Thursday, October 9, 2008

Qistina Beransur Pulih

Entry ni khas buat rakan-rakan blog yang begitu prihatin. Nak beritahu kat sini yang kesihatan Qistina sekarang ni alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. sudah beransur pulih. Kat tempat kene kayap tu dah kering cuma tinggal parut-parut sahaja. Walau bagaimanapun aku masih lagi menyapukan bedak sejuk yang diberi oleh Pakcik yang mengubat dia dulu tu. Makan pun masih berpantang lagi sebab aku takut kayap tu kembali semula. Buat masa sekarang ni aku rasa lega lar sedikit tengok keadaannya.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang bertanya dan mendoakan kesihatan Qistina. Terima kasih yer kepada ingatan kalian. Moga Allah S.W.T. membalas segala kebaikan dan melimpahkan rezeki yang berkali ganda untuk kalian insya-Allah.

Lina

4 comments:

Unknown said...

alhamdulillahhh
kembo aku sihat jua akhirnye..
malam ni aku p lawat ek..
make sure masak sedap2 tau ekekek

attyfir said...

alhamdullilah qistina beransur sembuh

zieha said...

AMIN...SEMOGA QISTINA SIHAT SELALU

ana said...

alhamdulillah....
sian Qistina..dah la kecik lagi,sengsara dia..
aka kene gak jaga makan pantang dia..berjaga2 sblum terkena lg..

Share |