Wednesday, February 4, 2009

Apa Khabar Semua?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan blog. First of all nak minta maaf banyak-banyak kat korang semua sebab dah lama tak menitipkan coretan di blog ini. Sampai dah nak bersawang dah blog aku ni adalah dekat sebulan lebih tak berblogging. Blog korang pun dah lama tak jenguk.
Bukan malas atau merajuk nak memblogging tapi ini disebabkan posting aku yang sebelum ni berkenaan Mungkinkah tu hehehe. Baiklah secara rasminya aku nak bagitau kat sini yang sekarang ni aku dah 3 bulan pregnant. Dalam sebulan yang lepas aku dilanda alahan yang mahalah teruknya daripada masa aku pregnant anak yang pertama dulu. Sampaikan berminggu aku mc (Ena taulah hal ni hehehe). Bayangkan bulan Januari lepas aku cuma datang kerja 5 hari jer. Last-last sebab aku dah tak larat sangat menanggungnya aku ambil keputusan pergi hospital masa cuti Tahun Baru Cina. Duduklah aku kat wad 3 hari. Keluar dari hospital tulah baru aku bertenaga sikit walaupun masih mabuk-mabuk juga ni. Alhamdulillah sekarang ni bolehlah aku datang kerja.
Jadi kepada rakan-rakan blog yang ucapkan tahniah dalam posting Mungkinkah tu terima kasih banyak-banyak yer. Doakan agar aku dan kandungan aku ni sihat sampailah aku bersalin nanti yang dijangka dalam bulan 8 (berpantang dalam bulan puasalah aku).
Memang banyak entry aku yang tertunggak yelah dekat sebulan lebih kan tak berblog. Jangan risau aku akan postkan kat sini satu-satu yer. Pada sesiapa yang rindu aku tu tunggulah yer. Terima kasih ye rakan-rakan yang masih menjenguk blog aku ni walaupun dah lama tak ada posting yang baru. Tunggu yer entry aku yang seterusnya.

14 comments:

Ayen said...

Alhamdulillah...masih bernafas lagi yek blog ni,Tuan blog mmg taulaa bernafas cume tercungap2 je klu idak xkan bln lps 5 ari je keje,hahaha...Ape2 pun TAHNIAHlaa coz dah 3 bulan,moge sihat walafiat hingge smpai mase.

en_me said...

me khabar baik uooolsss..

neezareef said...

welcome back
sian mabuk teruk ya..smpai warded

ape pun..semoga semuanye selamat

pantang bln pose..???

masak le..hehehe

Ena said...

ekekeke glemer jap nama aku ade dalam entry ko ihiks..
camne ko leh MC je ek.. mujur aku tak jd bos ko, kalo idak aku buang dah keje ekekeke anyway aku doakan ko sntiasa cergas dan senyum cam slalu ihiks...

nurul-h said...

kak, kamu ni wat saspen je.. org malas nak sms, tau2 teruk gile rupanya.. akak duk umah jela mabuk aritu?

haha, g ikea aritu pun akak mcm asik nak temuntah je org tgk...
rindula kat qistina.. bila la nak jumpa dia tu... :)

tgk gambar ikea kat blog org, haha...

zieha said...

selamat membloging semula..ermm dh agak dah, ina nie mesti teruk loya2nie, mcm ko pregnant dulu.Ko nie first gan second pregnant flow dia tk ubah2 yer..cuma kali nie aku tgk lagi teruk sampai 5 hari je datang office..hehehe,kesian ko sampai masuk wad ..anyway semoga u sihat dan yg penting jaga kandungan..ahaksss..CONGRATS!!

★ Nu♥ℜul ★ said...

tahniah lina..takecare tau

atty said...

tahniah lina..takecare..aiseh.
yg nurul tu my daughter..lupanak log out

Y@ZeD@ said...

wahhhhhhhh bestnye..!
dah agak dh nihh mesti menyepi sbb gud news kann.!!

nway, congrats kak n tk care..!

** psst.. kak, mabuk2 sakit camnihh best jugakk ekk sb hasilnya nanti mmg membahagiakann..!

:)

Farazila said...

wah dah 3 bulan..
klu 3 bln ni dah taw ke gender baby nie..
hikhikhik....
harap akak n baby sihat hendaknye..
seronok qis dapat adik...

mummYaeesh said...

wah..masuk2 jek blog ni terus dpt berita gembira...congrats kak az..

Nana Rosli said...

tahniah kak lina!
posting yg dulu tuh nana cam dh dpt agk2 pon.. hehehe
tahniah ye,
tak lama lg kak long qis dapt adik la, hihi

ady said...

salam ...
tahniah kak inazz yer,
kim salam kat abg yerk...

Hajar said...

salam kak.
tahniah ye?
jaga diri bebaik.. :)