Friday, August 29, 2008

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI...
SEMOGA KITA SEMUA DAPAT
MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN
PENUH RASA KEINSAFAN DAN
KEIKHLASAN...
Ramadan kali ini kita sambut dengan bercuti panjang... takdelah panjang mane tapi 1st day puasa kita cuti kan hehe. 3 hari bercuti apa aktiviti aku ek... hari Sabtu maybe aku lepak kat rumah je... mengemas apa yang patut ataupun balik rumah mak aku.

Yang pastinya hari Ahad aku akan ke Muar kerana sepupu Khairol (lelaki) nak bertunang. Of course la dengan mertua aku sekali. Tak dapatlah aku nak tengok team pejabat aku berkawad untuk sambutan sebab ada member sorang tu antara yg berkawad ahakksss... ;-)

Pegi Muar tu balik hari jadi sedang elok hari Isnin cuti dapatlah rehat ye tak kalau tak mesti keletihan je ari Isnin tu nak pegi keje pulak. Rasanya itulah aktiviti aku menjelang nak sambut puasa ni. Jangan puasa yang yok ye pagi-pagi buka periuk... Adios!!!
NotaHujungKaki : Mudah-mudahan dapatlah aku bertarawikh pada Ramadan kali ini... Insya-Allah.

Thursday, August 28, 2008

Jualan Murah

Aku nak kongsi info sikit dengan orang-orang Kuantan. Kalau ada sesiapa yang nak beli baju untuk anak-anak ke, adik ke, anak-anak buah ke, bolehlah pegi ke tempat ni. Sekarang ni tengah buat jualan murah. Baju-bajunya bole tahan juga lawa dan branded juga seperti Anakku dan Disney. Baju-baju orang dewasa pun ada seperti Diadora.


Ada yang dah diletak harga seperti RM5 dan RM10. Ada juga yang diskaun sehingga 70%. Cuma ada sesetengah baju tu diletak secara longgok jadi kene rajin mencarilah.

Bantal dan cadar pun ada dijual. Juga pakaian dalam untuk wanita. Sebenarnya baju-baju tu semua dari Parkson. Kiranya Parkson nak menghabiskan stok so diorang buatlah jualan murah ni. So, sesiapa yang berminat bolelah pegi ok.
NotaHujungKaki : Langkah berjimat-cermat.

Mesyuarat, Majlis Perpisahan dan Makan-makan

Baru-baru ini unit aku ada buat mesyuarat unit dan seterusnya majlis perpisahan buat staf-staf yang telah bertukar dan akan bertukar.

Orang-orang penting macam aku kene duk kat belakang-belakang sikit... konon-konon sebagai pemerhati la heheh...

Ena... ko tido ke ape? Wake-up! Wake-up! Time makan dah ni! Hahaha...!

Antara staf-staf yang dirai. Mereka ni semua dah bertukar dah cuma majlis je lambat dibuat. Sebenarnya yang nak dirai tu ada 14 orang tapi ye lar masing-masing dah di pejabat baru jadi mungkin ada kerja yang tak boleh dielak so tak dapatlah datang.

Ini pula antara staf-staf baru kat unit aku. Sesi memperkenalkan dirilah ni. Ramai juga staf baru tapi aku tak sempat nak snap gambo.

Habis majlis ape lagi sesi makan-makanlah... masing-masing senyum je dapat makanan sebab perut masing-masing memang dah lapar gilerrr... Menu hari tu ialah nasi minyak dengan ayam masak merah, opor daging, acar dan pencuci mulutnya tembikai. Air pula ada sunquick dan air suam. Kalau nak tengok lagi gambo bole pegi ke blog orang ni.

NotaHujungKaki : Kadang-kadang hidup kita ni perlu perubahan. Mungkin dengan perubahan tersebut akan meningkatkan lagi kualiti hidup kita.


Tuesday, August 26, 2008

Rezeki


Emm... nak beli biskut ape ek?


Khairol tengah memikir nak beli teh yang mana satu...

Qistina yang tengah mantain baik sebab nak amik gambo... lepas tu buat perangai balik nak dukung...

Di kaunter tengah buat pembayaran... blur je cashier tu sebab kitorang suh dia buat 3 plastik...


Banyak betul barang-barang yang kami beli. Satu tujuan satu matlamat. Akan kami teruskan selagi ade rezeki insya-Allah.
NotaHujungKaki : Biarlah rahsia... ;-)

Monday, August 25, 2008

Memancing

Apa ye aktiviti kami malam Ahad tu? Petang tu dah penat-penat cari umpan of course la malam tu pegi mancing. Kesian gak kat Khairol sebab dah lama dia tak buat hobi dia no. 1 tu. Jadi aku sebagai seorang isteri yang memahami (chewahhh...) ikutlah sekali temankan dia. Khairol memancing tak jauh pun, kat Benteng je hehe. Aku pun bawalah sekali bekal apa yang patut manalah tau anak dara aku tu nanti mintak macam-macam... nak biskutlah, nak buahlah, naik airlah.

Khairol sedang meletak umpan pada batang kailnya.

Ini Khairol tengah menarik pancingnya sebab 'mengena'. Dapatlah seekor ikan besar tapak tangan.

Khairol tengah memancing... isteri dan anaknya menggediklah ambil gambo hehe... Sekarang ni kalau ambil gambar Qistina macam-macam aksi dia buat.



Qistina pun taknak kalah berebut dengan ayahnya nak duduk kat kerusi tu.





NotaHujungKaki : Balik dari memancing jauh malam... anak dara aku dah berembun... esoknya kene demam selsema... nak salahkan siapa? Ampun ye abanggg... ;-)

Jalan-Jalan Ke Pantai

Petang Sabtu hari tu aku dan Qistina ikut Khairol pegi ke Pelabuhan. Tujuannya Khairol nak cari umpun-umpun untuk dibuat umpan memancing malam tu. Kami ajak sekali Mok Nor (kakak Khairol) dan keluarganya sebab diorang pun duk kat situ kan. Jadi, Khairol dan suami Mok Nor, Pak Usop cari umpun-umpun manakala aku dan Mok Nor dengan aktiviti kami cari remis. Remis ni dia macam kupang tapi saiznya kecil. Aku tak dapat nak amik gambo remis tu sebab tangan aku kotor dengan pasir.











Lepas penat dah cari umpun-umpun dan remis pegi pulak kat batu-batu tu cari apa ye aku pun tak tau nak panggil ape benda ni.


Tengah-tengah cari teritip tu terjumpalah dengan seekor ikan ni. Mok Nor panggil ikan ni Ikan Duri. Ikan ni sebenarnya terperangkap kat takungan air. Mungkin tak sempat lari masa air surut.






Kita close-up dari dekat. Beso jugak ikan ni adalah panjang sebelah tangan orang dewasa. Sementara Khairol dan Mok Nor kat batu-batu tu aku pun bawalah Qistina mandi laut. Qistina pun memang tunggu masa je aku cakap... belum abis aku cakap dia dah lari dulu ke laut.






Qistina dengan penuh cemerlangnya berlari-lari ke air.


Seronok bangatlah tu dapat main air.


Qistina bersama dengan sepupu-sepupunya. Orang tu kejar orang ni... orang ni kejar orang tu... mama dia pun ikut basah sama hehe... dah bila sepupunya kejar dia lari ke arah mama dia n peluk macam mana tak basah...


Ini yang aku marah sangat dengan Qistina... dia main selut pantai tu lepas tu sapu kat rambut n muka... geramnyeeee...


Seronok juga sekali sekala pegi pantai ni... kat pantai pelabuhan ni tak ramai sangat orang jadi privacy la sikit. Remis yang aku dan Mok Nor cari tu aku bawa balik rumah rebus. Memang sedap sebab fresh jadi manislah isinya. Selalunya kalau pegi pelabuhan inilah aktiviti kami sambil tu berjalan ke rumah Mok Nor. Malamnya kami ada aktiviti lagi...

NotaHujungKaki : Aku admire kat Mok Nor walaupun dia surirumah tapi pandai cari peluang-peluang untuk tambah pendapatan seperti menjahit dan membuat kuih.

Friday, August 22, 2008

Kene Tag

Yuhuuuu... aku kene tag lak dgn cousin kesayangan aku ni... nak tau ni first time kene tag. Oklah akak jawablah yang mane termampu ek.

Nama-Nama Timangan Anda:
dalam keluarga sendiri panggil ina, mase kat uitm dulu member2 panggil azz, dalam keluarga mentua mama ina, kat ofis lina pa...

Anda Seorang Yang:
emm... pendiam (kalau tak kenal sangat), sensitif, cool, penyayang, penyabar, ceria

Insan Teristimewa Dimata Anda:
suami, anak, keluarga, kawan-kawan

Lagu Kesukaan Anda:
semua jenis lagu yang sedap di pendengaran hehe...

Makanan Kesukaan Anda:
nasi ayam forever n ever heheh... n not forget chocolate (disebut cokolate haha)... bisa bikin penasaran...

Warna Kesukaan Anda:
dulu suke purple tapi sekarang ni gile kat orange n brown... earth colour

Sikap yang membuatkan anda bengang:
selfish, anak2 tak hormat ibu-bapa, org muda tak hormat org yg lebih tua, cakap kasar, biadap

Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda:
of course wallet, handphone n lipgloss

Kali terakhir anda menangis dan kenapa?
tak ingat lar coz jiwa kan sensitif jd ape2 yg menyentuh hati mesti nangis walaupun sikit je hehe...

Tag 6 rakan anda:
i first tag...
semua nama kat bahagian blog kawan-kawan di sebelah kecuali huda lar...

Wednesday, August 20, 2008

Azrein - Part 3 (Akhir)

Hari Ahad lepas kenduri kawin (sambut menantu) belah kami pula. Takde gambo yang nak dikongsi sebab aku memang tak sempat langsung nak snap-snap gambo ni. Khairol pun sama sebab kami ni dah jadi macam penanggah pulak dah. Aku jaga bahagian lauk-lauk, meja-meja ni semua, mana yang kurang tambah, bersihkan pinggan, cawan, meja. Khairol lak bahagian cuci-cuci pinggan hahaha.

Memang penat gile ye lar cuaca panas. Tetamu pun bole tahan juga ramainya. Alhamdulillah la majlis berjalan lancar. Habis je majlis mengemas apa yang patut, kira-kira kul 6 petang aku, Khairol dan Qistina balik rumah. Tak larat dah aku biar orang lain lak sambung mengemas. Dengan tak cukup tidurnye aku sempat tidur 2 jam je malam sebelum tu. Jadi balik awal bole ganti tido tu hehe.

Shopping

Hari Jumaat lepas aku dan Khairol ambil cuti sebab rasa nak relaks kat umah. Cakap je nak relaks tapi kami mengambil peluang tu untuk bershopping!!! Mula-mula kami pergi ke Megamall sebab nak beli baju Qistina untuk dipakai masa kenduri kawin nanti. Yelar, baju Qistina banyak yang dengan seluar je, skirt ke gaun ke memang tak banyak jadi itulah nak cari. Lepas beli semua kami pun bergerak pula ke East Coast Mall. Semenjak dibuka ini kali ke-2 aku pergi situ hehe.

Tengok kat gambo memang macam tak banyak kami beli tapi itupun dah dekat RM200 haha. Punyalah banyak kami membeli macam baru dapat gaji je. Bukan apa kebetulan ada sale jadi mana yang patut tu kami belilah.


Memang lama kami kat situ sampai Qistina dah pengsankan diri lepas ngamuk-ngamuk sakan. Yelar mana tak letih dan ngantuk dia bukan bole duk diam. Duk dalam troli pun masih nak bergerak gak. Aku dan Khairol pun ikut letih sama sebab nak melayan kerenah dia. Benda yang bole buat dalam 1 jam jadi berjam-jam. Apa nak buat anak sorang hehe.

Tuesday, August 19, 2008

Kampung Pagi - Part 3 (Akhir)

Ini adalah aktiviti aku di Kampung Pagi pada hari ketiga dan juga beberapa gambo yang aku ingin kongsi bersama. Hari ketiga tu aku memang dah tak sabo-sabo nak balik sebalik rindu kat anak dara aku dah membuak-buak dah. Sebelum kami sampai ke jeti Taman Negara kami singgah dulu kat Canopy Walkway. Dah alang-alang sampai kat situ kan rugi kalau tak mencuba. Aku yang memang semulajadi gayat pun terpaksa buat-buat berani sebab belum tentu lagi aku akan sampai kat situ pada masa akan datang. Jadi untuk sekali seumur hidup aku pun tak lepaskan peluang meniti kat titian tu. Kalau tengok kat gambo tu memang nampak sangat aku ni happy tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu. Masa meniti tu aku memang tak tengok atas, bawah, kiri, kanan, aku jalan je terus. Jadi aku pun tak tau pada masa-masa tertentu aku berada di ketinggian berapa meter ntah dari tanah. Apa-apapun enjoy the pics!!!











NotaHujungKaki : Berada di Kampung Pagi selama 3 hari 2 malam menjadi pengalaman yang amat berharga buat aku yang tak mungkin aku alami di tempat-tempat lain.