Wednesday, December 3, 2008

Bertugas Dewan

Lamanya rasa tak update blog aku ni. Mesti boring kan bila korang buka blog aku asyik baca entry yang lama jer. Sebenarnya aku baru kembali semula kerja hari ini selepas bercuti. Banyak cerita-cerita yang tertunggak, aku akan update secepat mungkin yer.
Hari tu ada aku cerita yang aku bertugas sempena Persidangan Dewan Negeri selama seminggu. Ini aku nak cite lar apa tugas aku sebenarnya. Setiap tahun aku bertugas 3 kali, setiap awal tahun, pertengahan dan hujung tahun. Waktu nilah aku berpeluang berjumpa dengan hampir semua PA dari jabatan-jabatan lain. Juga ada beberapa orang typist dipanggil sama.

Peralatan yang digunakan, radio dan headphone

Tugas aku ni secara ringkasnya adalah menaip semula segala yang dicakapkan oleh ahli-ahli yang berbahas di dalam dewan, tak tinggal satu apa pun. Segala yang ditaip tu nanti akan dibukukan.



Setiap orang bertugas mengikut giliran. Seorang 15 minit. Bila sampai giliran, kami akan melihat TV yang salurannya disambung daripada tempat dewan bersidang.




Giliran bermula dan habis akan diberitahu melalui isyarat lampu yang bernyala beserta dengan bunyi sekali. Gambo ni tak berapa jelas lampunya. Lampu kuning, mula, lampu merah

Sambil menonton tv tu kami akan mencatit siapa yang bercakap masa tu iaitu dalam giliran kami tu jelah 15 minit.





Lepas habis giliran 15 minit tu tak berapa lama kemudian kami akan mendapat satu tape yang direkod masa giliran kami tu.





Kami akan dengar dan taip semula ke dalam komputer menggunakan radio dan headphone. Begitulah seterusnya yang aku buat sepanjang aku bertugas tu sampailah habis dewan bersidang. Apa yang kami taip tu nanti akan diperiksa semula oleh pegawai yang berkenaan.



Aku tengah bertugas dengan tekunnya hehehe.

Seronok sebenarnya bertugas dewan ni. Selain daripada dapat jumpa geng-geng sesama PA, kami juga diberi elaun. Kira berbaloilah tinggalkan tugas hakiki selama seminggu kan.




Lina



4 comments:

fara mustapha said...

wah..bestnyer....dpt elaun boleh shopping ye idak..heheheehh

Lina said...

fara >>> bolelar stakat nak nak tambah2

Lina said...
This comment has been removed by the author.
Y@ZeD@ said...

kak, amik trengkas ler ekk??

best gak ekk...