Monday, December 15, 2008

Konvokesyen

Inilah sebenarnya program aku yang seterusnya. Pada 1 Disember lepas adalah Hari Konvokesyen adik aku. Pagi-pagi hari lagi kira-kira pukul 6 pagi kami dah bertolak dari rumah abang Kandar ke UiTM Shah Alam sebab dia sesi pagi. Qistina pun aku angkat je dari tidur sebab aku kejut-kejut banyak kali dia dah mengamuk-ngamuk taknak bangun.



Girl in pink heheh my sis dalam perjalanan nak ke tempat menunggu bas termasuk dengan kami semua. Oh ye lepas abang Kandar hantar kami dia terus ke pejabat sebab ada meeting. Jadi, tinggallah aku dan Khairol serta Qistina, mak, abah dan kakak sulong aku. Lepas habis meeting dia akan datang semula ambil mak dan abah sebab tak muatlah semua satu kereta.

Ini tempat keluarga para graduan duduk untuk menonton sesi graduasi. Ada disediakan beberapa buah tv kat situ. Cuma ibu bapa saja yang masuk ke dalam dewan.



Habis saja majlis apa lagi sesi bergambarlah kan tapi yang tak tahannya tengah panas. Betul-betul majlis tu habis pukul 12 tengahari. Aduh aku sempat sekali je bergambo sebab tak tahan panas terik. Kebetulan abang aku yang no. 3, abang Hashim pun datang so dialah yang jadi photographer. Makcik aku, Huda's mom sekeluarga pun datang juga.

Qistina jelah wakil aku ke hulu hilir dengan atuk dia bergambo.


Lepas habis majlis konvokesyen tu kami pun geraklah cari kedai makan. Lepas tu singgah pula rumah abang Hashim. So, congrats yer Adik.



Lina


NotaHujungKaki : Dude, teringat masa kita konvo dulu dah dekat 10 tahun kan.



4 comments:

yada said...

sedihnya aku tak ikut! ;(

Neeza.Areef said...

aah k.az...tingat zaman dulu...

Unknown said...

hehe pesal adik ko lbh tinggi dr ko ek ahakss

Lina said...

nurulhuda >>> a'ah klu ikut lg havoc

neezareef >>> sekejap je kan dude masa berlalu

ena >>> ala masa kecik2 dulu dia suka bergayut hahaha

Share |