Monday, November 10, 2008

Majlis Berinai Kecil

Balik dari open house umah kenalan Kak Lah, ada majlis berinai pulak dah kat umah Kak Lah. Pengantinnya tak lain tak bukan si Qistinalah. Tukang inainya pulak Kak Chik. Oleh kerana pengantinnya kecik lagi kita panggillah majlis ni Majlis Berinai Kecil hehehe.

Tengok tu duduk pun dah macam pengantin, tangan atas peha. Yang aku heran tu boleh pulak Qistina duk diam-diam, bukannya sekejap adalah kira-kira 15 minit.

Tekun betul Kak Chik menginai pengantinnya. Ayong pun menunggu giliran jugak. Aku tak sempat nak snap gambo tangan dan kaki Qistina yang dah siap diinai dan dah dibersihkan, merah menyala kuku dia. Mak Mertua aku cakap kalau budak-budak suka pakai inai masa kecik ni susah nak dapat penyakit. Ntah aku tak taulah betul ke tidak tapi dah Qistina suka ikutkan je lar.

Lina

2 comments:

Unknown said...

hahaha
gatei sunggu mamanye nak cepat dapat menantu ek...
siap wat majlis berinai lagi ekekek

Lina said...

ekekeke... menantu2 ni jauh lg ek... anak aku nak basuh berak sendiri pun tak lulus lg

Share |