Oleh kerana aku tak banyak benda nak cerita so aku nak buatlah assignment (wahhh cam masa student dulu je heheh) yang diberi oleh Puan Ena kita ni.
Apa yang aku buat 5 tahun yang lepas?
5 tahun lepas tu tahun 2003 la kan emm... benda yg aku buat ek... aku rasa tahun tu aku mula-mula kerja gomen ni jadi tengah fokus kat keje la gamaknye...
Apa 5 perkara yang aku buat hari ni?
1. Bangun pagi
2. Mandi
3. Pakai baju keje
4. Pegi keje
5. Buat keje... hehehe...
Apa yang aku suke makan??
Kene jawab 5 jugak ke... rasa cam dah jawab ni... jawab dua jelar... nasi ayam dan coklat
Apa yang aku buat kalu aku jadi jutawan??
Nak bayar hutang, menunaikan haji insya-Allah, melancong dan buat business
Apa keje yang aku penah buat??
1. Keje kat kedai pakaian
2. Keje kat kedai jual barang untuk pertanian
3. Keje kat pejabat guaman
4. Keje kat pejabat construction
Siap dah!!! Jadi sekarang ini aku nak bagi assignment ni kepada....
1. huda
2. yati sahat
3. fara
No comments:
Post a Comment