Wednesday, October 8, 2008

Cuba Atau Tidak

Balik daripada bercuti raya aku dapat message di blog aku daripada junior aku masa di UiTM, Aida. Aku tak berapa kenal sangat dengan dia tapi geng aku Ulin dan Ija kenal dia.

Bila aku buka blog dia seronoknya aku baca sebab sekarang ni dia ada di Dublin City, Ireland bekerja kat pejabat perwakilan di sana. Dia PA juga macam aku tapi dia ada mohon untuk bekerja di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Aku pernah juga terlintas untuk memohon dulu tapi hasrat tu terpendam je dalam hati aku.

Bila aku baca blog dia hasrat tu berkobar-kobar kembali. Kebetulan pulak hari ni aku dapat surat edaran daripada JPA pasal penempatan PA di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara bagi sesi 2009 dan 2010. Kemudian, ada seorang PA kat sini, Suhaila pun kata dia berminat jugak nak cuba so lagilah bersemangatnyer nak cuba.

Apa kata korang ek? Patut ke aku cuba atau korang rasa takut aku ni hangat-hangat tahi ayam jer? Bila fikir-fikir memang aku nak pergi tapi bila fikir-fikir balik rasa berbelah bahagi juga. Aku dah tanya Khairol dulu dia kata tak kisahpun boleh juga merasa hidup kat tempat orang. Aku rasa aku kene buat sembahyang isthikarah lar...

Lina

9 comments:

atty's said...

yup lina..try buat solat tu dulu...

tp tgk aida besh je..duk sana..nak try pun apo salah nyer..hehehhe

neezareef said...

waa siok la try ler kot2 ade rezeki

nurul said...

kalau org try je... lagi pun abg krol ok kan... kalau ade constaint tu susah jugak... org ade dapat sambung master kat RMIT australia.. saje gatal apply.. haha dapat la pulak tapi cam tak boleh tinggalkan mak ngan ayah somemore bf lagik... haha tp cam akak dah kawin n abg krol pun ok cuba la... ;)

buYut Gurl said...

anak akak nnt camane???
akak buat la smbhyang..kalo dpt rezeki kak..peluang seumur idup sekali je..

Hajar said...

salam kak.
hmm, pd saya la x salah mencuba. mana tau ada rezeki akak..
mudah2an dptla tgk tempat org :)

Ena said...

erk!
ko tak takut ke weh keje kat negara org?
byk mende skang jadi kan..
tapi seelok2nye solat istiqarah dulu..mintak ptunjuk then u decide it k...

anithaiman said...

tak salah kalu nak mencube. tp try le buat solat dulu. mintak petunjuk dariNYA. Insyallah, kalu ade rezeki dapat. Kalu x, kat sini pun dah elok.

Farazila said...

dimana ada kemahuan..di situ ada jalan...
ikut kata hati....
fikir ttg diri akak dan family..
ada kesanggupan atau tidak...
cuma perlu igt rezeki Allah ada di mana2..

Lina said...

terima kasih pd rakan-rakan semua atas pendapat yang diberikan tapi yang tak bestnya aku dah kecewa sebelum mencuba... kawan aku ada tanya orang JPA dan diberitahu yang kami-kami ni penjawat awam yang lantikan negeri tak boleh memohon cuma yang lantikan persekutuan je boleh sob... sob... sob... kecewa sungguh rasanya...