Kami di Raub semalaman jer, petang Sabtu dah bertolak balik ke Kuantan. Sampai kat Kuantan, singgahkan Kak Esah kat rumah mertua aku, terus balik rumah mak aku sebab abang-abang dan kakak-kakak aku semua ada. Itulah aku ni asyik berjalan jer nak jumpa adik-beradik setahun sekali pun susah hehehe.
Kat rumah mak aku ni pun semalaman jugak sebab hari Ahad nak pergi menghantar Kak Esah balik Terengganu pulak. Aku dah cerita kan perjalanan ke Terengganu dalam entry sebelum ni yang singgah makan keropok kat Dungun tu. Giler penat betul kami masa raya hari tu. Hari Isnin jelar kami betul-betul rehat balik dari Terengganu. Nasib baik ambil cuti awal-awal.
Itulah program aku, Khairol dan Qistina masa cuti raya tu. Agaknya itulah sebabnya Qistina demam teruk sangat sebab asyik berjalan jer. Aku ingat raya tahun depan taknaklah pegi berjalan masa hari raya rasa tak sesuai jer lagipun tahun depan giliran pagi raya kat umah mak aku, adik-beradik lain pun raya pertama kat Kuantan jadi bole berkumpul semua.
Lina
No comments:
Post a Comment