Monday, March 24, 2008

Konsert Mingguan Akademi Fantasia Ke-6 Minggu Pertama

Demam Akademi Fantasia sudah bermula. Aku salah seorang daripada peminat yang menanti-nanti kemunculannya. Aku bukanlah seorang peminat fanatik cuma aku merasakan bahawa Akademi Fantasia ini sebuah rancangan yang orang luar boleh terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan rancangan ini. Oklah aku pun tak mahu ulas banyak-banyak dan di bawah ini adalah ulasan aku untuk setiap pelajar dan aku tulis mengikut ranking yang paling aku suka hingga yang paling aku tidak suka.



1. Nadia
Memang dia ni kecil-kecil cili padi. Badan kecil jer tapi suara besar ya amat. Aku harap dia akan konsisten sehingga ke final nanti. Harap-harap konsert-konsert yang akan datang dia dapat perform dengan baik walaupun lagu tu bukan 'makanan' dia.



2. Stanley

Dia ni memang bertuah sebab dikurniakan suara ala soprano ni. Suara-suara macam ni kalau dia betul-betul tau gunakan dan control boleh meremangkan bulu roma. Stanley hampir-hampir berjaya meremangkan bulu roma aku tapi part korus tu dia macam kureng sikit. Ada macam tersangkut jer.

3. Riz

Riz berjaya membawakan lagu penyanyi pujaanku ini dengan baik. Kiranya taklah menghampakan dan aku tak adalah rasa macam nak pergi sumbat je mulut dia dengan microfon hehe. Mungkin disebabkan dia ada pengalaman sebelum ni jadi nampak keyakinan dia.


4. Stacy
Stacy pun berjaya menghiburkan aku. Cuma aku rasa dia trying so hard untuk menyanyi seperti penyanyi asalnya Alicia Keys. Aku rasa kalau dia lebih bersahaja mesti dia di tangga teratas.




5. Saida
Aku suka cara penyampaian Saida. Cuma dia terlalu pemalu menjadikan persembahan dia macam serba tak kena. Aku harap dia dapat mengikis perasaan malunya itu dan dapat memberikan persembahan yang lebih mantap di konsert-konsert yang akan datang (I'm sure she's going to be on final).



6. Nubhan

Ya, suara Nubhan lain dari yang lain. Macam serak-serak basah tapi lunak. Lagu yang dipersembahkan pun memang kena dengan suara dia. Oklah untuk konsert yang pertama ini.


7. Rina

Sebuah persembahan yang biasa. Lagu ni mesti dah biasa dipersembahkan oleh Rina semasa dia bekerja. So, aku tunggu persembahan dia di konsert-konsert yang akan datang.



8. Yana
Bagi aku suara Yana ok tapi mungkin dia tak ada daya penarik atau x-factor. Jadi, orang yang menonton pun rasa bila persembahan seterusnya, dah tak ingat dah sebelum tu Yana yang nyanyi.


9. Alif
Alif pun ok cuma dia kena lebih banyak belajar lagi.




10. Lufya
Persembahan yang biasa dan suara yang biasa. Mungkin sebab lagu tak mencabar sangat vokal dia.




11. Toi
Suara Toi biasa-biasa aje. Aku tak tahulah apa yang pengkritik suka dengan persembahan dia cuma yalah dia confident.



12. Faisal

Aku still boleh terima persembahan dia sebab dia nyanyi lagu nasyid, hehe.


13. Ika
Apa keslah Ika ni. Mula-mula pilih lagu Umbrella padahal tak pernah nyanyi pun lagu tu cuma minat je. Bila tak boleh nak bawa merayu pada Pengetua nak tukar lagu lain. Nasib baiklah Pengetua baik hati. Katanya lagu yang selalu nyanyi masa masuk pertandingan lagu Kesetiaan. Hmmm... aku rasalah beri lagu apapun memang dia tak boleh bawa.... hancurrrr.



14. Naim

He is the worst! Aku pun tak tau Naim ni nyanyi lagu apa sebenarnya. Aku rasa kalau Hattan jadi Pengkritik malam tu mampus dia kena bambu. Naim kena banyak, banyak, banyak lagi belajar.


The last performance is Menuju Puncak. Berterabur. Nyanyian ke mana, tarian ke mana. Aku sampai tutup mata tak sampai hati nak tengok. Ya, ini minggu pertama. Pelajar-pelajar masih baru seminggu berlatih. Step tarian pun yang baru. Masih gementar. Yalah, dimaafkan (memang rakyat Malaysia ni pemurah, pemaaf, penyayang, pe... pe...).


Keputusannya, Yana terpaksa akur dengan undian penonton walaupun aku rasa ada orang yang lebih layak lagi untuk keluar dahulu sebab aku rasa vokal dan persembahannya masih boleh digilap.
NotaHujungKaki : Tak payahlah para pengkritik memanggil peserta-peserta mengikut umur, panggil nama saja sudahlah. Tak payahlah berkakak-kakak, beradik-adik, berabang-abang, bermakcik-makcik (emm... beza umur cuma 10 tahun lebih je... ke perasan muda lagi... aku kata ke sape ni ek).

Tuesday, March 11, 2008

Kenduri Marathon

Pada 9 Mac yang lalu aku dan Khairol ada 4 jemputan ke kenduri kahwin. 2 jemputan daripada officemate aku, 1 jemputan daripada jiran kat kawasan taman rumah aku dan 1 lagi kawan mertua aku dan mertua aku wakilkan kepada kami. Jemputan daripada officemate aku tu dah mesti kena pergi. Jiran kat rumah aku tu pun mesti jugak kena pergi. So, aku dan Khairol buat keputusan pergi 3 buah rumah tersebut je yang rumah kawan mertua aku tu terpaksa dikecualikan.




Mula-mula marathon kami pergi kenduri kat taman rumah kami. Sebenarnya kami pun tak berapa kenal sangat sebab aku kan baru je pindah ke taman tu. Kebetulan Khairol jumpa emak kepada pengantin perempuan kat gerai berhampiran taman kami. Dia pun jemputlah ke kenduri rumah dia. Kebetulan catering kat kenduri tu kami kenal sangat, memang sedap nasi minyak dia. Aku pun makanlah beria lebih-lebih lagi tengah lapar.



Lepas kenduri tu kami bergegas ke rumah officemate aku yang pertama, Zareena. Dia ni sebenarnya bekas officemate. Masa kat ofis aku dia ni kerani sambilan tapi sekarang dah jadi PTD di sebuah Kementerian di Putrajaya. Memang bertuah betul dia. Besar-besaran betul kenduri dia. Sangat ramai orang sampai aku tak larat nak duduk lama-lama. Kat rumah Zareena ni pun nasi minyak dan lauk-pauknya pun sedap tapi terpaksa makan sikit sebab ada kenduri satu lagi. Lepas bersalam dengan Zareena kami pun beredar ke rumah officemate yang kedua, Syed Hanafi.



Pasal Syed nak kahwin ni ada cerita sebenarnya. Isteri Syed ni kerja satu jabatan juga dengan aku dan Syed cuma berlainan unit jer. Semua orang pun cakap isteri dia ni sosial sikit aku pun rasa macam tu juga. Khairol pun cakap macam tu dan kat luar isteri dia memang seksi. Apa pun kita tak boleh nak mengadili orang dari luaran je kan. Mungkin isteri dia ni sebenarnya ok dan kita tak tau. Walau bagaimanapun aku berdoa semoga perkahwinan Syed ni berkekalan hingga ke akhir hayat.



Oklah, aku dan Khairol sampai kat rumah Syed hampir pukul 3 petang. Qistina dah tidur sebab penat dan kekenyangan. Nasib baik si kembar ada ikut bolehlah tinggalkan dalam kereta sekejap. Kat rumah Syed lebih kepada lauk-pauk kampung. Makan jugalah sikit. Kemudian kami bergambar dengan pengantin.



Berakhirlah kenduri marathon kami pada hari tu. Balik je dari rumah Syed aku dan Khairol tertidur keletihan dan kekenyangan. Nak dijadikan cerita malamnya Khairol diserang sakit perut dan cirit-birit. Aku pun tak tau lauk apa yang buat dia sakit perut sebab aku tak rasa apa-apa pula. Mungkin antibodi aku kuat sikit daripada Khairol. Selamat Pengantin Baru buat Zareena dan suami serta Syed Hanafi dan isteri!



Zareena dan suami (kabur sebab ambil pakai handphone je)

Syed Hanafi dan isteri

Rakyat Malaysia Telah Bersuara!

Salam diucapkan. Berakhirlah sudah Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac yang lalu. Pilihan Raya kali ini berkesudahan dengan keputusan yang mengejutkan. Tahun ini adalah kali ke-2 aku berpeluang mengundi. Walau bagaimanapun kali ni aku tak mengundi secara biasa kerana aku adalah salah seorang petugas sambilan SPR. Oleh itu aku dikehendaki mengundi secara undi pos.

Bagaimana aku boleh terlibat sebagai petugas SPR? Pada mulanya Khairol dipelawa oleh kawan dia untuk bertugas. Oleh kerana petugas yang dikehendaki masih belum mencukupi jadi Khairol memasukkan nama aku sekali. Aku pun teruja juga sebab aku nak merasai pengalaman semasa pengiraan undi. Untuk makluman aku dan Khairol bukan bertugas di tempat-tempat mengundi di sekolah-sekolah tapi kami bertugas mengendalikan undi pos. Kami bertugas lebih awal (seminggu sebelum hari mengundi) iaitu menyediakan kertas-kertas undi yang dimasukkan ke dalam sampul sebelum diambil oleh wakil-wakil dari tentera dan polis.

Pada hari mengundi pula, tugas-tugas kami adalah mengira sampul-sampul yang dikembalikan oleh tentera dan polis. Kemudian pada pukul 5 petang barulah proses pengiraan undi dijalankan. Masa ni memang aku gementar juga sebab ya lah ini melibatkan negara juga, aku takut juga kalau tersalah kira lebih-lebih lagi ejen-ejen daripada setiap parti yang bertanding ada
di hadapan. Selepas habis mengira memang aku lega selega-leganya lebih-lebih lagi kumpulan aku tak perlu mengira sekali lagi sebab ejen-ejen pun puas hati. Aku ingat nak ambil juga gambar di pusat pengiraan tu tapi aku rasa tak sesuai pula sebab rahsia kan.

Semuanya selesai lebih kurang pukul 8 malam. Aku turut tidak melepaskan peluang duduk di depan tv menunggu keputusan. Nak tau juga kawasan yang aku jaga tadi parti mana yang menang. Hampir pukul 3 pagi aku dah tak larat nak tunggu semua keputusan so aku pun masuk tidur.

Hari Ahad 9 Mac tu aku kerah Khairol beli suratkhabar. Dia dapat beli Metro dengan Utusan je, Berita dah habis, aku memang dah agak dah. Memang mengejutkanlah keputusan pilihan raya kali ni. Memang rakyat dah bersuara menyatakan hak mereka. Bagi pendapat akulah, rakyat sebenarnya mahukan perubahan dan suara mereka didengar, itu saja. Jadi, parti yang menang haruslah membuat post mortem dan mengambil iktibar daripada pilihan raya kali ni. Aku harap Malaysia selepas ini akan lebih aman dan makmur serta harga barangan adalah lebih terkawal.

Wednesday, March 5, 2008

Bengkel Setiausaha Cemerlang

Salam diucapkan. Pada 25 hingga 27 Februari yang lepas aku telah mengikuti Bengkel Setiausaha Cemerlang yang dianjurkan oleh unit aku. Bengkel ni telah diadakan di Woodland Resort, Taman Negara, Pahang. Ada 44 orang peserta yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (Kesetiusahaan) dari seluruh Pahang.

Masa mula-mula tengok program yang diaturkan rasa macam penuh sangat sebab pada hari kedua tu bengkel sampai ke malam tapi setelah mengikuti bengkel tersebut rasa macam tak cukup masa pulak. Bengkel ni telah dikendalikan oleh Profesor Madya Zulkifli dari UTM. Bengkel ni lebih ke arah motivasi dan menilai diri sendiri. Memang enjoy sangat cara Prof tu kendalikan. Memang tak boring, tak stress dan kami nak terlibat dalam semua aktiviti yang dibuat. Itupun banyak topic yang Prof tu tak explain detail sangat sebab tak cukup masa tapi aku rasa memang banyak faedah yang aku dapat. Peserta-peserta yang lain pun cakap yang mereka puas hati dan seronok sangat sepanjang bengkel.
Petang 26 Februari aku sempat pergi menaiki bot melalui jeram. Yelah bila lagi boleh merasa memudiki sungai. Aku naik sebuah bot panjang berbumbung yang boleh memuatkan kira-kira 12 orang. Pemandu bot tersebut memang berpengalaman sebab dalam perjalanan pergi kami akan menempuhi beberapa buah jeram secara melawan arus dan dia juga berpengalaman untuk membasahkan semua penumpang (aku memang basah satu badan). Oklah sila tengok gambar-gambar yang uploadkan di sini yang aku ambil menggunakan handphone aku je. Frust jugak sebab kamera digital aku mengalami kerosakan.

Jeti untuk menaiki bot memudiki sungai atau ke Canopy Walk

Bot panjang yang aku naiki

Pemandangan di hadapan bot

Di dalam bot

Antara jeram yang kami lalui

Mari Tengok Wayang!

Salam diucapkan. Rasanya dah berminggu aku tak menulis di sini. Selepas dugaan melanda yang ada aku cerita dalam posting sebelum ini, hidup aku berubah sama sekali. Aku dilanda kesibukan yang di luar kebiasaan. Baru sekarang ini aku dapat menangani kesibukan aku dan dapat juga meluangkan masa menulis di blog ini.



Banyak sungguh rasanya yang aku nak ceritakan. Aku akan ceritakan satu persatu. Aku akan mulakan dengan Dunia Baru The Movie. Ya, lebih kurang 2 minggu yang lepas aku dan Khairol telah meluangkan masa untuk menonton cerita ini. Aku dan Khairol memang minat sangat dengan Dunia Baru yang disiarkan di TV3 tapi entah kenapa Musim Ke-3 ni aku jarang dapat meluangkan masa untuk menontonnya. Kami bawa bersama anak-anak saudara Khairol iaitu Ayong, Kak Chik dan Aiman untuk menonton sama.



Secara keseluruhannya aku rasa Dunia Baru The Movie ni memang menghiburkan. Walau bagaimanapun ada beberapa bahagian yang aku rasa boleh diperbaiki lagi. Antara adegan-adegan favourite aku adalah semasa adegan di banglo kosong tu di mana melibatkan penggambaran Seekers, di rumah orang kahwin semasa Opie menyanyi juga di kedai makan yang mirip nama cafe terkenal. Pada pendapat aku watak Opie di filem digambarkan dengan selekeh sekali, dengan rambut tercacak, adegan mengorek gigi masa ditahan di balai polis aku rasa terlalu tak senonoh. Watak Darius dan Madihah aku suka tapi apa yang aku nak bagitau di sini ialah aku suka sekali lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Duta bersama dengan Baizura Kahar. Lagu tu aku rasa romantik sangat. Itulah ingat nak beli tap aku tak berkesempatan lagi nak mencari album runut bunyi Dunia Baru The Movie.

Aku dan Khairol memang enjoy sekali malam tu. Yalah memang dah lama kami tak tengok wayang. Last sekali kami tengok wayang cerita Cinta. Lepas tu kami lebih banyak memborong DVD dan tonton di rumah je. Wassalam.