Friday, November 28, 2008

Tag - 10 Perkara

Aku dapat tag pulak daripada Ena lagi. Rajin betul ko buat tag ni ek, cikgu yang dapat anak murid cam ko ni, bagi kerja sekolah terus je buat hehehe. Oklah untuk tidak menghampakan orang yang bagi tag ni, aku buatlah yer.



Ok, the Rules & Regulations :


Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.


People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.


At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.


No tags back!





1. Aku ni memang jenis orang yang cepat kasihan. Bukan saja pada manusia juga pada haiwan. Aku kalau tengok kucing kena pukul ke, kene langgar ke terus mengalir air mata aku. Kalau kucing pun macam tu apatah lagi manusia kan. Kalau tengok orang-orang tua jalan seorang diri mulalah aku ni fikir macam-macam. Kesian pakcik/makcik ni, tak ada anak ke, duk sorang-sorang ke, orang susah ke, tak ada rumah ker macam-macamlah.







2. Aku ni susah nak marah orang. Tak taulah kenapa aku macam tu tapi bila aku terlampau marah, dah tak dengar apa benda yang aku marahkan tapi akan menangis dengan teruk sekali hehehe.







3. Aku rasa aku ni seorang yang cool, kiranya tenang je kan. Aku ni bila aku dengar orang mengata aku pun boleh bersikap tenang je lagi. Macam penyabarlah juga tapi jangan melampaui batas la kan. Bila dah sampai tahap yang melampau sangat siaplah boleh terbalik dunia.







4. Aku ni boleh dikategorikan sebagai pendiam sebenarnya. Aku ambil masa juga nak jadi peramah pada orang yang baru aku kenal. Tapi bila dah kenal lama atau aku jumpa geng yang ngam dengan aku tak berenti la mulut aku bercakap.







5. Aku ni bukan jenis yang jaga tepi kain orang. Jaga bersebab tu lainlah kan tapi yang jaga tak ada sebab tu. Suka nak tahu hal orang, suka dengar cerita dalam kain orang lepas tu pergi bercerita kat orang lain pulak. Aku ni tak ada masa nak buat semua tu.







6. Kalau aku tulis atau taip nama orang lain aku akan pastikan nama dan ejaannya adalah 200% betul. Kalau memang aku tak pernah dengar nama orang tu, aku akan cari dulu daripada sumber-sumber yang betul nak pastikan betul tak ejaannya, kalau ada pangkat ke dan sebagainya. Sebab aku rasa nama ni adalah pengenalan diri kita, kalau silap tulis dah jadi orang lain kan.







7. Aku suka baca majalah/novel/suratkhabar daripada muka belakang. Aku tak taulah macam mana aku boleh mula baca daripada mukasurat belakang. Tapi kadang-kadang bila baca novel tu, baru setengah baca aku dah pergi ke mukasurat belakang nak tau ending dulu lepas tu baru sambung baca semula. Ntah apa-apa aku ni.









8. Kalau aku makan nasi atau mee sama ada kat rumah ke atau kat kedai, kalau dalam tu ada sotong, kerang dan udang aku akan ketepikan dulu benda-benda tu semua. Aku ambil juga sikit-sikit masa makan nasi ke atau mee aku tu tapi aku akan pastikan masih ada lagi yang tinggal sebab aku nak ratah last sekali.









9. Aku suka sangat berjalan-jalan dan melancong. Aku suka tengok tempat orang. Setakat ni negeri yang aku belum betul-betul pergi melancong ialah Johor, Negeri Sembilan, Perak, Selangor (4 negeri ni selalunya setakat lalu atau pergi rumah saudara), Sabah dan Sarawak. Luar negara tu memang tak pernah lagilah.









10. Aku sebenarnya suka dan pandai melukis tetapi sejak tinggalkan bangku sekolah aku dah tak praktikkan bakat aku tu jadi rasanya macam dah terkubur dah. Satu masa nanti aku nak mula semula praktikkan bakat melukis aku tu.





Inilah antara beberapa fakta tentang aku. Ada lagi kot tapi nak 10 je kan. Lagipun takyahlah bagitau banyak-banyak yang selebihnya simpan sendirilar kan. Biar aku sorang je yang tau.


Lina

Award

Jenguk-jenguk blog Ena rupa-rupanya dia ada bagi award kat aku. Terima kasih bebanyak ek Ena. Konon-kononnya blog aku antara 4 yang giler-giler dan best hahahah... pulak tu siap ada note lagi "sian kowang cuz aku pilih kowang sebab kowang giler2 tapi BESSTTTTTTTTT".





Sebelum aku pastkan award ni kepada blog lain ada peraturan-peraturannya seperti kat bawah ni:-






Aku rasa aku taknak bagi kat 4 orang jer sebab aku rasa semua blog yang aku link tu semuanya giler-giler dan besttttttttttttt sangat-sangat. Oleh sebab tu aku anugerahkan award ni (chewahhh macam Anugerah Skrin lak) kepada semua rakan-rakan yang aku link tu, yang sentiasa buka blog aku ni, tinggalkan komen dan sebagainya. Korang semua memang worldlah (pinjam perkataan Mawi heheh). Nanti korang ambillah award ni letak kat blog korang ek.


Terimalah award daripada aku ni seadanya.

Lina


Wednesday, November 26, 2008

Main Futsal


Inilah tempat yang kami tuju. Inilah satu-satunya gelanggang futsal kat Kuantan ni di tingkat4. Gelanggang futsal lain semua kat atas tanah. Janjinya main pukul 9 malam tapi disebabkan sebelum ada blackout kat situ ditunda ke 9.30 malam. Puas juga aku menunggu nasib baik bawa anak bolehlah melayan.




Gaya seorang pemain bola hehehe...

Mula-mula main aku tengok Khairol jadi keeper tapi disebabkan dia baik hati sangat bagi lawan masuk gol, terus tukar posisi.



Lepas tukar posisi di pulak sumbat gol. Aku tak taulah sape yang menang sama ada team Khairol ke team lawan sebab aku asyik layan tv kat hp aku.


Game habis lebih kurang pukul 10.40 malam. Kami terus balik ke rumah sebab Qistina dah penat dan mengantuk. Mana taknya tak duduk diam langsung kat tempat futsal tu. Best juga tengok orang main futsal cuma tak larat menunggu je lar.



Lina

Lepak dan Makan

Sebelum pergi ke tempat yang dituju wajib isi perut dulu. Tempat makan yang paling mudah kat fast foodlah. Fast food yang paling dekat dengan tempat yang kami nak tuju ialah McD.


Tak ingat masa ambil gambo ni Qistina tengah terkejut ke marah.

Inilah yang kami order.

Lepas makan lepak-lepak dulu. Sambil-sambil tu bergambo lagi.

Lina

Ikut Ayah

Masa Persidangan Dewan hari tu Khairol diajak oleh member-member ofis dia main futsal. Oleh kerana main di sebelah malam jadi Khairol pun ajaklah aku dan Qistina ikut sama.



Tengok ayah dia ambil kasut dia pun sama tunjuk kasut dia suruh ayah dia pakaikan.

Saja ikat rambut Qistina sebab serabut jer aku tengok.

Dah siap nak pergi dengan kasutnya.

Aku pun ambil peluang juga bergambo.



Lina

Audit Dalaman 5S

Hari tu unit aku ada buat Audit Dalaman 5S. Audit Dalaman ni dibuat sebelum audit sebenar dari pihak MPC. Sebelum audit tu setiap zon memang pulun habis lar mengemas, melabel, menghias dan semua yang sewaktu dengannya. Jawatankuasa Audit pun siap buat pertandingan lagi antara zon.

Ini bilik aku, kira oklar kan kemas.


Ini salah satu Sudut 5S di unit aku.

Salah seorang juruaudit yang berjaya ekekekeke... punyalar garang masa mengaudit. Nasib baik dia audit zon lain sebab kami berdua dalam zon yang sama.



Sempat lagi tu bergambo. Memang blogger tegar tak lekang dengan bergambo ahakksss...


Keputusan zon mana yang menang dah diketahui iaitu Zon Zamrud di mana aku dan Ena antara ahlinya. Tak sia-sia Ena mengemas dan menghias sambil memblog hehehe. Walaupun kemenangan zon ni menimbulkan cakap-cakap tak puas hati tapi kami tak peduli sebab memang kami rasa kami patut menang.
Lina

Terkini

Hai semua... aku start semula kerja ari ni selepas seminggu aku sibuk dengan tugas lain. Kan sepanjang minggu lepas aku bertugas semasa Persidangan Dewan Negeri. Sabtu dan Ahad pula rehat kat rumah. Hari Isnin dan Selasa aku exam PTK dan kursus. Hari nilah baru betul-betul aku masuk ofis.
Banyak benda nak cerita ni jadi tunggu yer entry daripada aku.
Lina

Friday, November 21, 2008

Tag - My 7 Dream Cars

Aku pergi menjenguk blog Yatie dan baca tag pasal My Dream Cars. Yatie kata sapa-sapa nak berkongsi kereta idaman masing-masing ambillah buat.


Jadi, aku pun terasa nak berkongsi kereta-kereta idaman aku dengan korang semua. Bukan nak berlagak ke apa atau nak menunjuk-nunjuk tapi aku rasa tak salah kalau nak berangan kan hehehe... Mana tau kalau ada rezeki dan diizinkan Allah aku dapat memiliki salah sebuah kereta idaman aku tu, insya-Allah.

Peraturannya...



1. The title of your entry must be "My 7 Dream Cars"



2. Add a link to the person who tagged you - dah letak kat atas...



3. List your 7 dream cars (preferably with pics of those cars)



1.


Inilah kereta yang paling aku idam-idamkan kategori MPV untuk keluarga aku, Toyota Alphard 350. Aku suka MPV ni sebab besar dan luas dan nampak smart sangat terutama kalau yang warna putih macam dalam gambo ni. Kalau terjumpa kereta ni kat jalan memang tak berkeliplah aku tengok sampai hilang dari pandangan aku. Kat area rumah mertua aku ada sebuah sampai aku dah hafal no platnya sebab selalu jumpa. Aku dah siap bayangkan kalau ada rezekilah dapat kereta ni, ambil cuti lama sikit round malaysia. Tempat duduk belakang tu aku tolak tepi, bentang toto, biar anak-anak aku berlari, bergolek kat belakang tu. Bestnya kalau jadi kenyataan.


2.


Ini pula pilihan kedualah kalau tak ada rezeki nak dapat Alphard tu, Wish ni pun jadilah. Besar pun besar untuk keluarga kan.





3.


Kalau kategori sedan inilah yang aku idam-idamkan. Memang elegan, rasa cam jatuh cinta 1st time nampak ni kat jalan raya.





4.




Ini pun aku suka, Honda CRV tapi model yang lamalah sebab model baru ni aku tak berapa berkenan sangat. Kalau model lama ni luas kat dalamnya. Mungkin sebelum Alphard dan Wish tu aku nak beli ni dulu. Alaa yang secondhand jer cukuplah kan.
5.





Dalam banyak-banyak kereta Malaysia inilah yang aku nak sangat pandu, MyVi SE warna putih. Fuhhh memang smart, memang nampak bijak. Harap-harap dapatlah aku pakai MyVi ni walaupun sekejap.




6.





Emmm kereta-kereta idaman aku ni banyak jenis Honda kan. Ini pula Honda Jazz, aku panggil Jazz ni versi MPV kecil. Memang cantik nak-nak lagi the latest Jazz.




7.




Yang ini pula mesti semua orang tau. Tak kiralah yang bentuk macam mana asalkan dari brand BMW ni.




Memang beso kan cita-cita aku alaa nak berangan-angan jer tak salah kan. Kalau ada rezeki ada, kalau tak ada pun tak apa sebab tak berharap sangat pun. Cuma suka jer tengok kereta-kereta ni tapi harap-harap dapatlah salah satu yang di atas tu hehe.
Ok, kalau ada sesiapa yang nak berkongsi kereta idaman masing-masing bolehlah ambil tag ni yer.
Lina

Thursday, November 20, 2008

Tag - 7 Perkara Lagi

Hahaha aku jenguk blog Ena dan baca tag ni. Rasa cam nak buat jer coz best jer soalan-soalannya. Aku ambil ek Ena.


7 ciri lelaki idaman anda
1. Sedap mata memandang
2. Charming
3. Bertanggungjawab
4. Penyayang
5. Pendengar
6. Adil
7. Tidak panas baran
7 lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup
Emm... aku senaraikan selebriti la yer... senang sikit
1. Tom Cruise
2. Johnny Depp
3. Eman Manan
4. Nazril Edrus
5. Fahrin Ahmad
6. Keanu Reeves
7. Khairol Hamdan (emm... selebriti ke ni yer)
7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
1. Dah tentu-tentunya gembira sangat-sangat
2. Gedik sikit kot hahaha
3. Kembang kuncup hidung bangga sangat
4. Rasa seksi sikit
5. Mulalah manja
6. Berbunga-bunga rasa hati
7. Senyum sampai ke telinga
7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
1. Paris
2. Belanda
3. Switzerland
4. Beijing
5. Disneyland
6. Mekah
7. Jepun
7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
1. Perfume
2. Jam tangan
3. Motor
4. Joran
5. PDA
6. Notebook
7. Mesin pancing
7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
1. Tercipta Untukku - Ungu
2. Kasih Tercipta - Faizal Tahir
3. Aku dan Dirimu - Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari
4. Kekasih Gelapku - Ungu
5. Kenangan Terindah - Samsons
6. Cinta Antara Kita - Duta dan Baizura Kahar
7. Mencintaimu - Krisdayanti
Dah siap... jadi pada sesiapa yang nak buat jangan malu-malu ambillah yer.


Lina

Tag - 7 Perkara Tentang Diri Sendiri

Oleh kerana aku ada masa free sekarang ni aku nak buatlah homework yang diberi oleh Hajar ni.

7 fakta tentang saya

1. Pendiam tapi boleh jadi peramah bila dah kenal lama atau jumpa orang yang ngam
2. Gayat dengan tempat tinggi tapi suka mencabar diri kononnya nak menghilangkan gayat tu
3. Suka berjalan-jalan dan melancong
4. Amat suka dengan coklat
5. Suka membaca
6. Suka seafood
7. Suka main bowling tapi dah lama tak main... "Ena jom kita main hehehe"


7 perkara menakutkan saya di dunia

1. Allah s.w.t. ambil nyawa sebelum sempat bertaubat
2. Tak dapat menyebut kalimah syahadah
3. Serangga yang merayap
4. Tempat tinggi
5. Kemalangan
6. Kehilangan orang yang saya sayangi
7. Keadaan gelap dan keseorangan

7 lagu buat masa sekarang

1. Tercipta Untukku - Ungu
2. Cuba - Faizal Tahir
3. Molek - Elyana
4. Aku dan Dirimu - Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari
5. Cinta Antara Kita - Duta & Baizura Kahar
6. Nothing's Gonna Change My Love For You - George Benson
7. Sempurna - Gita Gutawa


7 perkara yang amat bernilai

1. Suami dan anak
2. Keluarga
3. Iman
4. Handphone
5. Pengalaman
6. Ilmu
7. Buku
7 pertama kali dalam hidup saya
1. Pertama kali dapat keputusan 5A masa UPSR
2. Pertama kali keluar ke bandar dengan kawan-kawan masa darjah 6
3. Pertama kali dapat lesen memandu masa umur 24 (lambat sebab baru kerja)
4. Pertama kali kehilangan orang yang paling dekat pada tahun 2000 (arwah Atuk)
5. Pertama kali merasa pengalaman duduk hostel masa masuk UiTM pada tahun 1996
6. Pertama kali jumpa suami
7. Pertama kali merasa pengalaman bersalin pada tahun 2006


7 orang bertuah menjawab tag ini
Emmm nak bagi sape yer buat...
1. Aida
2. Atty
3. Buyut
4. Ida
5. Yanie
6. Yatie
7. Zieha
Selamat membuat tag!!!


Lina

Drama Lakonan Fauziah Latiff

Dulu-dulu masa aku masih jadi budak sekolah aku minat giler dengan Fauziah Latiff. Masa tu pun dia masih baru lagi jadi penyanyi. Aku suka sangat dia sweet jer lebih-lebih lagi rambut dia yang panjang tu. Boleh dikatakan hampir semua kaset dia aku beli.


Sekarang ni pun masih lagi minat dia tapi taklah macam dulu. Lagipun dia dah low profile sekarang. Cuma baru-baru ni dia aktif semula tapi bukan nak keluar album baru ke apa tapi sebagai pelakon drama. Masa hari raya ari tu dah tayang dah drama pertama dia, Kudrat Iman tapi aku tak dapat tengok. Hari ini bila tengok paper ada tulis pasal drama kedua dia yang akan ditayangkan pada malam ini. Kalau nak tau cerita selanjutnya baca keratan akhbar di bawah ni yer.


Salah satu adegan dalam drama Gelora Di Hati Sara

Jee Latiff yang baru

SEBELUM membuat keputusan menerima peluang berlakon yang ditawarkan oleh Rosyam Nor, Fauziah Latiff atau Jee menghubungi beberapa wartawan hiburan senior dari beberapa akhbar utama.
Sebab utama Jee berbuat demikian ialah untuk mendapatkan nasihat selain pandangan mengenai peluang yang diperolehnya itu.
Khabarnya ketika itu, Jee sangat bimbang jika lakonannya tidak menjadi dan akan menjejaskan produksi yang menerbitkan drama tersebut.
Namun kini, segala telahan dan sangkaan negatif Jee lenyap sama sekali khususnya selepas telemovie pertama lakonannya, Kudrat Iman bersama Rosyam Nor diperkatakan ramai.

“Saya tak sangka lakonan saya diterima ramai. Alhamdulillah respons peminat terhadap drama itu cukup memberangsangkan.
“Apa yang membuatkan saya terperanjat ialah setiap kali mereka berjumpa saya, mereka akan menyebut dialog dalam telemovie itu. Itu yang membuatkan saya sangat terharu,” jelas Jee.
Ketika ini pula, semangat Jee sudah berubah. Daripada gusar dan bimbang, dia kini semakin bersemangat selepas Rosyam memaklumkan padanya bahawa Kudrat Iman yang ditayangkan sempena Aidilfitri lalu telah diulang tayang sebanyak empat kali berikutan permintaan yang tinggi daripada audiens.

“Saya berterima kasih kepada semua kerana dapat menerima lakonan saya dengan baik. Terlalu banyak kelemahan yang masih perlu saya pelajari. Saya umpama kanak-kanak yang baru masuk tadika,” katanya menggambarkan kemampuan diri dalam bidang lakonan.
Lantas jika ada yang masih kempunan untuk menyaksikan bakat lakonan pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini usahlah gusar.

Ini kerana drama kedua lakonannya juga bersama Rosyam iaitu Gelora Di Hati Sara (GDHS) akan ditayangkan setiap Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam di RTM1 bermula malam ini.
Bermain emosi
Jika Kudrat Iman, banyak menguji pembawaan karakter Jee, begitu juga menerusi drama GDHS.
Memegang watak Sara, memerlukan Jee bermain dengan emosi yang bukan sedikit.
“Dalam drama ini saya memegang watak Sara yang makan hati dan kerap menangis. Saya paksa diri saya untuk untuk marah dan apabila marah dengan sendirinya saya akan menangis,” kata Jee menyambung perbualan.

Menurt artis kelahiran Air Tawar Perak ini lagi, pernah sekali dia tidak mampu melakonkan satu babak dengan baik sehingga menyebabkan dia ditengking oleh Rosyam.
“Skrip panjang jadi kadang kala saya sendiri susah untuk menghafalnya. Apabila kena marah sikit, fikiran saya terus kosong. Lagilah dia (Rosyam) angin dan marah pada saya ketika itu.
“Tapi saya menerima perkara tersebut sebagai satu pengajaran untuk saya baiki diri. Kalau tidak bagaimana saya nak perbaiki kelemahan diri saya,” menurut Jee lembut menjelaskan pengalamannya dimarah di lokasi penggambaran.

Belum beri kata putus

Dalam pada itu pemilik nama sebenar Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff ini memberitahu, dia masih lagi menerima beberapa tawaran lakonan.
Ketika ini, kata Jee, dia masih lagi belum bersedia untuk menerima tawaran-tawaran tersebut.
“Saya kena pertimbangkan dahulu kerana banyak faktor yang perlu saya ambil kira termasuk tawaran menyanyi dan komitmen keluarga,” ujarnya memohon pengertian semua pihak.
Pada masa yang sama, ibu kepada dua cahaya mata ini menegaskan, dia belum bersedia menukar panggilan penyanyi kepada anak wayang.

“Tak mungkin kerana nyanyian adalah jiwa dan nyawa saya. Lakonan pula sesuatu perkara baru dalam hidup saya dan masih banyak perlu saya pelajari,” sambungnya.
Tanggungjawab besar Rosyam
Sementara itu bagi Rosyam pula, apabila Jee bersedia membintangi drama terbitan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. merupakan satu tanggungjawab besar.
“Bukan mudah nak bawa nama Jee sebagai pelakon. Sebab ramai orang nak tahu pasal dia. Jadi saya perlu menjaga imej dan reputasinya.
“Saya tak mahu orang kata Jee bukannya boleh berlakon sangat. Tanggungjawab saya besar kerana saya mahu memastikan Jee tampil sebagai pelakon yang dihormati dan disegani,” kata hero pujaan ramai ini lagi.

Sepanjang bersama Jee di lokasi penggambaran, Rosyam merumuskan artis wanita itu sebagai seorang yang pemalu khususnya ketika ramai orang menonton lakonannya.
“Apabila babak dia patut marah, dia tak lepaskan kemarahan dan kerana itu saya marahkan Jee dan terus menengkingnya,” kata Rosyam jujur.
Tambah Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2008 ini selepas kejadian Jee ditengking, apa yang merisaukan Rosyam ialah Jee merajuk atau tidak hadir ke lokasi.
“Mujur Jee profesional dan esoknya dia hadir macam biasa. Saya cuak juga sebab dia sampai lewat sikit sebab kesesakan lalu lintas.
“Apabila dia sampai saya tengok dia okey dan dapat lakonkan babak pada hari itu dengan lebih baik lagi,” katanya sambil ketawa besar mengimbas kejadian tersebut.

Jee dan Rosyam bergandingan sekali lagi dalam Gelora Di Hati Sarah selepas berlakon sama menerusi telefilem Kudrat Iman

Jee dalam Gelora Di Hati Sara


Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bharian.com.my


Fauziah digandingkan lagi dengan Rosyam Nor selepas telefilem Kudrat Iman mendapat sambutanKEMUNCULAN Fauziah Latiff sebagai pelakon semakin mendapat perhatian daripada penonton menyebabkan produser menjadikan penyanyi ini menjadi antara sebahagian daripada barisan pelakon dalam produksi mereka. Selepas mempamerkan lakonan yang baik dalam telefilem Kudrat, Fauziah atau Jee sekali lagi ditawarkan oleh Rosyam Nor ynag membintangi drama bersiri Gelora Di Hati Sara.


Drama menarik ini disiarkan menerusi slot Astaka di RTM1, jam 10 malam setiap Selasa, Rabu dan Khamis, bermula malam ini. Plot cerita Gelora Di Hati Sara ini berlegar mengenai kisah cinta dan kekeluargaan yang menuntut pengorbanan wanita dalam mengecap kebahagiaan dalam rumah tangganya. Selain Jee dan Rosyam, drama 26 episod ini turut mengetengahkan Datuk Rahim Razali, Aida Radzwill, Hisham Ahmad Tajudin, Watie Sadali, Ismail Yaacob, Mahmud Ali Basha dan Balkish Samundur Khan.


Jee memegang watak utama sebagai Sara dan digandingkan Asrul lakonan Rosyam. Drama bersiri Kisah Gelora Di Hati Sara bermula dengan kepulangan Asrul dan Sara yang baru menamatkan pengajian dari luar negara ke Malaysia. Di luar pengetahuan keluarga masing-masing, mereka sebenarnya sudah bernikah namun perkara itu terpaksa disembunyikan kerana bimbang sikap keluarga Asrul terutama ibunya, Datin Maria yang tidak suka anak berkahwin dengan pilihan sendiri. Apatah lagi ibunya menghidap penyakit jantung. Asrul meminta Sara bersabar dengan situasi mereka itu yang terpaksa menjalani kehidupan suami isteri secara sembunyi. Namun kesabaran Sara ada hadnya apatah lagi apabila membayangkan tempat isteri adalah di sisi suami. Sara mula mencari jalan bagaimana mahu mendampingi Asrul. Kebetulan syarikat keluarga Asrul berdepan dengan kes saman daripada sebuah syarikat pelanggan. Hinggalah Sara dilantik syarikat bapa Asrul, Datuk Taufik untuk mengendalikan kes itu. Kehadiran Sara itu mengejutkan Asrul yang begitu bimbang Sara akan membongkar rahsia perkahwinan mereka. Sebaliknya Sara bersikap selamba dan hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.


Dalam diam, Diana adik perempuan Asrul turut menyembunyikan rahsia konflik yang berlaku dalam rumah tangganya bersama Zaidi. Zaidi pula ialah menantu pilihan Datin Maria. Namun malang bagi Diana, apabila Zaidi suka menderanya tetapi Diana takut untuk mengadu kepada keluarganya. Tambahan pula di depan keluarganya, Zaidi mempamerkan sikap sopan santun dan menyayangi isterinya itu. Hakikatnya Zaidi yang diberikan kepercayaan menjawat jawatan penting dalam syarikat Datuk Taufik menggunakan kesempatan untuk mengaut keuntungan di belakang ayah mentuanya itu. Kehadiran Asrul dalam syarikat pula menimbulkan rasa kurang Zaidi kerana kegiatan jahat secara senyapnya terganggu. Begitu juga dengan kehadiran Sara yang ditugaskan Datuk Taufik menyelesaikan masalah syarikat. Kejayaan Sara mengetepikan kes saman tersebut menggembirakan Datuk Taufik yang kemudiannya melantik Sara menjadi peguam syarikatnya. Dalam diam Sara menyimpan dua misi iaitu untuk mendampingi suaminya dan menyiasat sesuatu yang dirasakan tidak kena pada Zaidi.

Sementara itu, Datin Maria begitu beriya-iya mahu menjodohkan Asrul dengan Tengku Marina, anak Tengku Malik kenalannya. Perkara ini menimbulkan perasaan kurang senang di hati Asrul yang menempatkan dirinya dalam dilema kerana dia menyintai Sara sepenuh hati tetapi pada masa sama perlu memenuhi hasrat ibunya yang tidak sihat itu. Datuk Taufik pula dalam diam menyimpan hati terhadap Sara. Perkara itu diberitahunya kepada Asrul. Asrul marah dengan tindakan ayahnya namun masih setia menyembunyikan statusnya dengan Sara daripada pengetahuan keluarganya itu. Namun sampai bilakah rahsia itu berjaya disembunyikan?

Emm... best juga bila baca sinopsisnya drama ni. Lebih kurang macam drama di TV3 dulu lakonan Umie Aida dengan Ahmad Idham tajuknya Romeo dan Juliet kalau tak silap. Kalau nak tahu memang best ke tak drama ni apa kata kita sama-sama tengok drama yang akan bermula pada malam ni jam 10 malam di RTM 1... bukan promosi ni yer cuma nak beritahu jer hehehe.
Kredit pada Utusan Malaysia dan Berita Harian
Lina

Tuesday, November 18, 2008

Sibuk

Aku nak minta maaf kat rakan-rakan semua coz bila buka blog aku tak berupdate lagi. Still yang minggu lepas punya entry. Bukan aku malas nak update or takde bahan tapi sepanjang minggu ni aku sibuk sangat-sangat. Minggu ni di pejabat aku ada persidangan dewan negeri. Jadi aku pun terlibat sama bertugas. Apa ye tugas aku masa dewan bersidang ni nanti aku ceritakan.
Aku memang tak ada masa nak update blog, kalau ada masa pun aku cuma lawat blog korang je. Insya-Allah bila habis tugas aku ni aku akan aktif semula hehehe. So, tunggu ye cerita terbaru aku nanti.
Lina

Thursday, November 13, 2008

Pemergian

Petang semalam abah aku telah dibenarkan keluar dari hospital. Lega rasanya hati bila doktor cakap abah aku tak ada apa-apa penyakit. Cuma demam je. So, petang semalam aku keluar sekejap dari pejabat pergi ambil abah aku nak bawa balik ke rumah.
Sampai kat rumah mak aku pulak bagitau ada berita sedih. Atuk Sedara aku iaitu adik arwah nenek aku, dengan mak aku bapa saudaralah kan dah meninggal dunia. Arwah memang dah lama sakit akibat strok. Aku tak berapa rapat sangat dengan arwah sebab memang jarang jumpa. Dah lama tak balik kampung belah mak, kalau mak tak ajak memang aku pun tak baliklah. Kali terakhir aku jumpa arwah masa dia datang ke Kuantan masa nenek aku iaitu kakak dia meninggal.
Begitulah kehidupan di dunia ni, yang hidup pasti akan mati. Setiap orang perlu bersedia untuk menghadapinya sebab kita tak tahu bile pula giliran kita.
Lina

Tag - Gambar Sendiri

Peraturannya:-

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing
4) Post these instruction with your Picture.
5) Tag 10 people to do this

Tag ni aku ambil daripada Ena. Dia kata sape yang sayang dia buatlah kan jadi sebab aku rasa aku pun sayang dia jadi dengan tak malunya aku ambillah tag ni. Lagipun senang bangat nak buat. Ambil gambar sendiri jer tapi seperti peraturan di ataslah kan. Oleh kerana aku buat ni masa kat pejabat dah tentu-tentulah gambo aku cantik jelita kan kekeke... walaupun ada jugalah sebutir dua jerawat hehehe tapi tetap vogue gitewww...


Oklah aku taknak tag sesiapalah sebab rasa-rasanya ramai dah buat tag ni. Jadi sesiapa yang rasa nak buat tag ni ambillah yer tak dikenakan sebarang bayaran pun. Yang penting kene jujurlah kan.
Lina

Pasar Malam

Dah lama rasanya tak pergi ke pasar malam di Kg Padang jadi hari Selasa lepas kami decide nak pergi situ beli makanan untuk makan malam.





Budak berdua ni tengah asyik sangat tengok cerita kartun kat TV. Amrul ada sekali sebab malam tu dia tidur rumah mertua aku jadi Khairol ajaklah pergi rumah dulu. Qistina suka hatilah sebab abang kesayang dia ada sekali.


Sebelum nak pergi sempat lagi bergambo.



Mama dan ayah pun menggedik jugak nak bergambo. Jangan jeles ye dengan keromantikan kami ni ahakkksss...


Pergi pasar malam pun tak tau nak beli apa. Last last beli je mee goreng kuali beso nih pas tu tambahlah dengan ayam goreng.

Juga tak lupa cendol ni... sedap.


Lina



Wednesday, November 12, 2008

Sukarnya Nak Buat Keputusan

Pernah tak tiba-tiba anda semua terfikir nakkan perubahan. Maksud aku ok senang ceritalah sejak sebulan ni aku asyik fikir nak berubah angin. Berubah angin ni maksudnya aku nak bertukar ke tempat lain. Nak merasa kerja di tempat baru pula.
Aku mula kerja di tempat sekarang ni tahun 2002. Sekarang ni dah tahun 2008, dah 6 tahun aku kat sini. Bukan aku dah tak suka kerja kat sini dan bukannya orang lain pun memang nak aku bertukar (tak tahulah kalau ada kan... bukan aku tahu baca hati orang) tapi cuma aku nak buat sesuatu yang baru. Apa yang baru yer? Kerja PA ni sama je kat mana-mana, assist bos kan tapi aku nak kerja di tempat yang baru, suasana yang baru, kawan-kawan yang baru dan cabaran yang baru.
Bila banyak-banyak kali fikir sayang pula nak tinggalkan tempat kerja aku ni. Ye lah dah 6 tahun aku kat sini semuanya aku dah tahu, member-member ofis pun dah kenal rapat nanti bila kat tempat baru tu nanti kena mulakan semula. Nak kenal member baru, buat kerja baru dibuatnya kerja kat tempat baru lagi teruk dari sekarang tak ke naya tapi tak cuba mana nak tahu kan. Masa mula-mula kerja kat sini pun aku macam tu juga, belajar benda yang baru, kenal member baru, belajar daripada pengalamanlah kan.
Sampai sekarang ni pun aku masih berfikir, tak dapat buat keputusan lagi. Moga-moga Allah s.w.t beri aku petunjuk supaya aku dapat buat keputusan dengan tepat. Insya-Allah...


Lina

Abah Sakit

Aku baru balik dari hospital pagi ni. Pagi tadi mak aku telefon bagitau yang abah aku masuk wad kecemasan malam tadi. Mak aku kata abah aku rasa lemah badan dia jadi mak aku minta tolong Pakcik aku hantar ke hospital.
Memang masa aku balik rumah mak aku hari minggu lepas abah aku dah demam dah dicampur dengan lelah dia lagi. Terkejut juga aku bila mak telefon pagi tadi. Aku pun terus telefon Khairol bagitau dia dan dia pun terus ajak aku pergi hospital. Aku ni mula-mula risau juga boleh ke pergi masa ni kan bukan waktu melawat tapi Khairol kata boleh aku pun belasah la.
Sampai kat hospital kami terus ke wad kecemasan. Nasib baik nurse kat situ baik melayan kami ni. Dia kata boleh masuk nak tengok sekejap. Nurse tu pun dengan ramahnya bagitau yang setelah diperiksa oleh doktor darah abah aku semua dia kata abah aku tak ada apa-apa. Dalam keadaan baik. Kalau tak sakit apa petang nanti bolehlah discharge.
Lega rasanya dengar nurse tu cakap. Alhamdulillah tak ada apa yang serius kat abah aku. Aku ni bukannya apa abah aku tu memang dah ada lelah jadi takut bila dah demam beria tu effect pulak nanti. Petang nanti kalau tak ada apa dan abah aku dibenarkan keluar aku akan pergi ambil dialah.
Lina

Tuesday, November 11, 2008

Berarak Dan Bersanding


Kami sampai kat rumah pengantin lebih kurang pukul 1 petang. Kebetulan pengantin pun baru nak berarak jadi kami pun join sekalilah. Meriah sungguh tengok majlis kahwin kat felda ni. Yang uniknya sebelum pengantin memulakan langkah ada seorang pakcik melepaskan tembakan dulu baru pengantin bergerak. Ada Khairol ambil video nanti aku uploadkan ye.


Pasukan kompang tapi aku ambil gambo yang pukul gendang je sebab itu yang paling kuat aku dengar.

Inilah pengantinnya Sayap dan isterinya Ashbana. Tema hijau lagi kebetulan aku pun pakai warna hijau juga hehehe menepati tema. Selamat pengantin baru diucapkan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Jaga diri di tempat orang yer Sayap. Cepat-cepat dapat baby hehehe.

Lina

Kenduri Kahwin Di Keratong


Hari Sabtu lepas aku pergi kenduri kahwin kawan Khairol... kiranya kawan aku jugaklah. Kami panggil dia Sayap, nickname dialah tu... nama sebenarnya Asnul Yady kalau tak silap. Sayap ni baru-baru ni dapat kerja kat Dubai, baru je lagi dia pergi tapi sebab nak kahwin ni dia baliklah kejap.


Kenduri kahwin ni diadakan di Felda Keratong. Jauh jugalah nak pergi dah masuk ke jalan nak pergi ke Bahau dah.

Sebelum sampai rumah Sayap sempat lagi Qistina tidur sebab kami kejutkan dia bangun awal.


Lina

Breakfast



Balik dari airport Khairol ajak anak menantu Kak Lah breakfast kat Restoran Zaman. Restoran ni memang famous untuk minum pagi terutama nasi lemak dia. Lagipun dari restoran ni boleh nampak flight berlepas. Bolehlah minum-minum sambil tunggu flight Kak Lah berlepas.

Sambil menunggu nasi lemak Khairol order dulu roti canai. Memang ramai orang yang breakfast kat situ terutama hujung minggu. Kalau nak ambil nasi lemak kena beratur.

Selesai breakfast kami pun balik ke rumah. Sekarang ni Khairol dan mertua akulah tengok-tengokkan anak menantu Kak Lah. Kak Lah dan Abang Isa dah amanahkan pada Khairol jadi kenalah jalankan tanggungjawab sebagai bapa saudara kan. Insya-Allah kami akan jalankan tanggungjawab ni dengan sebaik-baiknya.
Lina

Perpisahan

Pagi Ahad kami sekeluarga awal-awal dah bersiap sebab nak pergi ke airport Kuantan nak menghantar Kak Lah. Nasib baik Qistina pun senang nak bangun kalau tak jenuh juga nak menunggu. Kak Lah naik flight dari Kuantan ke KLIA pukul 10.15 pagi. Dari KLIA ke Sarawak nanti pulak pukul 2.00 petang.


Qistina baru lepas berpelukan dengan Ibu Lahnya. Qistina memang rapat sikit dengan Kak Lah mungkin sebab Kak Lah rajin melayan dia. Kalau Kak Lah datang berjalan ke rumah Akinya, bila Kak Lah nak balik menangis-nangis nak ikut.


Lambaian terakhir daripada Kak Lah dan Kak Chik. Abang Isa dah masuk dulu dah. Aku tak dapatlah nak ambil gambo banyak-banyak sebab sibuk nak bersalam, peluk cium bagai. Pulak tu masa tu orang-orang yang nak pergi haji pun ramai jadi sesak jugaklah airport masa tu. Sedih memang sedihlah sebab lama lagi baru boleh jumpa semula. Walaupun ada peruntukan balik ke semenanjung 2 kali setahun selain dari nak balik sendiri tapi tak sama dengan menetap kat sini. Tak apalah bukan senang nak pergi ke Sarawak kan dah ada peluang biarlah cari pengalaman.

Lina

Monday, November 10, 2008

Tag - Relationship

Nak berehat kejap dari mengupdate blog... aku nak buat dulu tag yang diberi oleh Aida. Kalau tak buat sekarang memang aku lupalah nanti.



1. What is the relationship of you and him/her?
husband and wife of course... what else?
2. Your 5 impressions towards him/her
  • he's a loving husband
  • charming
  • pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
  • fatherhood
  • dia amat pemurah, suka bersedekah

3. The most memorable things he/she had done for you.

semua yang dia buat cukup istimewa

4. The most memorable things he/she have said to you?
everything... semuanya memorable things boleh gitewww... dah namanya suami kan...

5. If he/she become your lover, you will...
memang dah jadi...
6. If he/she become your enemy, you will...
kalau jadi musuh sebelum ni memang tak kahwin dah dengan dia
7. If he/she become your lover, he has to improve on...
bab membasuh dan iron baju hehehe apapun bila dah berumahtangga kene give and take kan... bertolak ansur dan bekerjasama...

8. If he/she become your enemy, the reason is...
he has someone else.. and doesn't love me anymore
9. The most desirable thing to do on him/her is?
nak round the world
10. The overall impression of him/her is...
he loves me so much
11. How do you think the people around you will feel about you?
tak payah kisah apa orang cakap
12. The character of you for yourself is?
penyabar, cool... ye kot
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
pendiam skit
14. The most ideal person that you wanna be is?
tak ada rasanya
15. For the people who likes you, say something about them.
thanks coz uols like me and i like u too
16. Ten people to tag:
alamak banyak no nak tag... oklah... 1) Anithaiman 2) Cintanbuyut 3) Ct Salwa 4) Neezareef 5) Emma 6) Farahzila 7) Hajar 8) Yanie 9) Yatie Sahat 10) En. Me (silalah buat ek kengkawan)
17. Who is no. 2 having a relationship with?
she's still single but not available hehehe... got a handsome man called Mr. Badak
18. Is no. 3 a male or a female?
Female and a mother to ammar
19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
i don't think so
20. How about no. 5 and 8?
as a friend ok
21. What is no. 1 studying about?
sorry tak berapa tau school's background dia
22. Is no. 4 single?
no lah dah kawin dah ada 2 orang anak
23. Say something about no. 6
tak berapa kenal juga sebab dia jauh but dari blognya she's very nice


Ok dah siap... jenuh jugak memikir jawapannya. So kepada kawan-kawan yang kene tag tu freekan diri untuk menyiapkannya, k.

Lina

Majlis Berinai Kecil

Balik dari open house umah kenalan Kak Lah, ada majlis berinai pulak dah kat umah Kak Lah. Pengantinnya tak lain tak bukan si Qistinalah. Tukang inainya pulak Kak Chik. Oleh kerana pengantinnya kecik lagi kita panggillah majlis ni Majlis Berinai Kecil hehehe.

Tengok tu duduk pun dah macam pengantin, tangan atas peha. Yang aku heran tu boleh pulak Qistina duk diam-diam, bukannya sekejap adalah kira-kira 15 minit.

Tekun betul Kak Chik menginai pengantinnya. Ayong pun menunggu giliran jugak. Aku tak sempat nak snap gambo tangan dan kaki Qistina yang dah siap diinai dan dah dibersihkan, merah menyala kuku dia. Mak Mertua aku cakap kalau budak-budak suka pakai inai masa kecik ni susah nak dapat penyakit. Ntah aku tak taulah betul ke tidak tapi dah Qistina suka ikutkan je lar.

Lina

Open House Penghujung Syawal

Malam sebelum Kak Lah berlepas ke Sarawak, aku, Khairol dan Qistina lepak-lepaklah kat rumah Kak Lah. Kebetulan ada kenalan Kak Lah buat open house so kitorang pun joinlah sekali. Rumahnya pun berdekatan je dengan rumah Kak Lah.

Banyak juga juadah yang disediakan. Ada sate dengan kuah kacang, nasi impit, nasi minyak, lemang serta kuih-muih.

Memang kenyang betul aku. Khairol lagilah tak bangun-bangun dari tempat duduknya. 2 kali tambah hehehe...

Qistina tetap setia dengan satenya. Kiranya malam tu paling banyak dia makan sate 8 cucuk. Selalunya dalam 3, 4 cucuk jer. Aku pun cuma makan sate je sebab memang tak larat dah nak makan.

Lina

Share |