Wednesday, November 12, 2008

Abah Sakit

Aku baru balik dari hospital pagi ni. Pagi tadi mak aku telefon bagitau yang abah aku masuk wad kecemasan malam tadi. Mak aku kata abah aku rasa lemah badan dia jadi mak aku minta tolong Pakcik aku hantar ke hospital.
Memang masa aku balik rumah mak aku hari minggu lepas abah aku dah demam dah dicampur dengan lelah dia lagi. Terkejut juga aku bila mak telefon pagi tadi. Aku pun terus telefon Khairol bagitau dia dan dia pun terus ajak aku pergi hospital. Aku ni mula-mula risau juga boleh ke pergi masa ni kan bukan waktu melawat tapi Khairol kata boleh aku pun belasah la.
Sampai kat hospital kami terus ke wad kecemasan. Nasib baik nurse kat situ baik melayan kami ni. Dia kata boleh masuk nak tengok sekejap. Nurse tu pun dengan ramahnya bagitau yang setelah diperiksa oleh doktor darah abah aku semua dia kata abah aku tak ada apa-apa. Dalam keadaan baik. Kalau tak sakit apa petang nanti bolehlah discharge.
Lega rasanya dengar nurse tu cakap. Alhamdulillah tak ada apa yang serius kat abah aku. Aku ni bukannya apa abah aku tu memang dah ada lelah jadi takut bila dah demam beria tu effect pulak nanti. Petang nanti kalau tak ada apa dan abah aku dibenarkan keluar aku akan pergi ambil dialah.
Lina

7 comments:

buYut Gurl said...

Ya Allah..
sabar ye kak..
insyaAllah..semua nya ok

neezareef said...

semoga cpt sembuh

Lina said...

buyut & neezareef >>> thanks

Y@ZeD@ said...

sabar ye kak...dugaan semua tuhh..

semoga abah akak cpt sembuh..

nurul said...

kak abah sakit ke? jedah takde bgtau pun.. msg bleh kate tetiap ari... huhu senget tol budak tu....

Lina said...

yazeda >>> thanx aida

nurul >>> demam jer dah ok dah

AKU_1119 said...

KAk ina, buat pengatahaun kak ina, penyakit lelah abah kaka lina tue boleh diubat, tapi dengan bersyarat ler...die kena banyakkan minuman yang berakali.

zul dah banyak yang kawan mcm tue..semuanya alhamdulillah.....dah pun baik sepenuhnya...tak payah nak beli ubat lelah....semua yang berkaitan dengan lelah....

kalau kak ina nak cuba boleh ler...zul suggest kan ...buat ler aper yang zul ckp nie...

kalau kak ina nak ...boleh contact zul...0199598368...