjaan. Boleh jadi panduan pada siapa-siapa yang nak pergi nanti. Oklah di sini aku bagilah anggaran perbelanjaan aku masa bercuti ke Penang dan Taiping tu sebab aku dah tak ingat berapa bajet aku. So, anggaran je ni yer.

Penginapan - Pulau Pinang (2 malam) Taiping (1 malam) - RM340.00
Minyak Kereta dan Tol - RM500
Makan (5 hari) - RM150.00
Shopping - RM500
Perbelanjaan Luar Jangka - RM300

Jumlah - RM1790

Diingatkan sekali lagi ini cuma anggaran ye, bukan yang betul-betul aku belanja masa bercuti tu. Yang betulnya bajet penginapan tu jer yang lain tu aku main anggar jer. Mungkin bajetnya melebihi jumlah di atas sebab memang duit pakai keluar jer tak kira dah berapa. Bolehlah untuk panduan sikit-sikit yer.
Lina

1 comment:

Neeza.Areef said...

wah...buah pala
pstu npk buah jambu..
nakkk

Share |