Monday, November 3, 2008

20 Minit Yang Menakutkan

Pada mulanya aku tak sure sama ada nak tulis entry ini atau tidak tapi bila difikir-fikirkan aku rasa aku patut tulis untuk berkongsi dan juga sebagai iktibar dan panduan kepada rakan-rakan semua.

Semalam aku mengalami peristiwa yang paling menakutkan bagi aku dan Khairol dan aku pasti kepada ibu bapa lain jika menghadapinya.

Tengahari semalam aku, Khairol, Qistina dan Muza anak saudara Khairol pergilah jalan-jalan. Lepas aku cari hadiah birthday member ofis aku, aku pun ajak Khairol pergi jalan-jalan kat Kuantan Parade sebab dah lama tak pergi situ.

Aku masuk ke sebuah kedai buku-buku agama kat situ. Sedang aku belek-belek tiba-tiba Khairol dan Muza masuk dan bertanyakan mana Qistina. Aku tengok sekeliling dan aku cakap pada Khairol bukan Qistina dengan dia ke?

Khairol pandang aku, aku pandang dia dan tanpa berkata apa-apa Khairol terus keluar. Aku pun ikut sama dengan hati yang hanya Allah s.w.t. saja yang tahu. Aku dah mula panik sebab pandang sekeliling memang tak nampak kelibat Qistina.

Khairol pun aku tengok dah macam hilang arah, macam orang gila dah berlari-lari mencari anak daranya. Yang membuatkan aku lagi panik sebab memang tak nampak langsung dia. Air mata aku dah berjurai-jurai turun, jantung aku macam nak gugur dah memikirkan mana anak aku... janganlah jadi apa-apa pada dia.

Aku cuba bertanya orang di sekitar tapi seorang pun tak nampak. Nasib baik bila aku bertanya pada seorang peniaga di situ dia mencadangkan aku pergi ke pejabat Security. Dengar dia cakap macam tu baru fikiran aku jadi clear sikit. Bergegas aku cari Khairol dan kami sama-sama ke pejabat Security.

Masuk je pejabat tu lepas kami beritahu tujuan kami terus pegawai kat situ tanya pakaian yang dipakai oleh Qistina, umur dia semua. Kemudian, dia terus hubungi semua Security dalam Kuantan Parade untuk memantau. Masa tu aku seorang je tunggu kat situ sebab Khairol dah keluar nak mencari lagi. Aku tengok muka Khairol memang dah pucat lesi dah.

Sambil menunggu tu aku menangis memang tak ingat lar tak kisah dah malu ke apa. Sambil tu mata aku tengok kat skrin TV yang ada dalam pejabat tu mana tau nampak kelibat Qistina ke tak. Mulut aku tak berhenti berdoa agar Qistina dijumpai semula.

Kira-kira 10 minit aku menunggu tu tiba-tiba aku dengar dari walkie-talkie pegawai tu ada Security melaporkan dah jumpa. Pegawai tu pun jawab suruh bawa ke pejabat sebab aku menunggu kat situ. Aku rasa masa tu macam dah terselamat daripada satu penyiksaan. Aku nampak je Security masuk sambil dukung Qistina kat pintu terus aku terpa. Menangis-nangis aku kat situ sambil peluk cium Qistina.

Ya Allah, aku tak taulah kalau masih tak jumpa Qistina masa tu. Nasib baik ada Security kat situ dan tindakan pantas mereka. Security tu cakap dia jumpa Qistina tengah tengok TV dan berlari-lari. Aku rasa mesti dia leka kat kedai jual barangan elektrik. Lepas isi borang semua untuk rekod dan ucap terima kasih kami pun keluar dan terus balik. Memang dah tak ada hati nak jalan-jalan lagi.

Yang hampehnya aku tengok Qistina relax jer masa Security tu dukung dia. Mama dan ayah dia punyalah pucat-pucatkan diri mencari dia, aku ni menangis-nangis macam nak rak, ayah dia dah macam nak tercabut nyawa dah.
Aku sekarang ni asyik memikir je kenapalah aku cuai sampai tak sedar Qistina tak ada. Selalunya bila kami pergi beli barang ke apa memang kami letak Qistina dalam troli tu tapi semalam sebab nak jalan-jalan jer kami pegang je dia.
Aku memang dah serik sekarang ni. Lepas ni aku rela tinggalkan Qistina kat rumah Aki dia kalau nak pergi pasaraya ke atau tempat sibuk-sibuk. Biarlah dia menangis ke apa asalkan aku dan Khairol tak menyesal nanti kalau jadi apa-apa.
Apa pengajaran yang aku dapat semalam ialah jangan sekali-kali leka. Kemudian jangan cepat panik lepas tu terus tuju ke pejabat Security untuk bantuan. Memang bantuan yang diberi amat pantas. Seminit tu begitu berharga sebab ada banyak kemungkinan yang akan berlaku. Lambat tindakan yang diambil akan mengurangkan peratus peluang untuk anak dijumpai semula.
Sekarang ni baru aku tahu bagaimana perasaan ibu bapa yang pernah kehilangan anak mereka. Ye lar bila baca dalam suratkhabar tu kadang-kadang kita salahkan ibu bapa tapi kita tak tahu mereka pun taknak benda ni terjadi pada mereka.
Memang aku amat-amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi peluang kepada aku lagi untuk menyayangi dan mengasihi anak aku. Aku tak dapat bayangkan apa akan terjadi pada aku dan Khairol kalau kami kehilangan terus Qistina. Nauzubillah minta-minta dijauhkan.
Aku sekarang ni dah macam trauma. Bila teringat jer peristiwa semalam aku terus menangis. Ni tengah tulis entry ni pun aku menangis. Aku harap cerita aku boleh dijadikan pengajaran dan iktibar pada semua. Janganlah diulang semula apa yang terjadi pada aku dalam 20 minit tu.
Lina

9 comments:

Neeza.Areef said...

ish kak..jgn main2 kak..sib baik la x jd ape2...cekap jugak la security kt situ wat keja...sib baik jugak ler qistina tu x rayau2 mane2..kuar dr building tu ke...

ana said...

Ya Allah Ya Tuhanku..
nasib baik kak..kalo x......
jgn la leka lg, mcm2 bley jd..

Unknown said...

Lina
aku penah kena cam ko masa kat Giant tp alhamdulillah, yg capai tangan anak aku kbetolan pekerja Giant tu sdiri, kalo idak mau mati aku menangis mengenangkan kecuaian sdiri sedangkan masa tu Kakak ade di tengah2 aku, mak aku, laki aku dan bibik tp ntah camne dia leh p jauh sedangkan dia tak penah berani nak p jauh camtu...
Syukur alhamdulillah..
Jadikan pengajaran stiap pe yang terjadi k..

Y@ZeD@ said...

kak, nasib baik sgt2...
Tuhan masih sygkan Qistina lg.. n sib jugak jadik kt kuantan, klu kt kl mesti dh ramai yg memerhati tuhh..! Nauzubillah..

sib gak Qistina tkde nak ikut sape2 time tuhh...

Syukur semuanya selamat kak... igt tau, lenkali jgn cuai..!

Lina said...

thanx ek kawan2 sebab ambil berat... mmg lepas ni saya akan lebih berhati2 & sentiasa peka... saya mmg dah sgt2 serik & trauma dgn kejadian tu... bila dikenang kembali perkara x sepatutnya terjadi... mmg betul2 careless mcm manalah saya boleh careless cam tu but itulah Allah s.w.t. nak bg dugaan bila2 masa saja kan...

Umi_Aliesha said...

salam kenalan...mcm bleh terasa emosi awak coz umi pun bergenang air mata nih..anak perempuan kan..kerisoannyer jd dabel...huhuhuhu..

Anonymous said...

uishhh....better b xtra careful lepas ni...bukan utk awak jer...tapi utk all the parents include me...risau wooooo......lain kali kalau tak masukkan dalam stroller masukkan ajer dalam trolley tu....ataupun kalau tak kita pegang...suh papa dia pegang....

Lina said...

umi >>> thanx ye umi

fara >>> ye lar fara mmg lepas ni tahap keselamatan tu kene up ke 200% lagi...

Hajar said...

salam kak lina.
huhu, kalau saya jadi akak pun sau=ya cuak. dgn mcm2 cerita sekrg ni. Tp Alhamdulillahla kan dh jumpa.

Share |