Monday, October 20, 2008

Jalan-Jalan Hari Raya - 3

Kat dalam First World Hotel, kat belakang tu kaunter check-in.

Ni nak sambung entry yang tertangguh sebab mood aku yang down minggu lepas. Alhamdulillah minggu ni semuanya sudah kembali normal jadi sekarang ni aku tengah suka hati jadi nak sambunglah entry Jalan-Jalan Hari Raya.


Kami sampai kat First World Hotel lebih kurang pukul 2 petang. Pusing-pusing cari parking adalah dekat sejam lebih. Pukul 6 lebih baru dapat check-in. Punyalah ramai manusia kat Genting ye lar cuti umum kan. Oleh kerana ramai sangat orang kami semua duduk sebilik. Bayangkan bilik 2 single bed tu dihuni seramai 7 orang mau tak sesak. Nasib baik semalaman jer. Itupun nasib baik Kak Esah dah booking awal-awal kalau tak ada yang tido dalam kereta hehehe.

Qistina dan Darwish

Sementara nak menunggu check-in kami sempat pegi jalan-jalan dalam First World tu. Aku dan Khairol pun ambil peluang masuk rumah salji. Anak aku tak dapat masuk sebab bawah umur jadi bawa Darwish je lar.


Kaum bapa dan anak

Di sebelah malamnya kami cuma jalan-jalan kat dalam tu je lar. Masa makan pulak kami pegi makan kat kantin staf, kawan Kak Esah tu lar yang bawa. Jadi, jimat sikit bab makan-makan nih.

Geng sepupu-sepapat


Aku dan Khairol posing romantik di hadapan First World Hotel




Lina

1 comment:

nurul said...

romantic nye pic 2 org tu... ;)