Wednesday, October 8, 2008

Makan Keropok

Aku nak cerita daripada hari sebelum raya. Hari Selasa tu aku dan Khairol masih lagi bekerja. Ye lar kami ni beraya kat Kuantan jer tak ke mana-mana jadi terpaksalah berkorban bagi orang lain yang nak balik jauh-jauh tu.

Biasalah kan bila bekerja sehari sebelum raya tu macam tak bekerja je lar. Orang pun tak ada yang datang, telefon pun senyap jer jadi kami ambil keputusan nak balik awal. Lagipun kami sebenarnya kene pergi ke Terengganu sebab nak ambil Kak Esah sekeluarga balik ke Kuantan sebab kereta diorang rosak dan tak sempat siap. Kalau nak bertolak lepas habis kerja macam dah lambat sangat nanti pukul berapa pulak sampai ke Kuantan semula kan.

Jadi pada malam raya tu kami ni macam perantau pulak hahaha merasa jugalah aku ni macam orang yang balik kampung. Kami sampai semula ke Kuantan kira-kira pukul 1 pagi. Memang kerja gile betullah. Siap singgah kat Kijal beli lemang hehehe.

Hari Ahad pulak kami kene hantar semula Kak Esah sekeluarga balik ke Terengganu. Kami memang dah ambil cuti awal-awal hari Isnin tu sebab mesti penat nak balik hari kan jadi tido semalaman lar kat sana. Dalam perjalanan tu kami singgah kat Dungun makan keropok kat tepi pantai. Cantik sungguh pantainya berdekatan dengan UiTM Dungun.

Kecil je gerainya lagipun ini saja gerai yang buka sebab gerai-gerai lain masih lagi ditutup.

Di hadapan gerai tersebut betul-betul pantai.

Khairol dan Kak Esah sedang mengambil keropok dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

Sementara diorang ambil makanan, mama dan Qistina pulak menggedik bergambo hehehe.

Mee hun goreng, keropok, sotong dan ikan goreng sedappp...

Tengok Qistina dengan bersemangatnya makan keropok.
Lina

2 comments:

ana said...

mesti rasa pure kan kopok lekor tu...sedapnya..

yada said...

kak.. tgkla qistina tu berpeluh2 melekit berkilat je org tgk... mandikan dia salu ;) org cakap kat mak.. mak suh salu mandikan dia tu... mak kata mesti melasak je...

Share |