Friday, October 31, 2008

Jalan-jalan Ke ECM


Minggu lepas disebabkan tiba-tiba aku rasa boring yang amat sangat aku ajaklah Khairol pergi ECM. Apa yer ECM tu tengok di bawah yer.


Inilah dia ECM... East Coast Mall. Dah lama rasanya tak jalan kat situ so lepas maghrib kami pun keluarlah dari rumah.

Uikksss sejak bile pulak anak kami bertambah lagi seorang ek... sebenarnya yang lelaki tu sepupu Qistina si Amrul tu. Kebetulan malam tu dia tidur rumah mertua aku so Khairol pun ajaklah dia sekali geng dengan Qistina. Aku biar je Khairol pimpin dua-dua sebab kalau pimpin dengan aku banyak kerenah pulak. Dengan Khairol diorang takut sikit.

Masa aku ambil gambo ni Qistina tengah duduk diam padahal sebelum tu asik ke atas ke bawah larinya. Tak takut langsung dia sedangkan kalau sesetengah budak gayat naik escalator tuh. Memang hyper betul anak aku nih. Amrul yang lelaki tu pulak boleh duduk diam.
Lina

Wednesday, October 29, 2008

Aktiviti Masa Cuti

Nak cerita apa aktiviti aku sepanjang aku MC dan bercuti. Sorrylah gambo tak ada sebab memang tak dapat nak ambil gambo langsung. Jadi, aku cerita jer lar ye.

Pada hari Sabtu tu aku dan Khairol adakan 'open house'. Tak adalah besar sangat jemput makan-makan je. Alhamdulillah ramai juga yang datang. Kebetulan cousin aku, Huda pun balik Kuantan jadi keluarga dia semua ada. Rakan blogger aku Ena dan Zieha pun sudi juga menghadirkan diri. Sebenarnya aku dan Khairol pun tak sure nak teruskan ke tak buat open house tu sebab ye lar kami berdua tak berapa sihat lagi tapi Khairol kata teruskan jelar bak kata Nadia AF6 redahhhhhhhhh jer... hehehe.

Keesokannya ingatkan nak mengemaslah sebab open house tu sebelah malam jadi ada yang tak habis kemas lagi sebab penat tapi nak dijadikan cerita air tak ada. Frust betul sebab rumah masa tu memang bersepah giler. Kami kemas je apa yang patut, sebelah petang tu kami pergi ke Pekan rumah Mak Ngah Khairol. Mula-mula ingat malam tu nak balik semula ke Kuantan tapi atas pujukan Mak Ngah bermalam juga kat situ dengan syarat pagi-pagi esoknya balik ke Kuantan.
Kami bertolak balik dari Pekan kira-kira pukul 8.30 pagi. Sampai je kat rumah terus mulakan edisi mengemas dan membasuh. Siap semua dalam tengahari, lepak-lepak, tidur, makan petangnya pergi rumah mertua aku. Lepak kat sana jap malam balik rumah terus mengemas beg Khairol sebab dia nak pergi kursus 2 hari. Itulah aktiviti aku masa bercuti. Kalau ada gambo lagi best kan tapi itulah rasanya kalau dah beli kamera nanti mungkin aku tak akan lupa nak ambil gambo.
Lina

Berbudi Pada Tanah

Ni nak cerita sikit aktiviti ayah mertua aku. Ayah mertua aku ni suka bercucuk tanam. Kalau kat rumah dia kat porch dan depan rumah penuh dengan tanaman. Semuanya ditanam dalam plastik hitam je sebab nanti dia nak pindahkan ke kebun dia.

Anak pokok durian.

Ini dipanggil pokok bunga rama-rama... cantik kan.

Kat depan rumah pulak ada pokok cili, subur-subur dan tak berhenti berbuah.

Pokok lada besar.

Nampak tak buah-buah cili tu... geram tengok.


Pokok cili juga.

Lina



Dapat MC

Hari Rabu minggu lepas pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab nak pergi Klinik Pesakit Luar nak cek mata aku. Ye lar kalau klinik kerajaan ni selalunya ramai orang jadi kene pergi pagi-pagi nak ambil nombor. Khairol pun ikut juga sebab nak cek tekak dia yang sakit dan sekaligus nak sambung MC sehari lagi.

Suasana di meja pendaftaran.

Jadi orang buta sekejap pakai spek hitam hehehe...

Nombor yang aku dapat untuk pendaftaran.

Nombor yang tertera di board. Oklah takdelah lama sangat tunggu. Lagipun masa kami sampai tu tak ramai sangat orang.



Lepas daftar dia akan bagi pula nombor untuk masuk ke bilik pemeriksaan pula. Inilah nombor yang aku dapat. Taklah jauh sangat dengan nombor terkini tapi adalah dekat setengah jam juga aku tunggu. Lepas doktor periksa aku terus dia bagi MC 2 hari. Kira sedang eloklah tu terus sambung cuti umum dapatlah aku cuti 6 hari.


Lina

Majlis Jamuan Hari Raya Jabatan

Sehari sebelum aku MC aku sempat pergi ke Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh jabatan aku. Yang gempaknya Sultan Pahang telah berkenan mencemar duli untuk menghadiri majlis ni. Aku tak berkesempatan nak mengambil gambar Sultan Pahang sebab ye lar pakai kamera hp je dari jauh tak berapa nampak. Walau bagaimanapun sempatlah juga aku bersalam dengan Tuanku.

Kakitangan jabatan aku berduyun-duyun memasuki dewan.

Semua pegawai-pegawai kanan di atas pentas.

Hiasan di dalam dewan yang cantik bukan sebab majlis jamuan ni tapi memang sedia ada iaitu hiasan semasa majlis perkahwinan anak Menteri Besar Pahang. Urusetia majlis jamuan hari raya tidak dibenarkan untuk mengubah hiasan ini disebabkan masih ada lagi majlis persandingan.

Masa ni mata sebelah kanan aku memang dah merah dan member-member ofis aku semua suruh aku pergi klinik sebab memang sah-sah sakit mata.

2 orang member ofis aku yang glamour hehehe...

Suasana masa jamuan.


Member-member ofis yang tengah menjamu selera.
Banyak juga juadah yang disediakan. Jamuan ni berkonsepkan gerai. Aku rasa ada kira-kira 12 gerai tak silap. Takdelah aku rasa dari semua gerai makan sate pun dah kenyang. Nak ambil gambo setiap gerai pun tak sempat sebab sibuk memilih makanan. Apa-apapun memang bestlah.
Lina

Tuesday, October 28, 2008

Kembali Bekerja

Arggghhhh!!! Malasnya nak datang keje semula. Inilah padahnya kalau dah bercuti panjang hehehe. Di Pahang ni kami bercuti 4 hari bermula daripada hari Jumaat (Keputeraan Sultan Pahang), Sabtu, Ahad dan Isnin (Deepavali) tapi aku dah mula 2 hari lebih awal jadi 6 harilah aku cuti. Eh bukan cuti saja2 yer aku dapat MC. Nanti aku cerita yer.

Apapun rindu nak baca blog rakan-rakan. Rindu nak berikan komen-komen. Tunggu yer entry daripada aku.

Lina

Monday, October 20, 2008

Cenderahati Daripada TNB Kemaman


Lupa nak cerita masa aku pegi lawatan 5S kat TNB Kemaman ari tu, kami ahli rombongan dapat seorang satu cenderahati berupa mug. Cantikkan mug yang diberi.

Pada mug tu ada ditampal logo 5S TNB Kemaman. Comel sangat tapi perkataan cakna tu dipinjam daripada bahasa orang Pahang. Tak taulah kenapa diorang guna perkataan cakna tu untuk logo diorang. Patut kena minta royalti daripada diorang hehehe.


Mug ni akan saya simpan dan tak akan digunakan kot.

Lina

Rumah Terbuka - 2

Rumah terbuka kedua pula adalah jiran sebelah je rumah aku, Encik Azam dan isterinya Dila. Sedap-sedap juadah yang disediakan. Ada sate, laksa pahang, nasi dagang, kuih-muih dan biskut-biskut raya. Kat sini memang aku pulun habislah. Oh ye gambo-gambo yang ada aku tu diambil oleh Khairol dari sebelah pagar (kat umah akulah) hehehe. Khairol hanya mampu menjenguk je lar dari rumah kami.


Lina

Rumah Terbuka - 1

Hari Sabtu lepas aku dan Khairol dapat 2 jemputan Rumah Terbuka kat taman rumah kami. Jadi petang Sabtu tu aku dan Khairol pun balik ke rumah kami. Seronok betul aku dapat balik rumah hehehe.




Nasi impit dan rendang ayam



Rumah pertama adalah rumah anak-anak dara bujang yang menyewa selang 3 buah rumah dari rumah aku. Anak dara yang seorang tu Adila namanya memang baik disebabkan sampai ke rumah dia menjemput aku pun pegilah dengan jiran sebelah rumah aku, Kak Ina. Aku bawa sekali anak-anak sedara Khairol untuk temankan sebab Khairol kan masih dalam tempoh kuarantin.


Agar-agar coklat, sedap...


Barbeque ayam



Juadah-juadah yang dihidangkan simple jer tapi boleh tahan. Kami kat situ sekejap jer sebab nak pegi rumah jiran satu lagi pulak. Lagipun itu kan rumah orang-orang bujang ramai lak member-member diorang jadi tak berapa best nak duduk lama-lama.



Tengoklah Qistina makan, sedap sangatlah tu.

Lina

Kanak-kanak Riang





Gambo-gambo ni aku ambil masa aku baru balik keje. Aku sampai je depan rumah mertua aku, aku tengok anak dara aku tengah seronok berlari-lari dengan sepupunya, Amrul kat depan rumah. Wah bile dah sihat ni tak duduk diam dia.
Lina

Jamuan Raya Pejabat


Wajib bergambo dulu sebelum makan

Aku agak lewat sikit masukkan entry ni... lagipun aku tak ambil banyak pun gambo. Kalau nak tengok gambo-gambo masa jamuan tu bole ke blog cik puan ni... gambo aku pun banyak kat blog die hehehe...



Member-member ofis aku tengah memikir nak makan mana dulu ek...





Aku dapat snap gambo orang tu yang tengah sibuk ambil gambo untuk blog dia.


Lina

Juadah Jamuan Hari Raya

Hari Jumaat lepas unit aku ada buat Jamuan Hari Raya. Kami semua sama-sama menyumbangkan juadah masa jamuan tersebut. Aku cuma dapat sumbangkan kuih raya je sebab dah banyak sangat makanan berat.

Sate ayam


Laksa kuah putih dan ketupat pulut

Nasi impit, kuih-muih, buah, kuih-kuih raya


Mee dan mee hun kari, best banget...

Rendang ayam, opor daging, kuah kacang

Keropok lekor pun ada



Nasi minyak
Lina
Share |