Monday, October 20, 2008

Jalan-Jalan Hari Raya - 4


Hari kedua di Genting kami ambil pakej indoor jer sebab kalau nak ambil dua-dua indoor dan outdoor takut sempat nak main semua sebab petangnya kami nak bertolak ke Raub pulak. Nasib baik ambil indoor je sebab memang tak habis main pun.




Benda nilah yang kami naik yang buat Khairol rasa cuak hehehe... sebab benda tu tak habis-habis bergoyang-goyang dan ada sound effect sikit macam skru longgar jer...




Kira-kira pukul 3 petang kami pun bertolak turun dari Genting. Sampai di rumah Mak Ngah kat Raub pukul 5.30 petang. Yang menanti pulak Gulai Ikan Patin satu periuk masing-masing terus mengadaplar sebab perut pun dah berkeroncong. Yang dah ada kat rumah Mak Ngah mertua aku dan Abang Long Aziz sekeluarga. Masing-masing tengah sibuk bakar lemang. Mak Ngah pulak tengah menyediakan santan nak buat dodol lak lepas tuh. Memang meriahlah tapi aku tak ambil gambo sebab rasa tak berkeinginan nak snap gambo.


Lina

No comments: