Thursday, October 9, 2008

Di Hari Raya Pertama


Inilah gaya kami di pagi hari raya pertama. Tahun ni giliran berpagi raya di rumah mertua aku. Aku pilih tema pink tahun ni untuk famili aku.



Qistina bergambo ayu-ayu gitu heheh...

Qistina bersama geng sepupunya, Amrul dan Darwish. Dua orang sepupu ni jelar yang jadi geng sepermainan Qistina sebab lebih kurang sebaya. Amrul yang di sebelah kiri 5 tahun, Darwish di sebelah kanan 4 tahun. Antara kedua-duanya Qistina lebih rapat dengan Amrul. Mungkin kerana Darwish duduk kat Terengganu jadi jarang jumpa. Disebabkan itulah Qistina lasak macam budak lelaki tengoklah geng dia budak lelaki je.

Nampak tak manik-main yang aku jahit tu kat baju Qistina hehehe...



Dari rumah mertua aku kami bergerak pulak ke rumah Kak Long di Beserah. Lepas tu pegi rumah Mok Nor pulak di Pelabuhan. Kat situ dah tengahari. Aku dan Khairol dari situ balik rumah mertua aku sebab dah penat sangat ditambah pulak kami ni tak cukup tido. Sampai rumah mertua terus kami membongkang tido. Petangnya balik rumah kami sekejap sebab nak mengemas baju untuk ke Genting Highlands esok paginya (cerita kat Genting nanti yer).
Lepas maghrib balik rumah mak aku pulak beraya kat sana sekaligus tido kat sana. Jadi pagi esoknya kami akan bertolak dari rumah mak akulah. Oh lupa nak cerita kami bertukar kereta dengan mertua aku. Kan kereta Kak Esah rosak jadi kami pakai kereta mertua akulah nak pegi Genting sebab beso sikit. Kereta aku yang comel tu pulak mertua aku pakai pergi ke Raub. Jadilah kami ni macam orang tak ada kereta masa hari raya tu.
Lina

6 comments:

Unknown said...

wahhhh
siap pakai tudung lg kembo aku ek..
eh! mana manik kat baju mlayu kerol, tak nampak pun..
wakakakakakak

ana said...

ala cute Qistina jeling2 manja ambik gmbar..
kecik2 biar sopan skit, dah besar nnt sng jaga kak....

Neeza.Areef said...

lawo la jaitan manik tu leh tiruu..kekekeke

Ayen Giggs said...

nmpaklaa manik2 tu,punyelaa beso xkan x nmpak.Cantik sedondon,lawo kaler tu secocok ngan kulit kerol,hahaha...(jgn marah).

Farazila said...

wah..bertema...gituw...
huhuhuu...
nanti lilo dah kawen nk gak r sedondon nanti...

Lina said...

ena >>> la ko x nampak ke manik2 tuh ish... ish... ish... tak lama dah tu hahaha...

buyut >>> hehehe insya-Allah harap2 la kan

neezareef >>> bole2 ape salahnya...

ayen >>> haip!!! jgn disebut warna kulitnya hehehe...

farazila >>> ala kebetulan je zila nak sedondonnya sebab kainnya dah ada hehehe...

Share |