Wednesday, October 8, 2008

Makan Di Restoran Penyu

Sebelah malamnya kami pergi makan kat Restoran Penyu. Aku dah pernah makan kat situ jadi sebab tulah aku nak pergi lagi sebab nak makan Mee Hun Goreng Ketam. Aku rasa memang itu yang special kat situ. Menu lain ada juga tapi yang biasa-biasa je macam kat restoran lain.

Setiap kali customer datang mereka akan dihidang dengan teh cina secara percuma. Bagi yang suka teh cina ni tak payah dah nak order air lain jimat sikit kan tapi pada yang tak berapa suka sebab teh tawar boleh lar order air lain.

Hiasan dalaman restoran ni sempoi jer tak adalah beria-ia sangat. Untuk makluman juga restoran ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Kiranya restoran ni memang patut untuk dicuba. Aku tak dapat nak ambil gambo nama restoran ni sebab aku rasa signboard dia tak siap lagi cuma pakai banner jer.

Bagi siapa-siapa yang pergi ke Terengganu bolehlah cuba restoran ni yer. Aku lupa pula kat jalan mana letaknya tapi memang senang nak jumpa. Bagi sesiapa yang tahu bila sampai kat bulatan batu bersurat tu terus pergi ke kanan. Walau bagaimanapun restoran ni tutup awal pukul 10 malam jadi kalau nak makan pergilah awal-awal yer (wahhh aku boleh ganti Maria Tunku Sabri ni hehehe...).

Lina

3 comments:

Ena said...

skali baca tajuk n3 ko cam 'MAKAN PENYU' jek wakakakaka...

buYut Gurl said...

retoran ni style cina ke melayu??
siap idang teh cina lagi..jimat la duit sehh...

nurul said...

chinesse tea - tak sedap!