Friday, October 31, 2008

Jalan-jalan Ke ECM


Minggu lepas disebabkan tiba-tiba aku rasa boring yang amat sangat aku ajaklah Khairol pergi ECM. Apa yer ECM tu tengok di bawah yer.


Inilah dia ECM... East Coast Mall. Dah lama rasanya tak jalan kat situ so lepas maghrib kami pun keluarlah dari rumah.

Uikksss sejak bile pulak anak kami bertambah lagi seorang ek... sebenarnya yang lelaki tu sepupu Qistina si Amrul tu. Kebetulan malam tu dia tidur rumah mertua aku so Khairol pun ajaklah dia sekali geng dengan Qistina. Aku biar je Khairol pimpin dua-dua sebab kalau pimpin dengan aku banyak kerenah pulak. Dengan Khairol diorang takut sikit.

Masa aku ambil gambo ni Qistina tengah duduk diam padahal sebelum tu asik ke atas ke bawah larinya. Tak takut langsung dia sedangkan kalau sesetengah budak gayat naik escalator tuh. Memang hyper betul anak aku nih. Amrul yang lelaki tu pulak boleh duduk diam.
Lina

1 comment:

Ena said...

hehehe
si Adik kalo tgh berdukung rela nak tron semata2 nak naik mende alah tu..