Friday, October 17, 2008

Tak Sabar Nak Balik Rumah

Taukan dari hari Sabtu lepas Khairol dan Qistina demam. Jadi, disebabkan kedua-duanya demam serentak dan Khairol memerlukan penjagaan yang khusus sikit hehehe... terpaksalah kami 3 beranak berpindah sekejap ke rumah mertua aku. Jadi dah seminggu aku tak tido kat rumah aku sendiri.

Kadang-kadang puas jugak sebab ye lar walaupun rumah mertua aku dan mertua aku ni jenis sporting sikit tapi taklah sebebas macam duduk rumah sendiri kan. Jadi, sekarang ni aku tengah menghitung hari nak balik rumah. Rindunya nak bersantai-santai kat rumah. Hajat hati hari Sabtu dan Ahad ni ingat nak baliklah rumah tapi tak taulah lagi kene tanya Khairol dulu.

Lina

3 comments:

Ena said...

phiewwww...
ingat tak sabar balik umah nak watpe tadik ekekekeke

buYut Gurl said...

dok umah sendiri lg best...
xselesa kan dok umah org lama2..
nk buat apa pun serba xkena..

nurul said...

ala mak bpk abg krol kan sporting per.... ;)