Pernah tak tiba-tiba anda semua terfikir nakkan perubahan. Maksud aku ok senang ceritalah sejak sebulan ni aku asyik fikir nak berubah angin. Berubah angin ni maksudnya aku nak bertukar ke tempat lain. Nak merasa kerja di tempat baru pula.
Aku mula kerja di tempat sekarang ni tahun 2002. Sekarang ni dah tahun 2008, dah 6 tahun aku kat sini. Bukan aku dah tak suka kerja kat sini dan bukannya orang lain pun memang nak aku bertukar (tak tahulah kalau ada kan... bukan aku tahu baca hati orang) tapi cuma aku nak buat sesuatu yang baru. Apa yang baru yer? Kerja PA ni sama je kat mana-mana, assist bos kan tapi aku nak kerja di tempat yang baru, suasana yang baru, kawan-kawan yang baru dan cabaran yang baru.
Bila banyak-banyak kali fikir sayang pula nak tinggalkan tempat kerja aku ni. Ye lah dah 6 tahun aku kat sini semuanya aku dah tahu, member-member ofis pun dah kenal rapat nanti bila kat tempat baru tu nanti kena mulakan semula. Nak kenal member baru, buat kerja baru dibuatnya kerja kat tempat baru lagi teruk dari sekarang tak ke naya tapi tak cuba mana nak tahu kan. Masa mula-mula kerja kat sini pun aku macam tu juga, belajar benda yang baru, kenal member baru, belajar daripada pengalamanlah kan.
Sampai sekarang ni pun aku masih berfikir, tak dapat buat keputusan lagi. Moga-moga Allah s.w.t beri aku petunjuk supaya aku dapat buat keputusan dengan tepat. Insya-Allah...
Lina
3 comments:
ok gak tu..cuba sesuatu yg baru lina..tanya hati lina..apa lina nak buat
xsalah nk ubah angin..
bley cr pengalaman byk2..
tp kene make sure la dh dpt keje baru, then bley la berhenti..
akak kene la buat perbandingan tmpt lama ngn tmpat bakal keje br tu..br senang nk pilih
kak, bagus ler klu ada niat nak lakukan perubahan.. tk salah utk mencuba tuhh..!
tp setiap perubahan yg kita lakukan hendaklah berani & bersedia utk menghadapi sesuatu risiko samada lebih baik dr apa yg ada skrg @ lebih buruk.. kena terima seadanya selepas berubah.
kadang2, bila byk2 pengalaman di byk tmpt tuhh akan mematangkan kita n menjadikan fikiran kita lebih berkembang dan juga menajamkan lg skill kita.. tkde la bosan buat benda yg sama setiap hari..
mcm aida,after grade jer trs masuk gomen di putrajaya n since that aida dh tukar 3 kementerian.. bukan org tk suka tp follow d boss.. heheh.. 1st KDN then bos pindah MOF, bos angkut sekali ngn PA dia nihh then masuk JPA utk posting pulak (walau bos lama tk restu sebenarnya).. skg pulak still under JPA tp based kt Dublin..
mmg ada beza di setiap tmpt yg kita bekerja tetapi harusla berani facing..
try buat perbandingan sesuatu kerja tuhh dgn positif agar kita nihh boleh me"multitask"kan profesion kita..
wahh, pjg lebar lak aida dok kasik semangat kat akak nihh...dah boley buat 1 entry hah.. heheh.. sory ekk..
tp apa2 keputusan agar, aida tetap sokong..
chaiyok chaiyok...
Post a Comment