Wednesday, October 29, 2008

Majlis Jamuan Hari Raya Jabatan

Sehari sebelum aku MC aku sempat pergi ke Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh jabatan aku. Yang gempaknya Sultan Pahang telah berkenan mencemar duli untuk menghadiri majlis ni. Aku tak berkesempatan nak mengambil gambar Sultan Pahang sebab ye lar pakai kamera hp je dari jauh tak berapa nampak. Walau bagaimanapun sempatlah juga aku bersalam dengan Tuanku.

Kakitangan jabatan aku berduyun-duyun memasuki dewan.

Semua pegawai-pegawai kanan di atas pentas.

Hiasan di dalam dewan yang cantik bukan sebab majlis jamuan ni tapi memang sedia ada iaitu hiasan semasa majlis perkahwinan anak Menteri Besar Pahang. Urusetia majlis jamuan hari raya tidak dibenarkan untuk mengubah hiasan ini disebabkan masih ada lagi majlis persandingan.

Masa ni mata sebelah kanan aku memang dah merah dan member-member ofis aku semua suruh aku pergi klinik sebab memang sah-sah sakit mata.

2 orang member ofis aku yang glamour hehehe...

Suasana masa jamuan.


Member-member ofis yang tengah menjamu selera.
Banyak juga juadah yang disediakan. Jamuan ni berkonsepkan gerai. Aku rasa ada kira-kira 12 gerai tak silap. Takdelah aku rasa dari semua gerai makan sate pun dah kenyang. Nak ambil gambo setiap gerai pun tak sempat sebab sibuk memilih makanan. Apa-apapun memang bestlah.
Lina

3 comments:

Unknown said...

huhuhu
masa ni aku ponteng, malas p!
esoknye kena pangey dek 'ia' huwaaa.... sakit ati tol la!!!

Lina said...

itulah ko pandai2 wat keputusan sendiri... aku ingat ko dah minta kebenaran dia hehehe...

ana said...

untung ye dpt salam sultan..patut akak xbley basuh tgn seminggu..berkat tutgn sultan!! hehehehe...
mcm best je jamuan buat ade stall2 kecik kan,rasa mcm mewah je mkn..

Share |