Thursday, January 31, 2008

Kuala Tembeling Resort

Assalamualaikum w.b.t.

Masa cuti Awal Muharram yang lepas aku, Khairol, Qistina dan mertua aku pergi ke Kuala Tembeling Resort. Sesiapa yang tak tau kat mana tempat ni, kalau sesiapa yang duduk kat Kuantan, masuk jalan nak pergi ke Taman Teruntum, terus je hingga ke jalan naik ke bukit. Kuala Tembeling Resort ni atas bukit tepi tebing. Sebelah je bukit tu Pantai Teluk Cempedak. Kak Esah yang ajak sebab dia booking satu apartment Maybank di situ. Kak Esah dah check in 2 hari lebih awal. Hari cuti tu kami pergilah sebab nak bawa Qistina mandi kolam. Lagipun bukan senang nak menginap kat situ. Walaupun dekat dalam Kuantan je tapi biasalah tempat elit jadi mahallah. Inilah aksi-aksi Qistina bersama ayahnya.

Student - Part 3 - Episod Terakhir

Assalamualaikum w.b.t.,

Sebelum aku sambung kisah masa student dulu aku nak buat pembetulan sikit pasal posting aku mengenai Anugerah Juara Lagu. Pemenangnya ialah kumpulan Estranged bukan Estrange.

Baiklah aku nak sambung cerita aku masa di ITM Jengka. Memang banyak betul kenangan aku kat situ. Yang paling tak boleh lupa ialah bilik aku di A4-20. Walaupun tingkat 4 tapi bilik tulah paling best sekali. Geng-geng aku kebanyakannya sama floor cuma seorang dua je di blok lain. Banyak lagi tempat kenangan seperti Taman Tenet heheh.... taman tu sebenarnya nama lain tapi kami gelar Taman Tenet sebab yang selalu duduk kat situ selalunya couple yang tengah bercinta termasuklah aku oppss..., cafe tempat kami makan-makan kalau dah jemu lauk kat Dewan Makan... Dewan Makan yang mengajar aku bersyukur dengan apa yang ada. Kadang-kadang lauk yang dimasak sedap juga... Pasaraya Sapak yang menjadi tempat shopping kami..., Pasar Malam Bandar Jengka, memperkenalkan aku dengan nasi kerabu, coconut shake, rangka ayam serta baju bundle... ITM Jengka itu sendiri yang mengajar aku berdikari, hidup perlu berusaha.

Aku tak pernah cerita dengan orang walaupun keluarga aku sendiri, aku memang struggle hidup di ITM Jengka. Masa aku di sem 1 aku dikejutkan dengan berita atuk aku (sekarang dah arwah) kena stroke. Langsung tak boleh buat kerja apa sebab arwahlah yang menanggung aku selama ini. Selepas daripada itu, aku ditanggung oleh abah aku sebanyak RM100 sebulan. Bayangkan aku kena pandai berberlanja dengan RM100 tu untuk sebulan tapi masa tu yuran nak masuk ITM murah seratus lebih je kena bayar untuk setiap semester. Mula-mula tu memang tertekan tapi lama-lama aku belajar terima kenyataan.

Aku habis belajar bulan April 1999 dan selepas tu aku sambung praktikal selama 2 bulan. Dah 8 tahun aku tinggalkan ITM Jengka. Masa aku pregnant dulu ada aku ajak Khairol pergi Jengka saja nak tengok ITM, rasa rindu pulak. Dah banyak berubah, banyak bangunan baru, dah makin besar cuma blok hostel aku je masih macam dulu. Geng-geng aku tu pun dah lama tak jumpa tapi masih lagi berhubung. Ada dalam tahun 2003 kami buat reunion di Melaka, itulah kali terakhir kami jumpa ramai-ramai lepas tu semua bawa diri. Yus dah kahwin - 2 orang anak, Paed dah kahwin - 2 orang anak, Zack dah kahwin - 2 orang anak (aku agaklah), Oja dah kahwin - 2 orang juga kot hehe..., Sal pun nak masuk 2 orang anak, Ulin dah 2 orang anak, Liza dah kahwin tapi aku tak pasti berapa orang anak dia, Eza baru kahwin tahun lepas, aku pergi, CC pun baru kahwin bulan 12 yang lalu tapi tak jemput aku (sedih tau), tinggal Ida dengan Kak Zura tak kahwin lagi.

Berakhirlah cerita aku masa jadi student dulu. Ada lagi kenangan masa tu tapi aku rasa tak payahlah cerita kat sini. Cukuplah aku seorang yang tahu. Bagi aku, hargailah setiap masa yang kita lalui kerana dengan itu kita takkan menyesal bila kita kenangkan kembali. Wassalam.

Monday, January 28, 2008

Anugerah Juara Lagu Yang Ke-22

Assalamualaikum w.b.t.,




Malam kelmarin telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Yang Ke-22 dengan penuh gemilang dengan temanya Keajaiban Muzik. Walau bagaimanapun aku rasa persembahan pembukaan dan persembahan selingan tidak berapa umpphh! Bukan aku nak kata yang penyanyi-penyanyi yang dijemput tidak bagus tapi kalau nak menepati tema Keajaiban Muzik patut lebih daripada itu. Aku rasa pihak penerbit patut memikirkan untuk menggarap apa itu yang dikatakan Keajaiban Muzik itu. Apa yang muzik boleh buat dan sumbangkan kepada kita amnya. Ini pendapat aku lah sebab kalau sekadar nyanyian oleh penyanyi terkenal tu dah biasa sangat.



Oklah berbalik kepada anugerah tersebut aku cukup berpuas hati dengan pemenang bagi Juara Lagu musim ini. Walaupun aku target utama aku ialah lagu Ceritera Cinta ataupun Mahakarya Cinta tapi Itu Kamu masih dalam list target juara. Lagu Itu Kamu oleh Estrange itu memang best dan menepati cita rasa muzik masa kini. Aku rasa semua orang pun tak sangka lagu tersebut boleh menang sebab kalau diikutkan sejarah Juara Lagu sebelum ini memang kategori Balada yang memonopoli. Ingat lagi masa lagu Keliru dari kategori Pop Rock menang, punyalah ramai yang mempertikaikan kemenangan tersebut. Walau apa pun secara keseluruhan aku terhibur dengan persembahan yang dipersembahan oleh semua finalis. Susunan muzik, bunyi pun gempak, tahniahlah kepada Ramli MS.



Di sini aku letakkan ranking persembahan favourite aku:-


1. Destinasi Cinta - Dato' Siti Nurhaliza
Satu persembahan yang mantap, aku suka koreografi yang dipersembahkan. Siti pun nampak cantik je menari. Cuma kalau bendera-bendera tu tak ada, ia tak mencacatkan langsung persembahan.

2. Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Lah VE
Persembahan ini terletak kepada vocal kedua-dua penyanyi. Ditambah pula dengan lagu yang cukup indah rasa cam dibuai-buai je. Aku memang suka bangat pada lagu ini hehe.

3. Kasih Tercipta - Bob
Walaupun bukan Faizal Tahir yang nyanyikan lagu ini tapi di tangan Bob persembahannya tidak langsung mengecewakan. Lontaran suara yang jelas dan mantap membuatkan aku target vokal terbaik akan menjadi milik Bob. Satu lagi lagu cinta yang aku suka bangat.

4. Itu Kamu - Estrange
Persembahan yang membangkitkan rasa inilah muzik hehe. Tidak perlu terlalu beria-ia dan bukan juga terlalu biasa. Kepala pun automatik bergerak mengikut alunan muzik.

5. Izinkan Ku Pergi - Sahri
Persembahan inipun tertumpu kepada vokal Sahri. Rasanya tak perlulah tukang baca sajak dan penari tu. Tak ada pun tak apa. Tak beri perhatian langsung pun kat diorang cuma tumpu pada Sahri je.

6. Sembunyi - Misha Omar & Andy Flop Poppy
Persembahan yang selamba dan tumpu pada lagu Sembunyi je yang sedap didengar.

7. Mahakarya Cinta - Fiq
Lagu ni best cuma nyanyian Fiq kureng sikit. Takdelah nak suruh sama cam Faizal Tahir tapi memang ada kureng sikitlah. Biasa je.

8. Angan dan Sedar - Mawi
Persembahan Mawi ni pun biasa je cuma ada magic la sikit. Penari budak-budak tu pun dah biasa penyanyi lain buat.

9. Harapan - Fazli Zainal
Persembahan cam Hazami la pulak. Aku rasa kalau Fazli nyanyi sorang lagi baik. Ataupun tak payahlah panggil koir.

10. Samudera - Nora
Suara Nora memang sedap dan lagu Samudera ni pun best tapi tak taulah aku rasa biasa je persembahan dia. Tak ada magic pun.

11. Kasihnya Balqis - Aishah
Tak tau nak ulas camne sebab takde apa-apa yang menarik cuma suaranya memang best dari dulu.

12. Janjiku - Sofaz
Persembahan cam kat konsert biasa.

13. Dirgahayu - Ramlah Ram
Ini pun bergantung pada suara.

14. Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) - Jinbara
Persembahan yang biasa dengar.



Ini pula ranking lagu favourite aku (bukan favourite jadi juara yer) :-



1. Ceritera Cinta
2. Kasih Tercipta
3. Itu Kamu
4. Harapan
5. Mahakarya Cinta
6. Izinkan Ku Pergi
7. Sembunyi
8. Destinasi Cinta
9. Samudera
10. Angan dan Sedar
11. Janjiku
12. Kasihnya Balqis
13. Dirgahayu
14. Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)



Ini pula lagu yang aku target untuk jadi juara :-



1. Ceritera Cinta
2. Mahakarya Cinta
3. Itu Kamu



Untuk persembahan terbaik aku target Dato' Siti Nurhaliza dan vokal terbaik Bob tapi bukan rezeki mereka malam tu. Anyway tahniah la kepada semua yang bertanding kerana memberikan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Wassalam.

Juara Anugerah Juara Lagu Ke-22 - Estrange

Friday, January 25, 2008

Student - Part 3 - Episod 2

Assalamualaikum w.b.t.,

Aku nak sambung cerita masa aku belajar di ITM Jengka dulu. Alhamdulillah gred aku bagus dan melayakkan aku untuk naik ke Semester 1 Kursus Diploma Sains Kesetiausahaan (sekarang ni dah takde course ni, dah di upgrade ke Fakulti Pengurusan Pejabat). Alhamdulillah juga room mate aku tetap sama masa aku di pre dip dulu dan bilik juga sama di A4-20. Bukan apa bila masing-masing dah kenal senang sikit kan takyahlah nak berkenal-kenalan lagi.

Di semester pertama ni aku mula belajar shorthand (tulisan cam cacing). Mula-mula belajar rasa cam susah tapi lama-lama seronok pulak. Bila dah mahir tu laju je ambil shorthand. Lain-lain subjek yang aku belajar sem 1 ni Bahasa Melayu Perdagangan & Terjemahan 1, Introduction To Business, Typing 1, Pendidikan Islam 1 dan English. Masa badge aku ni, dalam course aku semuanya student perempuan. Ada lelaki seorang tapi dia tukar course. Senior-senior aku ramailah lelaki. Ada seorang senior aku ni orang terkenal iaitu Siti Khatijah @ Colleen, Dewi Remaja tahun bila aku tak ingat, model dan pelakon. Tengok live dia ni memang cantik. Orangnya pun baik je, low profile. Badge aku pun ada seorang model, Sharifah Sharmilla @ Sheila. Dia top 3 Dewi Remaja peringkat bulanan je. Masa sem 1 ni biasa je live aku kat ITM Jengka ni. Baru nak menyesuaikan diri dengan suasana pembelajarannya. Alhamdulillah GPA aku pun ok 3 pointer ke atas.

Lupa pulak aku nak cerita pasal ITM Jengka ni. ITM ni memang di pedalaman sikit tapi still ada jalan perhubungan lagi. Bandarnya tak adalah besar sangat, cam pekan koboi je. Tempat shopping yang paling besar pun Pasaraya Sapak (kami panggil Saparkson heheh). Pasaraya tulah yang jadi tumpuan student-student ITM. Satu lagi pasar malam setiap hari Sabtu. Pasar malam nilah yang memperkenalkan aku dengan coconut shake, nasi kerabu dan ayam jurassic (ayam rangka yang digoreng). Student-student yang ada couple tu, masa nilah nak berjalan dengan buah hati. Itu jelah yang best di bandar Jengka. Kalau student dari KL, petang Jumaat tu dah lari balik KL. Aku walaupun dekat nak balik tapi jarang juga balik ke Kuantan. Bukan apa aku malas nak berdiri dalam bas selama 2 jam (kadang-kadang 2 1/2 jam). Bas ke Kuantan memang selalu penuh lebih-lebih lagi hujung minggu sebab basnya jenis bas lompat-lompat.

Di sem 2 aku masih lagi dengan di bilik yang sama tapi room mate dah bertukar. CC telah berpindah ke bilik lain dan digantikan dengan room mate yang baru iaitu Faezah @ Paed dari Muar. Aku ada geng aku sendiri iaitu room mate aku, Yus, Kak Zura, Paed, CC, Nor Ezadatul Fazlina @ Eza @ Kurt, Zetty Nor Safina @ Zack, Nor Zahariah @ Oja, Rosidah @ Ida, Nurazlina @ Ulin, Norliza @ Liza dan Siti Salmah @ Sal. Kami semua ada 12 orang tapi aku paling rapat sekali dengan Yus. Sem 2 ni memang menyeronokkan. Yang paling best sekali GPA aku sem 2 ni melayakkan aku menerima Anugerah Dekan. Anugerah Dekan ni untuk GPA 3.5 ke atas.

Sem 3 aku terpaksa tukar bilik ke C1 tak ingatlah no. bilik berapa. Boring je kitorang. Yelah jauh sikit kalau nak pergi kelas tapi pergi dewan makan dekatlah. Sem 3 ni aku aktif sikit beriadah. Petang-petang selalunya aku pergi jogging, kadang-kadang dengan Sal, kadang-kadang seorang jer. Pernahlah aku masuk merentas desa, dapat tempat ke-2 hehe kuat juga aku masa tu tapi sekarang kalau suruh aku berlari 10 minit je dah semput. Sem 3 ni juga aku dapat Anugerah Dekan.

Sem 4 adalah sem terakhir aku kat ITM. Sem 4 ni aku dapat balik duduk kat bilik lama di A420 dan room mate aku bertukar lagi. Kali ni Kak Zura keluar dan Ida masuk. Kak Zura pindah ke bilik Zack dan Oja serta seorang junior. Aku dan Yus je tak berpisah dari pre dip sampai ke sem 4 ni. Apa yang bestnya aku dah jadi senior! Ada can buli junior-junior baru, hehe. Di Sem 4 ni juga aku mengalami cinta pertama. Walau bagaimanapun, kami tak ada jodoh. Perhubungan kami cuma bertahan selama 5 tahun je. Apa-apapun sekarang ni aku bahagia dengan Khairol dan buah hati kami Qistina. Sem 4 ni juga badge aku menjalani praktikal dalaman. Aku dapat di Pejabat Pengurusan Ladang heheh, kebetulan sungguh sebab 'orang tu' pun ambil Kursus Pengurusan Ladang. Praktikal ni selama seminggu je sebagai latihan sebelum praktikal sebenar nanti.

Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku dengan keputusan cemerlang. Cuma aku perlu menjalani Latihan Praktikal je lagi di PASDEC. Sedih betul masa hari-hari terakhir aku kat sana terutama dengan geng-geng aku. Lepas ni jaranglah kami berjumpa. Paling sedih sekali dengan Yus lah sebab kami berdua dari pre dip sampai sem 4 satu bilik. Aku dah anggap dia cam adik sendiri. Banyak betul kenangan aku di ITM Jengka. Kat situlah banyak memberi aku pengalaman dan pengajaran. Ikatan antara kami 12 orang memang erat. 2 kali aku merasa berpuasa di hostel. Saat-saat yang menyeronokkan bila kami berbuka beramai-ramai. Bilik aku lah jadi tempat berbukanya. Kami buat giliran iaitu kami pecahkan kepada 2 group, 1 group beli kuih ke apa-apa kat luar dan 1 group lagi ambil makanan di dewan makan. Gilir-gilirlah antara 2 group ni.

Cukuplah dulu setakat ni. Nanti aku sambung di posting seterusnya. Wassalam.

Wednesday, January 16, 2008

Student - Part 3 - Episod 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ermm... antara kenangan aku sebagai student yang paling best ialah semasa aku di universiti. Aku rasalah kalau ada mesin Back To The Future tu aku nak kembali ke zaman tu lah. Masa nilah aku belajar berdikari, kenal siapa kawan yang baik dan yang bertalam dua muka, kenal makna cinta... ok... ow... hehe dan macam-macam lagilah.

Selepas aku dapat result SPM aku dan rakan-rakan yang lain pun sibuk lah isi borang untuk ke universiti dan sebagainyalah. Waktu tu yang famous of course lah ITM (sekarang ni dikenali sebagai UiTM). Mungkin tak ada rezeki aku masa tu satupun yang aku apply tak dapat. Rakan-rakan aku yang lain ramai dah jadi budak kolej macam Zahrul, Wan Zaitun dan Zalipah mereka masa tu mohon ke Pra Sains. Adalah 2 kali lagi aku cuba apply tapi still tak dapat. Lepas tu aku stop apply dan cari kerja.

Dalam masa 2 tahun sempatlah aku kerja di 2 tempat iaitu first aku kerja di kedai pakaian bersama dengan Nurhamazidah. Kerja kat situ adalah lebih kurang 6 bulan lepas tu aku berhenti. Lepas tu aku kerja di sebuah kedai menjual alat-alat untuk pertanian seperti racun dan baja. Kat sini lamalah juga aku kerja dan aku jadi orang kepercayaan bos kedai tu. Masa aku nak berhenti sedih jugaklah dia sebab susah nak cari orang kerja kat situ. Masa ni aku apply lagi ke ITM dan aku mohon Kursus Diploma Kesetiausahaan yang dicadangkan oleh kakak aku sebab dulu dia pun ambil course tu. Lepas aku berhenti dari kedai tu aku belajar komputer. Memang sedang elok aku habis je belajar komputer tawaran pun sampai dari ITM yang permohonan aku diluluskan. Aku diarahkan ke ITM Jengka, Pahang. Memang seronok betul masa tu tapi time aku masuk tu Zahrul, Wan Zaitun dan Zalipah dah keluar dari situ sebab mereka sambung belajar ke ITM Shah Alam.

Disember 1999 bermulalah kehidupan aku sebagai budak kolej. Walau bagaimanapun untuk 5 bulan pertama aku di pra diploma iaitu kami dikehendaki belajar Bahasa Inggeris dahulu. Jika credit aku bagus masa pra ni barulah aku boleh naik ke Semester 1. Masa pra diploma ni aku sebilik seramai 4 orang dengan Yuslinah aka Yus dari Klang, Selangor, Norirmawanis aka CC dari Batu Pahat, Johor dan Azura aka Kak Zura dari Sentul, Kuala Lumpur. Aku di sini diorang panggil Az sebab ramai sangat nama Ina.

Oklah, aku berhenti di sini dulu sebab banyak lagi yang aku nak cerita. Aku nak pergi sambung kerja lak. Wassalam.

Student - Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

So, ni aku nak sambung lagi cerita masa aku jadi student dulu. Part 2 ni cerita aku semasa di sekolah menengah. Oleh kerana lepas UPSR aku tak memohon ke mana-mana sekolah berasrama jadi aku pun masuk sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Paya Besar, Kuantan, Pahang. Disebabkan result UPSR aku yang bagus aku ditempatkan di kelas yang teratas bagi Form 1. Rupa-rupanya ramai jugak rakan sekelas aku yang dapat result macam aku 5A dan 4A 1B. Masa ni aku dan Liza pergi dan balik dari sekolah bersama-sama dengan basikal.

Tak sampai sebulan aku kat situ, aku dapat surat offer ke sebuah sekolah baru di Indera Mahkota. Sekolah tu ada menyediakan kelas-kelas rancangan khas untuk student-student UPSR yang resultnya cemerlang tapi tak apply ke mana-mana ataupun tak dapat. Aku pun masuklah ke sekolah tu iaitu Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Panjang kan nama sekolahnya. Di sekolah tu di sediakan 3 kelas rancangan khas dan yang lain-lain kelas biasa. Sekolah tu baru je dibuka pada tahun tu iaitu Tahun 1990 dan aku serta rakan-rakan lain adalah badge pertama di sekolah tersebut. Jadi cuma ada student Form 1 je lah pada tahun tersebut.

Aku ditempatkan di kelas pertama rancangan khas. Di sinilah aku mengenali Zahrul Zaini, Mik Norhayati, Norhidayah, Wan Zaitun, Zalipah, Syalbia Vianty, Azairmawati dan ramai lagilah. Rakan-rakan masa di sekolah rendah pun ada juga iaitu Rushdi, Muzaffar dan Marissa Adah. Walau bagaimanapun semasa nak masuk ke Form 2 Marissa Adah telah bertukar ke Kuala Lumpur. Lepas tu terus kitorang lost contact. Alih-alih aku baca dalam paper pasal perkahwinan dia dengan pemain bola sepak yang aku dah tak ingat apa namanya. Dalam paper tu tulis Marissa ni student kat Universiti Petronas. Aku memang nak contact dia semula sebab masa sekolah tu boleh dikatakan kitorang ni close jugak.

Oklah berbalik kepada cerita aku, masa aku Form 2 dan Form 3 aku turun kelas ke kelas kedua. Tak taulah kenapa tapi pelajaran aku memang menurun sikit masa Form 1. Masa ni aku close dengan Wan Zaitun, Zahrul Zaini, juga dengan Nor Arniati, Noraida, Norfidawati, Irdawaty, Norazida, Emma dan ramai lagilah. Masa Form 3 aku menghadapi peperiksaan SRP (sekarang ni dipanggil PMR). Masa periksa ni aku buat lebih kurang je dapatlah Agregat 12. Lepas cuti sekolah dan naik ke Form 4 barulah boleh decide sama ada nak masuk kelas sains atau sastera.

Masuk sekolah masa Form 4 aku decide nak pilih kelas sains. Waktu ni sesiapa yang masuk kelas sains memang dianggap terer la heheh kononnya. Masa Form 4 dan Form 5 ni aku close dengan Zahrul Zaini. Yang lain seperti Wan Zaitun, Zalipah, Norhidayah, Nurhamazidah dan Siti Nor'Ain pun baik jugak. Masa Form 5 result SPM aku teruk dapat Pangkat 2 dengan Agregat 25, lebih 1 mata kalau tidak dapat Pangkat 1. Frust tak boleh nak cakaplah barulah fikir apasal tak study betul-betul segala.

Kadang-kadang bila diingat semula aku tersenyum sendiri. Sekarang ni ada jugaklah beberapa orang yang aku masih jumpa. Ada seorang tu Norlelawati kerja satu ofis dengan aku. Tak sangka langsung. Lepas tu ada seorang pegawai kat ofis aku ni bekas guru kat sekolah tu. Ada seorang lagi guru ni yang memang best dan buat aku minat dan tinggi markah aku dalam Sejarah, Cikgu Bakar pulak sedara belah suami aku. Zahrul Zaini aku dah lama tak jumpa sebab dia kerja di Penang. Siap beli rumah kat sana lagi. Nurhamazidah lak masih ada di Kuantan bekerja di Hong Leong Bank. Siti Nor'Ain ada jumpa sekali sebab dia interview kat tempat aku. Norazida pun ada juga terjumpa masa dia masih berkahwin dan selepas bercerai. Yang lain-lain ada yang memang dah lost contact langsung.

Inilah serba sedikit cerita aku semasa di sekolah menengah. Nanti aku cerita pula kenangan yang paling best masa aku di universiti di Part 3. Wassalam.

Tuesday, January 15, 2008

Student - Part 1

Assalamualaikum w.b.t. and salam sejahtera,

Bila duduk sorang2 kadang-kadang kenangan lama datang bertandang... chehwah... hehe. Sebenarnya aku nak cerita tentang kenangan aku masa jadi student dulu. Cerita aku ni aku bahagikan kepada 3 part iaitu masa aku di sekolah rendah, sekolah menengah dan di universiti.

Jadi di part 1 ni aku nak cerita la masa aku di sekolah rendah. Dari Darjah 1 hingga 6 aku bersekolah di Sekolah Rendah Permatang Badak, Kuantan, Pahang. Masa aku Darjah 1 hingga 2 tak silap akulah, aku berjalan kaki dari rumah ke sekolah, iaitu kira-kira 2 km. Aku ingat lagi aku jalan kaki tu ditemani oleh arwah nenek @ mak yang meninggal dunia bulan sept tahun lepas. Ada satu hari arwah hantar aku tapi di pertengahan jalan ada seorang hamba Allah ni berkereta, dia berhentilah nak tolong hantar aku. Mula-mula arwah tak bagi ye lar risau jugakkan takut bawa lari tapi orang tu beria-ia meyakinkan arwah. Arwah pun dengan berat hati suruhlah aku naik kereta tu tapi aku kira bernasib baiklah sebab memang orang tu ikhlas nak bantu jadi aku dihantar sampai ke sekolah dengan selamat. Kalau orang tu berniat buruk mungkinlah aku tak jadi macam sekarang ni. Apa yang aku paling touching sekali, agaknya arwah risau takut orang tu bawa lari aku, arwah tetap berjalan sampai sekolah nak tengok aku ni selamat sampai ke tak. Itulah memori yang paling aku tak boleh lupa.

Bila aku naik Darjah 3, aku diberikan sebuah basikal. Masa ni aku dah ada best friend, Liza namanya. Sampai sekarang ni kami masih jadi kawan baik cuma dah lama aku tak contact dia pada hal masih di tempat yang sama. Rumah dia dekat je dengan rumah aku. Jadi hari-hari kami berbasikal bersama ke sekolah. Walau bagaimanapun di sekolah kami berlainan kelas. Di kelas, aku ada kawan baik juga. Antaranya Zuraida (dah kahwin dan sekarang menetap di Melaka), Marissa Adah (dah kahwin juga dengan pemain bola sepak, tak tau kat mana dia duduk sekarang) dan Masziana (dah kahwin dan sekarang menetap di Perak sebagai guru).

Masa aku di Darjah 6, kawan baik aku bertambah. Masa ni guru kelas aku perempuan namanya Cikgu Norzihan. Best sangat dia ni. Walaupun dia tegas tapi baik sangat. Kadang-kadang kalau kami buat salah, dia akan hukum tapi kami tak kisah pun sebab kami rasa memang patut pun kami dihukum dan hukuman dia tu buat kami beringat agar tak buat salah lagi. Masa ni Masziana dah bertukar ke Perak. Zuraida still kawan aku cuma berlainan kelas. Marissa aku tak berapa ingat la pulak. Liza pun kelas lain. Antara kawan-kawan di kelas 6 Arif ialah Noor Fazian Dollah, Tg. Noraziru, Norhamisham, Normasita, Akizu Roslan, Rushdi dan Muzaffar. Tahun ni juga 1989, aku menghadapi peperiksaan besar untuk pertama kali iaitu UPSR. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat 5A. Walau bagaimanapun aku tak memohon ke mana-mana sekolah berasrama.

Cikgu Norzihan buat planning untuk meraikan hari perpisahan kami di luar sekolah. Jadi, pada hari terakhir persekolahan kami telah pergi ke Pantai Batu Hitam untuk celebrate. Best sangat masa tu. Macam-macam game yang kami buat. Masa last sekali masing-masing nak balik, kami telah bertukar-tukar hadiah. Seronok sangat masa tu dan dalam pada masa yang sama sedih juga sebab tak tau lah lepas tu akan jumpa lagi ke tak.

Antara kenangan yang aku ingat, aku pernah masuk kumpulan koir semasa Darjah 5 sempena Hari Pergigian tak silap. Kami buat persembahan di Sekolah Menengah Teknik, Alor Akar, Kuantan. Masa aku Darjah 6 aku jadi Pengawas Pusat Sumber. Pernah ada Cikgu English yang paling garang. Bukan garang sikit-sikit, garang banyak. Tapi apa yang tak bestnya tak banyak gambar yang boleh dibuat kenangan. Ye lah masa tu bukan macam zaman sekarang ni boleh ambil gambar bila-bila masa. Pakai h/p pun boleh.

Oklah ini sedikit sebanyak cerita kenangan masa di sekolah rendah. Aku akan sambung lagi di Part 2 iaitu semasa di sekolah menengah pula. Wassalam.

Wednesday, January 2, 2008

Cameron Highlands - Kali Ke-2

Assalamualaikum w.b.t.,
Dah masuk tahun baru tapi aku ada lagi tertunggak cerita pada Tahun 2007. Pada 13 hingga 15hb Disember yang lalu aku, Khairol dan Qistina jalan-jalan ke Cameron Highlands. Ini kali ke-2 aku pergi ke sana. Kali pertama pergi Tahun 2006, masa tu Qistina tak pandai berjalan lagi. Kali ni seronok sikit sebab dia dah pandai berjalan. Kami pergi ni disponsor penginapan oleh pejabat Khairol. Cuma transport, duit minyak, tol dan untuk shopping je sendiri. Kami pergi secara berkonvoi sebanyak 7 buah kereta.

Masa perjalanan pergi tu LPT di Lanchang ditutup sebab banjir jadi kami terpaksa lalu ikut jalan jauh. Kami bertolak dari Kuantan pukul 9.30 pagi dan sampai di Cameron pukul 9 malam. Bayangkan betapa lamanya masa yang kami ambil untuk sampai di sana. Kat sana kami banyak bershopping beli sayur dan teh untuk saudara-mara dan kawan-kawan. Alhamdulillah masa perjalanan balik LPT dah dibuka jadi tak payahlah ikut jalan yang kami lalu masa pergi hari tu. Oklah sila tengok gambar-gambar yang aku ambil semasa dalam perjalanan dan semasa di Cameron. Wassalam.

Pemandangan banjir di kiri kanan Lebuh Raya

Air di atas jalan raya di LPT Lanchang

Di Boh Tea Centre, Sungei Palas

Di dalam muzium Tea Boh

Qistina di dalam kedai kaktus

Happy New Year!

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua. Sekejap saja masa berlalu. Aku rasa baru je kita masuk ke abad baru 2000 sekarang ni dah 8 tahun 7 tahun berlalu di abad baru ni.

Apa yang aku buat cuti tahun baru ni yer? Sebenarnya aku dah apply cuti pada 31hb yang lalu. Jadi kiranya hari Jumaat 28hb la aku last kerja sebelum cuti. Nak dijadikan cerita malam Jumaat tu aku diserang senak di ulu hati, angin la tu. Punyalah sakit sampai aku tak boleh tidur. Oleh sebab itu, aku pun terpaksa mc hari Jumaat tu. Bertambah 1 hari cuti aku tapi risau jugak sebab banyak kerja kat ofis tak setel lagi. Nasib baik bos aku bertimbang rasa ye lar sebab aku memang tak boleh nak bangun. Alhamdulillah petang Jumaat tu aku dah beransur baik. Masa pergi klinik doktor pun beritahu la pantang larang yang aku tak boleh makan buat sementara waktu ni. Benda-benda masam, cili padi, teh, kopi dan nescafe aku tak boleh ambil.

Hari Sabtu 29hb aku dah sihat sikit jadi mentua aku ajak aku dan Khairol pergi Pekan ke rumah Mak Ngah Khairol sambil melihat-lihat keadaan selepas banjir. Terpaksalah kami pergi padahal aku dan Khairol dah plan nak kemas rumah sebab nak pindah. Sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Pekan kami pun tengok kesan-kesan banjir. Ada di satu kawasan tu, kat dinding rumah boleh tengok kesan air lagi beberapa inci nak cecah bumbung. Bila dah sampai Pekan kami jalan-jalan kat bandar Pekan. Teruk juga sebab dalam bandar pun air dekat 1 meter. Tinggi juga air Sungai Pahang naik. Sampai kat rumah Mak Ngah tengok Kak Lah dan Abang Isa pun ada dengan Kak Chik. Kak Yong tak ikut sebab sibuk cari kerja.

Sampai kat rumah Mak Ngah dah tengahari jadi kami pun terus makan tengahari. Sedap pulak lauk-lauk yang dimasak. Duduk-duduk dalam 2 jam kami pun balik. Kak Lah stay lagi 1 malam. Dalam perjalanan balik ke Kuantan kami singgah ke kebun ayah mertua aku kat Lamir. Kebun dia tepi sungai je jadi memang confirm kena banjir juga. Tengok kebun dia takdelah teruk sangat kesannya. Lepas tu kami singgah rumah Abang Long Aziz kat Taman Berjaya Permai sebab sehari sebelum tu kereta dia rosak jadi nak tengok dah ok ke tak keretanya. Abang Long tak ada kat rumah cuma Kak Ros dan Amrul je ada. Singgah sekejap je kat situ dan terus balik ke rumah.

Hari Ahad 30 dan 31hb aku dan Khairol pun mula mengemas sikit-sikit. Qistina aku tinggal kat rumah mertua aku sebab kalau dia ada memang tak boleh buat kerja sebab dia pun sibuk mengemas jugak. Petangnya aku dan Khairol ambil Qistina bawa berjalan-jalan. Bawa sekali anak-anak Abang Long, si kembar Najwa dan Najlaa dan Aiman. Sambil tu kami pergi beli lampu nak pasang kat rumah sewa kami nanti. Malamnya Tahun Baru aku dan Khairol tak buat apa-apa cuma tengok sambutan di TV je lar. Lagipun kat Kuantan tak buat apa-apa sambutan pun. Tak kisahlah sebab Pahang pun baru je lepas banjir besar baik duit untuk sambutan tu disalurkan ke mangsa-mangsa banjir.

1hb Januari 2008 ramai yang datang rumah tolong aku dan Khairol packing barang. Kak Lah dan anak-anaknya, mertua aku, juga si kembar dan Aiman. Siap-siap mengemas semua petang jugalah. Aku dan Khairol pun balik rumah mertua aku sebab nak tidur kat situ.

Inilah aktiviti-aktiviti aku sepanjang cuti Tahun Baru ni. Aku sebenarnya dah tak sabar nak pindah ke rumah sewa yang baru. Insya-Allah lagi 2 minggu aku akan pindah. Wassalam.