Wednesday, September 24, 2008

Wan Sara Tom Yam Kali Ke-2

Percaya tak aku dan Khairol pegi berbuka lagi di Wan Sara Tom Yam semalam. Kali ni kami dah booking awal-awal dan cuma berdua je tak bawa anak dara aku. Jadi, kami bole menikmati makanan dengan aman damai (teruk betul mak ayah sape lar ni) hehe. Apa pun hati seorang ibu kan tetap ingat anak kat rumah. Memang penuh restoran tu sampai letak meja tambahan lagi. Aku rasalah income restoran tu untuk bulan puasa ni mesti puluh-puluh riban haha.

Lauk-pauk yang kami order lebih kurang sama macam hari tu cuma tambah ikan siakap sweet sour. Memang sodappp!!!





Tengok habis licin kami berdua makan. Memang tahap kebulur dah tu hehe sampai suh tapau bawak balik. Apa-apa pun aku suka makan kat situ sebab makanannya sedap, servisnya bagus dan harganya pun berbaloi. Jadi, pada siapa-siapa yang nak datang ke Kuantan aku syorkan pergilah cuba makan kat situ.

5 comments:

Ena said...

amboiii
kerap makan kat situ..
baru nak ajak makan ari esok kat situ ekekekek

Lina said...

hehehe... kalo esok ko ajak buka kat situ awal2 aku tolak... asik2 muka aku n khairol jer kat situ...

buYut Gurl said...

berbunyi perut tgk lauk ni ...
siakap..mmg sedap

anithaiman said...

waaa... bestnyer berbuke kat luar yeak.sy x penah lg berbuka kat luar. ble lah agaknyer yeak. ramadhan dah sampai ke penghujungnyer. tgk le kalu ade rezeki.

Lina said...

buyut >>> ni nanti mesti cari ikan siakap hehehe...

anith >>> seronok jg sekali sekala berbuka kat luar bole tgk gelagat orang...