Tuesday, December 23, 2008

Mungkinkah...

Sejak dari awal bulan 12 ni aku rasa semacam jer kat diri aku. Rasa malas... rasa penat... mengah... kalau nak bangun pergi kerja tu memang ya Allah payahnya nak angkat kepala. Kalau hari cuti aku lebih suka duduk kat rumah... baring sambil berkelubung dengan selimut. Nak buat kerja rumah pun malas ya amat. Kebanyakannya Khairol yang buat. Kadang-kadang aku paksa juga diri aku... ye lah takkan nak relax jer kan.
Kemudian 'teman akrab' perempuan yang kita jumpa setiap bulan pun dah lewat datangnya. Aku rasa macam ada satu kemungkinanlah tapi pada mulanya aku taknaklah fikir sangat. Walau bagaimanapun aku dengan Khairol memang dah siap sedia kalau betul kemungkinan tu sebab Qistina pun dah besar dah 2 tahun lebih. I think this is a right time for us.
Apa-apapun aku taknak cakap lebih-lebih. Lepas aku bercuti panjang Krismas sampai Awal Muharram nanti baru aku nak pergi buat pemeriksaan. Nanti bila dah dapat keputusan rasmi nanti baru aku bagitau kat korang semua ye. Doakan aku ye moga-moga apa yang aku harapkan tu memang betul. Dapatlah aku bagi teman untuk Qistina.
Lina

Friday, December 19, 2008

Tag

Oleh kerana malas sikit nak update blog dengan cerita-cerita terkini padahal berlambak lagi cerita ni, aku buat dululah tag yang diberi oleh Huda yang very d' senang ni..
THE RULE:
1. Copy the tag to your blog
2. Add the link the person who share this tag with you…
3. Nominate at least seven blogger

Your 1st Name Tells A Lot About Who You Are
Hava a good time knowing the meaning of your name!
♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*
A: Best Gf/Bf any one could have
B: You love a certain someone
C: People cant help but check u out
D: You are really lovable
E: You Are Great Kisser
F: Easy to fall in love with
G: You never let people tell you what to do
H: You have a very good personality and good looks
I: People love you
J: People Adore you
K: You're wild and crazy
L: AWESOME KISSER
M: Handsome/Beautiful
N: Easy to fall in love with
O: Best kisser ever
P: You are popular with all types of people
Q: You are a hypocrite
R: You love to kiss
S: You are Freaking CRAZY!
T: You are loyal to the ones you love
U: You really like to chill
V :your not judgmental
W: You are popular
X: You never let people tell you
Y: Sexiest bitch alive
Z: Never good enough...
♥*♥*♥*♥* *♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*♥*
Makna-makna nama aku tu sudah tentulah yang colour oren tu kan. Best juga ek maknanya but daring gak especially yang hurul L tu hehehe. Itu kena tanya Khairol lar betul ke tidak oppsss...
So, sekarang ni kena tag at least seven people jadi mereka-mereka yang bertuah ialah :-
4. Emma
6. Atty
7. Aida
Selamat membuat tag yer... senang banget nih. Kalau dah kene tag ni abaikan jer lah ok
Lina

Monday, December 15, 2008

Bersama Anak Saudara



Hakim (anak abang Hashim yang bongsu)







Ni masa singgah kat rumah abang Hashim. Dapatlah jumpa si Hakim yang dah pandai berjalan ni. Masa mula-mula jumpa dulu kecik lagi.




Qistina bersama Hakim. Masa ni Qistina menjeles sebab aku pangku Hakim dan-dan dia pun nak duduk kat riba aku juga.
Lina

Cari Makan


Khairol


Abang Hashim, Elang, Abah dan Pakcik Bakar





Abah


Mak dan Mak Kiah


Bos



Haziq (anak abang Hashim) yang berkongsi tarikh lahir dengan Qistina



Hanif dan Hafiz (anak abang Hashim)


Qistina




Nasi beriani

Keluar dari UiTM Shah Alam terus kami cari kedai makan. Kedai mamak pun mamaklah sebab masing-masing dah lapar. First time aku makan nasi beriani satu pinggan habis selalunya mesti Khairol tolong habiskan. Lepas habis makan semua menuju ke rumah abang Hashim pula.



Lina

Konvokesyen

Inilah sebenarnya program aku yang seterusnya. Pada 1 Disember lepas adalah Hari Konvokesyen adik aku. Pagi-pagi hari lagi kira-kira pukul 6 pagi kami dah bertolak dari rumah abang Kandar ke UiTM Shah Alam sebab dia sesi pagi. Qistina pun aku angkat je dari tidur sebab aku kejut-kejut banyak kali dia dah mengamuk-ngamuk taknak bangun.



Girl in pink heheh my sis dalam perjalanan nak ke tempat menunggu bas termasuk dengan kami semua. Oh ye lepas abang Kandar hantar kami dia terus ke pejabat sebab ada meeting. Jadi, tinggallah aku dan Khairol serta Qistina, mak, abah dan kakak sulong aku. Lepas habis meeting dia akan datang semula ambil mak dan abah sebab tak muatlah semua satu kereta.

Ini tempat keluarga para graduan duduk untuk menonton sesi graduasi. Ada disediakan beberapa buah tv kat situ. Cuma ibu bapa saja yang masuk ke dalam dewan.



Habis saja majlis apa lagi sesi bergambarlah kan tapi yang tak tahannya tengah panas. Betul-betul majlis tu habis pukul 12 tengahari. Aduh aku sempat sekali je bergambo sebab tak tahan panas terik. Kebetulan abang aku yang no. 3, abang Hashim pun datang so dialah yang jadi photographer. Makcik aku, Huda's mom sekeluarga pun datang juga.

Qistina jelah wakil aku ke hulu hilir dengan atuk dia bergambo.


Lepas habis majlis konvokesyen tu kami pun geraklah cari kedai makan. Lepas tu singgah pula rumah abang Hashim. So, congrats yer Adik.



Lina


NotaHujungKaki : Dude, teringat masa kita konvo dulu dah dekat 10 tahun kan.



My Cousin's Wedding

Awal bulan Disember hari tu aku ada bercuti panjang disebabkan ada beberapa program. Ok yang first sekali ni aku pergi majlis kahwin sepupu aku kat Taman Permata, Ulu Kelang. Sehari sebelum tu aku sekeluarga dengan mak dan ayah aku dah bertolak dari Kuantan tapi kami singgah tidur kat rumah abang aku di Mentakab. Kiranya kami nak konvoi sekali ke majlis ni pagi esoknya.

Qistina dengan sepupunya, Aishah, anak abang aku.


Inilah abang aku yang no. 2, dah gaya cam abah aku lak.



Ini je gambo pengantin yang sempat aku ambil. Simple je majlis ni tak ada kompang ke, bersanding bagai. Oh ye sepupu aku tu yang lelaki yer. Wife dia orang Segamat.

Hahah sempat lagi ambil gambo curi cousin aku, Huda tengah makan tapi tak blur la. Dia sampai lambat sikit dengan my sis yang dah datang lebih awal dan tidur kat rumah dia. Cousin aku ni dengan my sis memang kamceng giler.

Dari majlis kahwin tu kami semua gerak ke rumah Huda nak berehat. Dekat jer rumah dia jalan kaki jer kat Wangsa Melawati. Duduk-duduk kat situ sambil tunggu abang aku yang sorang lagi, abang Kandar datang coz lepas tu nak gi rumah dia pulak bermalam. Lagipun senang pagi esoknya nak gerak ke program yang seterusnya. Fuhh memang penuh jadual hehehe.


Lina

Friday, December 12, 2008

Jom Pegi Mak Cik


Ada sesuatu yang unik kat Impiana ni. Mula-mula aku tak tau juga tapi aku mula pelik bila member member kursus selalu cakap 'nak pergi makcik tak'. Rupa-rupanya kat dewan kursus tu, tandas kat situ dia letak sign untuk perempuan 'Mak Cik', untuk lelaki 'Pak Cik'.
Kasihanlah sesiapa yang masuk tandas tu, budak-budak ke muda ke tua ke semua pangkat Mak Cik Pakcik hehehe.
Lina

Sekitar Hotel

Tangga utama untuk ke naik ke lobi hotel

Kawasan lobi hotel


Inipun kat lobi hotel, deco kolam

Kolam renang



Pelantar kayu berhadapan kolam renang




Kaki lima bilik



Untuk maklumat lanjut berkenaan Impiana Resort Cherating ni bolehlah pergi ke website http://www.impianacherating.com . Bagi aku memang sesuailah resort ni untuk percutian keluarga.


Lina


Bilik Penginapan

Suasana bilik tempat aku menginap. Setiap bilik 2 orang. Memang cantik bilik ni sebab binaannya berasaskan kayu. Oleh kerana bilik aku kat tingkat atas, jadi bilik aku tu adalah alang kat bumbung tu. Ada member aku tu cabul sungguh mulut dia siap cakap nanti kat alang tu ada bertenggek 'cik pont'.

Katik pun antik, katil kayu bertiang siap ada kelambu lagi.

Pemandangan daripada beranda bilik.


Pemandangan laut.



Lina

Supper and Breakfast

2 jenis kuih yang dihidangkan masa supper, aku ambil setiap kuih satu jer... taknaklah makan banyak.




Ini breakfast aku, mula-mula ambil nasi minyak lepas tu makan roti lak. Food masa lunch aku tak snap sebab aku sibuk ambil makanan. Pendapat akulah makanan kat Impiana ni boleh dipuji sebab macam lunch, lauk-pauk style kampung dan memang 'berasa' lah lauk tu. Bab makanan memang aku puas hati.



Lina

Kursus


Bulan November hari tu aku ada pergi kursus yang dianjurkan oleh jabatan aku. Kursus selama 2 hari tu diadakan di Impiana Cherating Resort. Ok juga sebab aku pun tak pernah lagi menginap kat situ.

Suasana di dalam dewan kursus.

Gula-gula untuk mencegah daripada mengantuk.



Lina

Friday, December 5, 2008

Hari Raya Aidil Adha

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA
kepada semua rakan-rakan blog dan sesiapa jua yang membuka blog ini.
Saya akan kembali semula memblogging pada hari Selasa minggu hadapan.
SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!
Lina

Million Thanks

Cantik tak design header kat atas tu? Untuk makluman korang semua, header ni direka dengan kreatifnya oleh adik EITA kita. Actually, aku ada minta Eita buatkan header tu tak sangka pula dia betul-betul buat. Thanks ek Eita.
Pada mulanya Eita minta gambar-gambar selain daripada yang ada dalam blog aku tapi aku tak sempat nak bagi dek kerana kesibukan aku ni... jadi dia buatlah juga guna gambar-gambar yang ada tu.
Walau apa pun memang cantik dan kreatiflah. Buat sementara ni aku akan gunakan header ni dulu. Nanti kak lina akan bagi gambar-gambar lain, bolehlah Eita designkan lagi yer untuk kak lina hehehe.
Sekali lagi, kak lina ucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat Eita.


Lina

Thursday, December 4, 2008

Shopping Susu Dutch Lady & Pampers

Lepas dapat gaji hari tu plan dengan Khairol nak pergi shopping susu dan pampers Qistina. Kami decide nak beli kat Tunas Manja Transit.

Seperti biasa kalau Qistina nampak mainan ni memang nak naik punya. Nasib baik 5o sen saja sekali naik. Itupun kes sebab nak pujuk dia semula lepas kena pukul dengan aku kaw kaw punye. Aku ni macam nilah lepas marah beria-ia lepas tu mulalah rasa bersalah. Mulalah nak pujuk dia bagai.

Inilah barang-barang yang kami beli, stok susu dan pampers untuk sebulan. Nasib baik susu tu ada promosi belian dengan belian. Bila beli lebih daripada RM50, yang selebihnya dapat harga murah. Beli sekaligus ni bukan apa tak payahlah nanti setiap kali habis nak kena beli lagi. Kadang-kadang tengah-tengah bulan dah kering kan.




Lina

Kedai Perabot Wescourt

Masa Kak Esah balik ke sini, dia ajak aku dan Khairol pergi tengok-tengok perabot Cavenzi kat Wescourt. Perabot Cavenzi ni selalu buat promosi jadi dia nak tengoklah sebab dia ada berkenan satu set ruang tamu.

Kak Esah dengan Khairol tengah berkira-kira untung dan rugi heheh. Aku kat mana masa ni yer?

Seperti biasa bila ada budak 2 orang ni, bawa kat tempat macam ni, diorang buat macam rumah sendirilah. Asyik menjerit je lar kerja aku.


Tengoklah Qistina ni ha, asyik berlari jer kerjanya.


Ni pun masa snap gambo ni diorang tengah duk diam, abis je snap terus berlari semula.

Masa tengok-tengok perabot tu aku pun terberkenan dengan sofa ni, cantik tak? Kulit ni, kalau nak tuko kaler sarung pun boleh juga. Nantilah aku nak datang lagi kalau ada rezeki nanti nak sambarlah sofa ni.



Lina



Kahwin, Kahwin, Kahwin

Pertengahan bulan November lepas aku dan Khairol dijemput ke majlis kahwin salah seorang member kami yang kami panggil VR. Satu geng dengan Sayap juga yang kahwin tempoh hari. Aku tak ingatlah nama betul VR ni. Rumahnya kat Tanjung Lumpur tu tepi jalan jer.


Masa kami sampai tu masih ramai lagi orang yang datang. Lauk-pauk yang dihidangkan pun sedap-sedap, stail kampung.


Inilah dia pengantinnya, VR. Tak sempat nak snap masa dia dengan wife dia.


Qistina salam kokot hahaha tak adalah lepas salam punyalah banyak dia dapat gula-gula.

Lina