Thursday, March 19, 2009

Bertemu dan Berpisah

Ini pun cerita lama, dah basi dah hehe tapi tak kira nak cerita juga. Dalam bulan Februari yang lepas ada majlis perpisahan untuk 2 orang staf kat ofis aku. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Seorang dah veteran dan suami orang dan seorang lagi masih anak dara ahakkss.

En. Wan Ishak atau lebih manja dengan panggilan Ayah Wan. Dia bertukar dekat jer, kalau nak pergi ofis dia berjalan kaki 5 minit jer dah sampai.


Cik Norfarina yang berbaju kurung biru tu. Emmm... baru perasan sedondon ye dengan bos. Yang ini jauh sikitlah ke luar daerah. Dengan penuh perasaan menyampaikan ucapan perpisahannya.


Gambar kenangan bersama Farina. Yang sebelah tu senyum simpul interframe jer hahaha. Tolong abaikan mukaku yang berbintik-bintik tu yer disebabkan oleh alahan mengandungku itu.


Jadi, untuk 2 orang ni selamat berjaya di tempat baru dan janganlah lupakan aku dan kawan-kawan lain kat sini yer. Cehhh macamlah diorang ni baca blog aku.



Lina

No comments: